Custom Search

Isnin, Januari 26, 2009

Kelebihan Ayat Kursi

Ayat Kursi hindari perbuatan pukau dan sihir

"ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)."


al-Baqarah: 255

Keterangan ayat

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka'ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Khasiat dan kaifiat beramal

Ayat al -Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

(Sumber Asal : Utusan Malaysia Online)

Pandangan Saya

Apa yang dinyatakan dalam artikel di atas adalah satu kebenaran yang tak boleh disangkal lagi kepada mereka yang mengamalkannya. Terdapat kitab yang mengesyorkan supaya sesiapa yang berkehendakkan agar ayatul Kursi ini sentiasa mendampinginya maka bacalah ayat tersebut paling minimum 313 kali dalam satu malam terutama ketika orang lain sudah nyenyak tidur. InsyaAllah, pengamalnya akan sentiasa dilindungi dan didampingi dengan ayat tersebut dari gangguan syaitan dan jin jahat. Kemudian amallah sentiasa bacaannya serta menghayati maknanya.

Pukau dan sihir adalah perbuatan yang dilakukan dengan pertolongan atau perantaraan jin dan syaitan. Begitu juga dengan histeria, berlaku akibat gangguan makhluk halus yang berkemungkinan jin. Seseorang itu mudah dirasuk oleh syaitan dan jin ke dalam tubuh badannya kerana dirinya tiada pelindung diri menyebabkan dia mudah dikuasai oleh jin dan syaitan. Kedua-dua makhluk ini boleh tahu akan keadaan seseorang itu sebelum cuba merasuknya atau dihantar sebagai pukau dan sihir oleh tuannya yang terdiri daripada manusia yang berniat jahat.

Di dalam surah al-baqarah-102 juga terdapat ayat berikut :

"Dan mereka mengikut apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan di masa kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman bukanlah orang yang tidak beriman melainkan syaitan yang tidak beriman. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat Harut dan Marut di negeri Babil, dan keduanya tidak mengajarkan kepada seseorang melainkan terlebih dahulu dikatakannya : Kami ini hanya membawa ujian (fitnah), sebab itu janganlah engkau menjadi orang yang tidak beriman (kafir). Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa yang akan menceraikan antara lelaki dan isterinya, dan mereka tidak boleh mendatangkan bahaya itu kepada seseorang, hanyalah dengan izin Allah, dan mereka mempelajari hal yang akan merosakkan kepada mereka dan bukan yang akan mendatangkan manfaat untuk mereka. Dan sesungguhnya mereka tahu betul, bahawa siapa yang mengambil (pelajaran) itu tidak lagi mendapat bahagian di akhirat, dan sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka perolehi dengan menjual diri mereka sendiri, kalau mereka mengetahui."

Bermakna, seseorang itu dengan izin Allah tidak akan mudah dirasuk oleh syaitan dan jin dan dirosakkan oleh pengamal pukau dan sihir kerana intipati dan maksud ayatul Kursi itu sendiri sudah cukup untuk menerangkan kekuasaan Allah dan menjadi ketakutan kepada syaitan dan jin untuk mengganggu sesiapa yang berlindung dengan kekuasaan Nya.

Image Hosted by ImageShack.us

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template