Sudah lama tak kedengaran isu mengenai masalah pengangkutan awam terutama di Kuala Lumpur yang tiada sistem pengangkutan awam yang bersepadu, masing-masing dengan haluan sendiri tanpa ada jaringan yang berkesinambungan. Apakah masalah ini sudah selesai? Tapi dalam beberapa blog yang saya kunjungi, masih ada lagi rungutan mengenai masalah ini menunjukkan masalah ini belum lagi selesai ataupun mungkin masih dalam perlaksanaan ataupun perlu kena ketuk sekali lagi barulah pihak berkenaan akan menyampaikan alasan mereka.
Kebiasaannya orang akan kata 'cakap memang mudah', bila kita suarakan tentang hal ini tetapi dalam mana-mana sejarah dan tamadun yang berjaya dengan kerjasama serta usaha semua pihak yang mempunyai kuasa dan keupayaan apa jua yang sukar dapat dibina. Perkara ini sudah lama berlanjutan, ada pepatah mengatakan 'Rom tidak dibina dalam sehari' tetapi jika dah bertahun-tahun masalah yang sama tak selesai-selesai apakah masalahnya yang sebenar.
Saya suka berkongsi cerita mengenai pengalaman negara Belanda yang beratus-ratus tahun sering dilanda banjir kerana daratan negara ini berada dibawah paras air laut. Dengan usaha golongan bijak pandai dan pihak yang berkuasa, kesempatan lonjakan ekonominya selepas perang dunia kedua membolehkan mereka bekerjasama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda apabila paras air laut meningkat dan berlakunya ribut di lautan. Setiap kali bencana ini berlaku maka banyaklah kerosakan-kerosakan yang banyak membawa kerugian kepada rakyat dan negara.
Dengan perkembangan teknologi pembinaan serta keupayaan ekonomi negara Belanda maka mereka membina tambak laut yang menjadi benteng apabila berlakunya ribut yang melimpahkan airnya dengan deras masuk ke daratan negara Belanda. Tambak ini berfungsi untuk mengawal aliran air laut namun masalah banjir tidak boleh dielakkan namun masih terkawal. Pendekatan lain yang digunakan untuk mengawal masalah banjir ini ialah dengan teknologi kejuruteraan perumahan yang boleh terapung di permukaan air apabila paras air meningkat secara mendadak.
Bagi rakyat negara Belanda, pemilikan rumah sebegini tiada masalah kerana pendapatan perkapita rakyat negara Belanda adalah antara yang tertinggi di eropah. Walaupun negara ini bukan negara industri sebaliknya negara pertanian, masih mampu lagi untuk melonjakkan ekonomi negara dan rakyat negara itu. Selagi masih ada kehidupan manusia dan jumlah penduduk semakin meningkat selagi itulah sumber pertanian untuk makanan diperlukan dan menjamin bahawa industri pertanian akan sentiasa berkembang serta memberi keuntungan berterusan.
Apa yang hendak disampaikan disini ialah, jika mereka yang berkemampuan dan berkuasa itu yang bangga sekali dengan kebijaksanaan dan kepandaian mereka kenapa mereka masih tidak mampu menyelesaikan masalah. Rakyat hanya mampu mengeluh kerana mereka yang merasa kesusahan dan tidak berupaya serta berkuasa untuk berbuat sesuatu melainkan hanya meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Apa sebenarnya masalah mereka? Rasuah? Tiada intergriti? Tiada keazaman untuk membantu rakyat? Pentingkan tembolok sendiri? Politik jumud yang sempit? Bodoh sombong? Banyak benar kemungkinannya.
Dengan begitu banyak isu politik serta kepimpinan dan masalah yang melibatkan keperluan serta kepentingan rakyat yang sering dipaparkan oleh media pada hari ini, seolah-olah kelihatan tiada kerjasama, tiada keazaman, tiada semangat perjuangan dan pengorbanan dikalangan ahli-ahli politik. Masing-masing cuba menunjukkan siapa lebih hebat dan siapa lebih popular. Bila sudah terpilih menjadi pemimpin dan kerajaan rakyat masih juga ditakuk lama dengan masalah yang sama berlanjutan. Karier politik menjadi lubuk untuk mereka mengumpul kekayaan melalui perolehan projek yang kosnya tak berpatutan dengan kualiti hasil projek pembangunan yang akhirnya hanya menyusahkan rakyat.
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
-
Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak
terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang
berbeza d...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan