"Senyumanmu untuk saudaramu bagimu pahala sedekah. Suruhanmu kepada kebaikan dan laranganmu daripada kemungkaran, bagimu pahala sedekah. Panduanmu buat orang tersesat perjalanan, bagimu pahala sedekah. Pimpinanmu buat orang buta, bagimu pahala sedekah. Engkau membuang batu, duri dan tulang daripada jalan, bagimu pahala sedekah. Engkau memindah air daripada bekasmu ke dalam bekas saudaramu, bagimu sedekah."
(Riwayat at-Tarmizi)
Location Finder for Visitor
Search Location Around the World. Insert name of the CITY and COUNTRY (exmp: Kuching, Malaysia). Then Use 'Satellite View' and 'Zoom In' to find spesific Location inside the City
Apa yang menarik mengenai pesawat dua alam yang direka bentuk oleh Beriev Aircraft Company dan dikeluarkan oleh Irkut Corporation ialah ia boleh berlepas atau mendarat di atas air mahupun darat dalam keadaan yang sempurna tanpa mencederakan penumpang atau merosakkan muatan barangan di dalamnya.
Pesawat amfibia itu juga boleh mempunyai keupayaan untuk membawa sehingga 12 tan atau 12,000 liter air, bekalan yang cukup bersar dan berupaya untuk memadamkan kawasan hutan gambut berskala sederhana dengan sokongan sistem navigasi terunggul untuk mengesan kawasan-kawasan merbahaya.
Selain memadamkan kebakaran dan menjalankan aktiviti SAR, pesawat yang mampu mengisi sehingga 72 penumpang pada satu-satu masa dan dikuasakan dengan enjin D-436TP juga boleh digunakan untuk aktiviti pemantauan maritim, kargo serta memindahkan penduduk dari kawasan pendalaman lagi terpencil.
Ada juga pendapat yang mendakwa pesawat BE-2000 itu juga boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan kerana kekuatan badan dan enjin untuk membawa muatan yang banyak dan berat seperti bekalan senjata, bom serta ubat-ubatan dan keperluan askar ekoran kebolehan untuk mendarat dan berlepas di mana-mana lokasi serta navigasi yang canggih.
( Sumber : Utusan Malaysia & Youtube )
PANDANGAN 1 SEN
Sekiranya tiada kekangan oleh peraturan penerbangan pesawat awam yang memerlukan lapangan terbang yang lengkap dengan kemudahan radar dan pemeriksaan imigresen, tentunya inilah pesawat pilihan terbaik untuk kegunaan awam di negeri yang mempunyai jaringan sungai yang panjang sebagai salah satu sistem pengangkutannya. Walaupun kelebihannya lebih kepada tujuan ketenteraan dan operasi menyelamat namun dengan pengubahsuaian dalaman tentunya ia boleh membawa penumpang awam bahkan lebih dari itu ia boleh mendarat di mana-mana lokasi pendaratan yang menyediakan kemudahan pelabuhan seperti lapangan terbang.
Bayangkan sekiranya pesawat ini digunakan oleh MASWING atau mana-mana syarikat penerbangan swasta, ia boleh mendarat di mana-mana sungai daerah terpencil di pedalaman Sarawak bahkan boleh juga mendarat di lapangan terbang seperti biasa. Hanya dengan membina laluan naik ke darat, pesawat ini akan bergerak ke tempat letak pesawat tanpa perlu berlabuh di tebingan sungai.
Kebanyakan kita terlalu memandang rendah terhadap teknologi pesawat dari Russia dan lebih suka kepada pesawat dari negara barat. Namun, dalam keadaan tertentu pesawat Russia bukan saja menyediakan keupayaan yang setanding dengan pesawat barat bahkan lebih ekonomi dan murah mampu dimiliki oleh mana-mana negara yang kurang berkemampuan tapi masih memerlukan kelebihan pada pesawat yang murah.
0 ulasan:
Catat Ulasan