Sabtu, Ogos 09, 2008

Blog Perkongsian Maklumat

Blog Sumber Maklumat Anda

Internet adalah satu rangkaian maklumat yang luas dan pelbagai bentuk, ada yang beranggapan buat apa membuat blog yang menyajikan maklumat semasa atau maklumat yang berkenaan ilmiah kerana sumber maklumat itu banyak di luar seperti majalah dan suratkhabar. Bahkan dalam internet sendiri pun berjuta-juta maklumat berkaitan boleh dirujuk dengan mencarinya melalui enjin carian.

Maklumat ibarat bahan mentah, sekiranya ia tidak diproses ia tidak akan menjadi produk yang berguna tetapi kita tahu bahawa produk itu berasal dari bahan mentah yang asalnya belum diproses. Contohnya coklat dan milo asalnya dari koko, kerana kita tahu ia asalnya dari koko maka dengan produk tersebut rasa koko dan baunya yang busuk sebelum diproses kini selepas menjadi produk coklat dan milo lebih enak dan sedap untuk dimakan. Begitu juga halnya dengan maklumat, di luar sana berjuta-juta maklumat ada tetapi sejauh manakah seseorang itu mampu memprosesnya untuk mendapatkan isi-isi penting saja. Disinilah peranan sebuah blog yang menyajikan sumber-sumber maklumat penting untuk dikongsi kepada semua mereka yang memerlukannya.

Adakalanya jika kita sendiri seorang yang suka membaca tetapi kita mahu berkongsi dengan orang lain apa yang kita baca agar tidak hanya kita saja mendapat manfaat darinya. Namun, untuk menyampaikan semua apa yang dibaca itu adalah mustahil maka hanya maklumat-maklumat yang penting dan sesuai saja akan dikongsi bersama. Adakalanya juga disebabkan terlalu banyak bahan bacaan sehingga menimbun-nimbun di rak buku atau majalah, bukankah lebih baik mengarkibkan maklumat penting itu dalam blog supaya pada suatu hari nanti bila kita memerlukannya atau anak-anak kita atau rakan-rakan kita atau sanak saudara kita perlukan maklumat tersebut, maka mudahlah mereka untuk mencarinya tanpa perlu membelek satu persatu muka surat majalah yang menimbun-nimbun dalam simpanan.

Justeru itu, saya menggunakan tema Blog Perkongsian Maklumat yang boleh membantu seseorang pelayar internet yang hendak mencari maklumat penting. Tema ini bersifat umum dan lebih menyeluruh dan menggalakkan lebih ramai pelawat berkunjung. Apa-apa saja maklumat penting yang telah saya baca akan diarkibkan ke dalam blog ini untuk rujukan orang lain pula, diluar sana berjuta-juta orang pelayar internet sedang mencari maklumat. Bahkan dengan memproses sesuatu sumber maklumat juga membolehkan pelawat mendapat bimbingan dan petunjuk tentang sesuatu maklumat yang disajikan oleh laman-laman web atau blog tertentu.

Ini bermakna, dengan memberi bimbingan atau panduan tentang sesuatu misalnya software atau freeware yang berguna akan memberi kefahaman lanjut apa tujuan ia diperkenalkan. Dengan memberi perkhidmatan menyediakan himpunan maklumat, tips, info dan petua yang hanya terdapat dalam majalah dan suratkhabar sebenar mahupun daripada pengalaman sendiri ataupun orang-orang tua, tidak terdapat dalam mana-mana majalah atau suratkhabar online akan memperkayakan lagi blog ini dengan maklumat-maklumat yang penting dan berguna untuk semua peringkat. Disamping ulasan-ulasan ataupun cetusan idea serta minda saya hasil daripada pembacaan tersebut untuk dikongsi bersama dengan pelayar internet yang berkunjung ke blog ini.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung. Semoga blog ini menjadi sumber inspirasi dan maklumat kepada anda. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda. Jika anda ada apa-apa keperluan maklumat penting untuk dicari, silalah kunjungi blog ini pada masa-masa akan datang kerana blog ini akan sentiasa update dengan sumber-sumber ilmu-ilmu baru untuk anda. Anda boleh LINK kan blog ini dalam website atau blog anda sama ada menggunakan perkataan maupun banner yang saya kongsikan kod HTML nya untuk anda.

Image Hosted by ImageShack.us
Editor : Apa pandangan anda tentang saranan ini...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan