Custom Search

Khamis, November 27, 2008

New Updated

Asalamualaikum...

Lama tidak 'updated' blog hampir sebulan tiada artikel atau penulisan asli peribadi yang bukan 'cut & paste'. Jika pengunjung blog ini seperti chedet.com yang kini mencapai hit 10 juta pengunjung mungkin ramai yang sudah bosan tak ingin berkunjung lagi kerana sudah ketinggalan waktu dengan penulisan yang sudah lapok.

Namun, blog ini pun tidak ramai pengunjungnya dan yang hanya meramaikannya hanyalah secara kebetulan saja mencari maklumat dengan kata kunci tertentu menerusi enjin carian terutama GOOGLE. Kemeriahan sesebuah blog ditentukan oleh :

  1. ulasan yang diberikan oleh pengunjung terhadap sesuatu artikel atau penulisan.
  2. kekerapan pengunjung meninggalkan nota atau pesanan pada ruangan chat atau shoutmix.
  3. undian terhadap artikel setelah membacanya.
Bagi blog ini, pengunjungnya tidak begitu menunjukkan keramahan walaupun telah disedia 3 bentuk medium untuk komunikasi maklumbalas. Mungkin kurang promosi atau melibatkan diri dalam forum atau ruang chat sesebuah blog yang dilawati. Atau mungkin juga blog ini kurang menarik. Terlalu banyak kemungkinan namun dalam banyak-banyak blog, jenis blog yang paling banyak orang memberi komen ialah berkaitan politik dan hiburan serta blog-blog orang yang berpengaruh.

Walau siapa pun yang menulis blog, ia bukan dikuasai siapa-siapa walaupun pihak pemerintah sudah memberi amaran supaya jangan jadikan blog sebagai medan penyebar fitnah dan berita palsu putar belit. Tetapi orang politik yang cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat tidak boleh menyalahgunakan kuasa mereka untuk melindungi kepentingan peribadi mereka yang menyeleweng. Kalau tidak pun tembelang mereka didedahkan dalam blog ini, akan ada pula beribu-ribu blog lain yang lebih berani menyuarakan pandangan mereka mengkritik dan menghentam orang-orang politik yang korup ini.

Walau apapun, sama ada popular atau tidak, selalu dikunjungi atau jarang, penulisan blog tetap diteruskan kerana ia adalah suatu medium penyampaian pandangan peribadi yang boleh jadi penilaian sesiapa saja termasuk mereka yang berkuasa dan berpengaruh. Jika kita terus diam dan membisu tidak meluahkan pandangan kita, mereka yang rasa diri mereka sangat pandai akan menjadi lebih angkuh dan sombong kerana tiada siapa pun yang berani menegur serta membidas mereka.

Bagi post-post seterusnya dalam Jerunei ini, akan ada sedikit kelainan dan keutamaan lebih kepada penulisan peribadi yang asli.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template