Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW
Oleh : Nasron Sira Rahim
bhnews@bharian.com.my
Kandungan kitab miliki rahsia mengenai kehidupan perlukan kajian mendalam
RABU ini (17 Sept. 2008), sekali lagi umat Islam menyambut ulang tahun peristiwa terbesar dalam sejarah Islam iaitu turunnya al-Quran, mukjizat terbesar Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan yang turut dikenali sebagai Nuzul Quran.
Ada ulama berpendapat al-Quran diturunkan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia menerusi tiga peringkat. Peringkat pertama, al-Quran diturunkan Allah secara keseluruhannya ke suatu tempat dinamakan Lauhil Mahfudz.
Peringkat kedua, al-Quran dibawa keseluruhannya dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu suatu tempat yang terletak di langit dunia. Proses ini berlaku pada malam lailatul qadar seperti firman-Nya dalam ayat pertama surah al-Qadr: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar."
Seterusnya, al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad menerusi perantaraan malaikat Jibrail AS secara berperingkat dan turunnya ayat pertama adalah pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610.
Peristiwa penurunan ayat pertama hingga kelima dari surah al-Alaq itu juga menjadi petanda kerasulan Nabi Muhammad ketika Baginda berada di Gua Hira, di bukit Jabal Nur berhampiran Makkah.
Ayat itu adalah: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekian makhluk). Ia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan penulisan. Ia mengajarkan manusia akan apa yang tidak diketahuinya."
Ayat al-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat).
Selepas disampaikan Rasulullah, nas al-Quran dipelihara melalui tiga cara iaitu hafalan sahabat, naskhah yang ditulis untuk nabi serta naskhah yang ditulis untuk simpanan sahabat. Selain itu, Rasulullah turut mengulang ayat al-Quran di hadapan Jibrail setahun sekali dan pada akhir hayat Baginda, Rasulullah khatam al-Quran sebanyak dua kali di hadapan Jibrail.
Bagaimanapun, kebanyakan sahabat yang menghafaz al-Quran syahid dalam peperangan menegakkan agama Allah menyebabkan perlunya al-Quran dikumpul dan dijilidkan.
Sejarah penjilidan al-Quran bermula pada pemerintahan Uthman Affan dan setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Uthman menubuhkan jawatankuasa khas untuk membukukan al-Quran diketuai Zaid bin Tsabit selain Abdullah bin Zubair, Sa'id 'Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam.
Jawatankuasa itu mengumpul serta menyalin nas al-Quran hingga dibukukan selain memperoleh lembaran nas yang disalin Abu Bakar as-Siddiq daripada puterinya Hafsah. Antara lain, jawatankuasa itu menjejak penghafaz al-Quran untuk mendengar hafalan mereka dan semua hafalan itu ditulis kembali dalam dialek Quraish untuk mengelakkan perbalahan sesama kaum.
Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya menyalin serta menjilid lima al-Quran yang dinamakan al-Mushhaf dan empat daripadanya dikirimkan ke Makkah, Syria, Basrah dan Kufah untuk disalin pihak di sana. Sebuah lagi al-Quran disimpan untuk kegunaan Uthman RA dinamakan Mushhaf al-Imam dan selepas itu, semua lembaran salinan al-Quran yang ditulis sebelum pembukuan dibakar.
Ayat al-Quran turut memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam. Hal ini diakui Allah menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama).
Allah sudah menerangkan secara jelas mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui pemikiran manusia walaupun pada masa ayat al-Quran diturunkan, zaman ketika itu masih dianggap kuno dan belum terdedah kepada ilmu sains.
Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan mendapati jumlah sesetengah perkataan yang berlawanan dalam bahasa Arab adalah sama antaranya perkataan dunia dan akhirat disebut masing-masing sebanyak 115 kali.
Perkataan lain adalah malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali), lelaki dan perempuan (24 kali), ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).
Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib ditemui adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang ada di dunia ketika ini iaitu masing-masing 71.111 peratus dan 28.889 peratus.
Misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah.
Advertisement
Latar Belakang Editor
Kata Hikmah
(Riwayat at-Tarmizi)
Location Finder for Visitor
Kategori Kandungan
- Cetusan Minda Penulis (13)
- Ekonomi dan Perniagaan (16)
- Freeware Pilihan (4)
- Idea Kreatif (3)
- Iklaneka (1)
- Ilmu dan Pendidikan (17)
- Kembara (4)
- Kepimpinan dan Organisasi (11)
- Kongsi Info (17)
- Motivasi (12)
- Mukah Dalat Oya (5)
- Ptadbiran dan Pmerintahan (7)
- Ramadhan al-mubarak (12)
- Sosial dan Kemasyarakatan (17)
- Tamadun dan Islam (12)
- Teknologi dan Komputer (9)
- Tips dan Petua (9)
- Tokoh dan Kata Hikmah (7)
- Tourism (3)
Freeware Pilihan
Spyware Terminator
CCleaner
Folder Encryption
Removeable Trezor
Sila ke Kategori Kandungan Freeware Pilihan untuk review atau ulasan lanjut
Rakan Blogger
Jerunei Referrer
Social bookmark tool
Ahad, September 14, 2008
Mukjizat Al-Quran
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Jumaat, September 12, 2008
Islam Akhir Zaman
AKHIR ZAMAN NANTI ISLAM HANYA TINGAL NAMA
Oleh : Ahmad Idris
Ulama terkenal yang mendapat julukan "Hujatul Islam”, Imam Al-Ghazali dalam kitab HIDAYAHNYA menjelaskan:
Ketahuilah bahawa agama Isam itu berisikan dua hal :
- PERTAMA : meninggalkan semua larangan-larangan Allah,
- KEDUA : Adalah menunaikan segala perintah-perintahnya. Dan yang dua hal ini, yang lebih berat adalah meninggalkan larangan-larangan Allah, dan yang kedua adalah menunaikan perintahnya.
Empat belas abad yang lalu, pada saat-saat keemasan Islam bermula dibawah pimpinan baginda Muhammad s.a.w, Islam menjadi kebanggaan umat. Pengaruh Islam dengan cepat menyebar hampir ke seluruh dunia, pada hal jumlah umat Islam ketika itu baru sedikit kalau dibandingkan dengan yang lainnya.
Ini tidak lain berkat kekuatan akidah Islamiyah yang tertanam dengan kukuh dalam jiwa umat Islam ketika itu, dan ketaatan mereka dalam menjalankan agama sesuai dengan tuntutan Allah dan RasulNya, berdasarkan satu hukum yang bersumberkan dari Al-Quran.
Pada waktu itu Nabi Muhammad s.a.w memperingatkan kepada sahabat-sahabatnya, bahawa kelak di akhir zaman Islam hanya tinggal nama saja. Sebagaimana yang disebutkan oleh baginda dalam hadis riwayat Imam Baihaqi bersumber dari Ali r.a. yang ertinya: “Akan datang pada manusia satu zaman, dimana pada saat itu Islam tidak tinggal melainkan namanya, dan Al-Quran tidak tinggal melainkan tulisannya, masjid-masjid bagus tetapi kosong dari Hidayah, ulama-ulama termasuk manusia paling buruk yang berada di bawah langit, kerana dari mereka
timbul beberapa fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka.”
Dalam hadis tersebut dijelaskan bahawa kelak datang suatu masa dimana Islam akan tinggal nama saja, dan Al-Quran tinggal tulisannya saja, masjid-masjid kosong dari hidayah, serta ulama menjadi manusia yang paling jelek. Mengapa boleh terjadi Islam tinggal nama sahaja? Kerana banyak orang mengaku Islam, tetapi perbuatan sehari-hariannya, tidak mencerminkan moral Islam, hanya nama saja yang Islam.
Islam dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan surat-surat penting dalam kegiatan hariannya, supaya ia menjadi mudah dan tidak mengalami sebarang kesulitan. Oleh itu kita jumpai di sana sini ramai orang Islam yang masih menderhakai syariat Islam. Sembahyang ikut kemahuannya sahaja, ada yang sembahyang seminggu sekali, dan ada yang sembahyang setahun dua kali.
Ada yang enggan mengerjakan puasa Ramadan, kerana dinilai dengan mengganggu kegiatan kerja, atau dengan alasan-alasan lain yang sengaja diada-adakan.
Begitu juga dengan kewajipan zakatnya, mereka tidak sedar bahawa harta yang dikuasainya itu adalah anugerah Allah s.w.t yang di dalamnya ada sebahagian hak bagi anak yatim dan fakir miskin. Tiba-tiba sahaja mereka menunaikan fardu haji tanpa mempedulikan harta yang digunakan untuk menunaikan fardu haji itu. Dengan bangga pulang dan tunaikan haji namanya diubah, ada gelaran “Al-Hajj” atau “Haji”, pakaian pun berubah dengan serban dan songkok putih di kepala, sedangkan perilakunya melanggar syariat Islam. Hakikatnya, haji yang demikian ini, tidak dikehendaki oleh agama Islam.
Isyarat Rasulullah s.a.w ini, rasanya memang sudah ada gejala-gejalanya sekarang, dimana minat mempelajari agama Islam semakin kurang, bahkan bahagian yang menyekolahkan anak-anak mereka biasanya dihubungkan ilmu ekonomi yang cerah dan menguntungkan anak-anak itu di masa depan.
Ibu bapa tidak mengambil sikap menyekolahkan anak-anaknya bagi mendalami agama Islam yang benar untuk disebarkan pada masyarakat umum. Banyak orang yang bercakap tentang Islam, padahal dirinya sendiri tidak mengamalkannya. Bijak memutar lidah untuk meyakinkan orang agar pencaya kepada dirinya bahawa dia benar-benar orang yang memperjuangkan agama Islam. orang yang mengaku dirinya berpengetahuan agama dan cuba merubah pekara-pekara yang haram semacam jadi halal. Malah hukum dalam Al-Quran kalau boleh mahu disesuaikan dengan zaman, bukannya keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan Al-Quran?
Sebenarnya, orang-orang jenis ini menyimpan sifat munafik. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w, yang ertinya: “Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajarannya.”
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Islam akan hancur sebagaimana hancurnya kain yang sangat buruk sehingga orang tidak akan mengetahui lagi apa itu puasa, apa itu solat, apa itu haji dan apa itu sedekah".
"Maka kitab Allah diterbangkan di malam hari, sehingga di bumi tidak tertinggal lagi satu ayat pun. Mereka berkata: Kamu dapati bapa-bapa kamu dahulu mengucapkan kalimah ‘tiada Tuhan melainkan Allah’. Dan orang-orang itu pun tidak mengetahui apa itu solat, apa itu puasa, apa itu haji dan apa itu sedekah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu sabda Nabi s.a.w. yang lain diterangkan bahawa kelak Al-Quran akan kembali ke tempat asal turunnya, dengan secara yang mengaum, seperti mengaumnya lebah yang berterbangan, maka Allah bertanya: “Ada apa engkau?” Dia menjawab: “Ya Tuhan! Dari Mu kami turun, kepada Mu kami kembali. Kami dibaca, tetapi kami tidak diamalkan".
Maka sabda Nabi s.a.w ini agaknya sekarang sudah mula kita rasai kesannya didalam masyarakat Islam kita sekarang. Al-Quran boleh saja akan hilang dari atas muka bumi ini, dan cuma yang tinggal hanyalah tulisannya saja. Bacaannya akan diperindahkan buat mengikuti “Musabaqah” agar mendapat namanya terukir, tetapi kandungan isinya tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
Termasuk juga isi hadis yang di atas tadi iaitu masjidnya banyak tapi kosong dari hidayah. Kalau kita mahu mengamatinya secara terperinci dengan saksama terutama di bandar-bandar besar, jemaah masjid makin hari makin ramai lebih-lebih kalau tiba bulan Ramadan, sehingga kadang-kadang masjid ataupun surau/madrasah tidak muat. Manakala khatib dan para penceramahnya juru dakwah yang kurang ilmu pengetahuannya dalam bidang agama, namun boleh dan mampu menyampaikan ceramahnya secara ilmiah, walaupun isinya secara halus memperdaya keaslian hukum Islam, sementara perilakunya tidak mewarnai sebagai seorang Islam, dan hatinya tidak lagi dapat hidayah dari masjid.
Dalam isyarat Rasulullah, s.a.w itu juga ada menyebut di akhir zaman akan ada ulama-ulama yang tergolong manusia paling jelek yang hidup permukaan di bumi ini. Tidak lain sebabnya ialah dari ulama-ulama itu timbulnya fitnah-fitnah dikalangan masyarakatnya, khususnya dikalangan umat Islam. Fitnah timbul dari permainan lidah, dengan fatwa menghalalkan yang haram termasuk urusan agama dianggap urusan dunia, da urusan dunia dianggap sebagai urusan agama yang harus ditaati.
Pada hakikatnya bahawa para ulama sebagai “bintang” yang dibuat pedonan bagi orang-orang yang mengalami kegelapan darat dan laut. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang entinya : "Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi itu bagaikan bintang di langit yang dijadikan petunjuk oleh manusia di kegelapan darat dan laut. Apabila bintang itu terbenam maka mereka akan tersesat jalan". (HR Imam Ahmad)
Demikianlah apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w kira-kira lebih dari 14 abad yang lampau, dimana kesan-kesannya sudah pun kita rasai sekarang ini. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat kita dan membawanya sebagai bekalan menghadap Allah s.w.t diakbirat kelak. Amin.
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Khamis, September 11, 2008
Puasa Perisai Maksiat
PUASA SEBAGAI PERISAI MAKSIAT
Ihya' Ramadan
Oleh MOHD. KAMEL MAT SALLEH
TERDAPAT banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: "Puasa itu perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor, jika ada seseorang yang mahu mencelanya, katakanlah kepadanya : sesungguhnya aku ini berpuasa 2 kali. Demi diriku yang berada di tangan-Nya, bahawasanya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi, dia berpuasa dengan meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya semata-mata kerana-Ku. Ibadat puasa itu adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberi balasan pahala kepadanya, dan setiap satu kebajikan itu akan dilipat gandakan dengan 10 kali ganda". (riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini sahaja, beberapa kelebihan akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa.
Pertama : Puasa itu adalah perisai.
Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai daripada api neraka. Barang siapa yang mahu terdinding dirinya daripada api neraka, maka hendaklah ia berpuasa. Ada ulama menyebut puasa itu sebagai benteng atau penahan bagi orang yang berpuasa daripada segala nafsu syahwat yang merosakkan puasanya. Apabila seseorang itu berpuasa, ia dapat mengekang nafsu yang buruk bagi dialihkan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebajikan dan pahala.
Orang yang berpuasa akan membina benteng daripada melakukan dosa dan maksiat. Di dalam hadis ini disebut secara jelas larangan mencela dan bercakap kotor. Secara lebih umum, larangan ini merangkumi segala perbuatan buruk sesuai dengan falsafah ibadat puasa untuk menghalang seseorang daripada perlakuan negatif. Puasa bukan setakat tidak makan dan tidak minum bahkan anggota zahir dan batin turut berpuasa. Anggota badan seperti mata mesti dijaga daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan syarak. Mulut dan lidah pula hendaklah dikawal agar tidak memperkatakan perkara-perkara cela dan keji, begitu juga telinga, kaki, kemaluan dan seluruh anggota lain.
Seseorang yang berbohong atau berkata keji akan terhapus pahala puasanya, seperti hadis nabi yang bermaksud,“sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata bohong, dan selalu beramal dengannya (berbohong), maka tiada dinilai oleh Allah akan puasanya”. Puasa juga adalah perisai yang terhasil melalui sifat sabar. Dalam hadis ini, nabi mengajar orang yang berpuasa agar bersabar apabila ada cubaan untuk mencela dan mengejeknya. Ini untuk mengelakkan daripada perbuatan yang lebih buruk jika tiada sifat sabar kerana berkemungkinan akan berlakunya pergeseran, pergaduhan dan perbalahan sesama muslim.
Sesungguhnya berlapar itu sendiri adalah latihan dan tarbiah Allah kepada manusia agar sentiasa bersabar menangkis serangan-serangan yang boleh menghilangkan pahala puasanya. Untuk menjaga nilaian dan harga puasa yang dilaksanakan, kaum muslimin diingatkan agar kurang berkata-kata. Lebih-lebih lagi apabila bau mulut orang yang berpuasa itu agak kurang menyenangkan apabila terhidu oleh orang lain, tetapi sebenarnya di sisi Allah ia amat wangi dan harum bahkan lebih wangi dari bauan kasturi. Ada ulama berpendapat, wangian kasturi tersebut akan dikurniakan oleh Allah di hari akhirat.
Ini juga menunjukkan bahawa puasa itu adalah sebagai perisai daripada berkata-kata yang tidak sopan. Ada ulama berpendapat, pahala yang sebenarnya akan dianugerahkan oleh Allah itu adalah lebih wangi melebihi wangian kasturi. Semua ini adalah kiasan dan perumpamaan daripada Allah sebagai dorongan kepada mereka yang berpuasa.Biasanya seseorang itu akan malu dan segan jika bau mulutnya yang kurang enak itu akan menyebabkan manusia lain menjauhkan diri daripadanya, tetapi apabila adanya jaminan Allah akan keharuman di sisi-Nya, sekurang-kurangnya dapat memberi keinsafan bahawa sebenarnya keredaan Allah itu adalah lebih penting mengatasi keredaan manusia.
Pernyataan Allah dalam hadis melalui lisan nabi-Nya, “dan puasa itu bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya” adalah bukti jelas betapa besarnya kelebihan dan banyaknya pahala berpuasa. Ini kerana Allah itu sendiri sifatnya Maha Pemurah. Maka apabila hamba-hamba Nya diperintah melakukan kebaikan dan kebajikan, Dia sendirilah yang akan membalas pahalanya, dengan sendirinya ini menunjukkan betapa besar kadar balasan dan luas pemberiannya kepada manusia. Para ulama ada menerangkan alasan kenapakah Allah SWT menyebut bahawa “puasa itu adalah bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya”. Ini kerana puasa yang dilaksanakan itu adalah ibadat yang jauh dari sifat riak dan tersembunyi kerana semua orang diwajibkan berpuasa dan tiada peluang untuk orang lain berbangga dengan puasa yang dilakukannya.
Ia tidak seperti solat, zakat, haji, bersedekah dan ibadat-ibadat zahir yang lain, perlakuan ibadat tersebut akan menjadi perhatian manusia lain dan berkemungkinan pelaksanaannya akan menarik perhatian orang yang melihat. Seterusnya melahirkan perasaan riak kepada orang yang melakukannya. Sebahagian ulama lagi berpendapat, hadis tersebut bermaksud hanya Allah SWT yang mengetahui kadar pahalanya dan hanya Dia yang berhak menggandakan pahala tersebut sebanyak-banyaknya daripada segala jenis ibadat lain.Sebahagian ulama lain pula berpendapat kenyataan hadis tersebut adalah sebagai tanda ketinggian ibadat puasa berbanding dengan ibadat-ibadat lain.
Kebajikan dan pahala kurniaan Allah di dalam bulan puasa akan dilipatgandakan oleh-Nya dengan 10 kali ganda. Gandaan ini merangkumi segala amalan sunat dan kebajikan lain seperti sedekah, bacaan al-Quran, zikir, iktikaf dan sebagainya. Berusahalah sebaik mungkin untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan berpuasa di siang harinya dan menghidupkan malamnya.
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak
Selasa, September 09, 2008
Zakat Fitrah
Salah satu syarat agama yang mengajak kesalihan sosial adalah zakat, yang secara umum tidak terikat dengan waktu (zakat mal). Ertinya boleh dikeluarkan bila saja asal mencapai nisab dan haul. Namun zakat fitrah ada tempoh waktunya. Menurut jumhur ulama, ia hanya boleh dikeluarkan semasa menjalankan puasa Ramadan sampai sebelum perlaksanaan solat Aidilfitri.
JENIS zakat ini mungkin lebih akrab dengan kita lantaran perlaksanaan pengeluarannya yang serentak bagi pemeluk agama Islam di muka bumi ini. Semua umat Islam yang “mampu” berbondong-bondong mengeluarkan zakatnya untuk di bagikan kepada orang-orang yang lebih berhak. Ada yang membagikan langsung kepada sasaran penerima zakat, ada pula yang menyerahkan kepada amil zakat agar pembahagiannya lebih merata.
Di hari-hari biasa, mungkin tidak sedikit orang yang kelaparan dan tak terurus makannya, tapi boleh dibilang tak ada kata 'lapar’ di hari raya Aidilfitri yang penuh kemenangan setelah menunaikan puasa Ramadan sebulan penuh. Semua berbahagia. Yang miskin, yang petani, yang hidup sebatang kara, semua ikut merasakan kemenangannya.
Perintah untuk menunaikan zakat Fitrah ini mula diwajibkan pada bulan Ramadan tahun ke-2 Hijrah, sekaligus sebagai tahun diwajibkannya puasa Ramadan. Zakat fitrah disyariatkan dengan tujuan menyucikan jiwa orang-orang yang melaksanakan puasa sekaligus meringankan beban penderitaan yang selama ini selalu menyelimuti orang-orang fakir, yang diharapkan dapat membantu mencukupi keperluannya saat Aidiltitri.
Pada tataran inilah, agama tampak begitu indah. Agama bukan sekadar menampakkan wajahnya dengan kenyataan-kenyataan yang melulu bicara hubungan kemanusiaan belaka, lebih dari itu ia mengajarkan agar pemeluknya juga membangun hubungan kepada lingkungan sekitarnya.
Menurut Imam Malik, Syafi’i, Ahmad dan sebahagian ulama, zakat fitrah itu hukumnya fardu. Hal ini berdasarkan hadis dari lbnu Abbas, “Rasulullah s.a.w. memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan atas seluruh umat Islam satu Sha’ (2,304 kg) kurma atau satu Sha’ gandum bagi hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan, dan baik anak kecil mahupun dewasa.”
Walaupun hadis tersebut menunjuk pada jenis makanan tertentu yang identiti dengan makanan pokok di daerah Arab, bukan bererti masyarakat yang tinggal di daerah bukan tanah Arab harus mengeluarkan zakat fitrah berupa jenis makanan tersebut, melainkan disesuaikan dengan makanan pokok daerah setempat.
Makanan pokok daerahlah yang menjadi keutamaan. Yang dimaksud dengan makanan pokok adalah makanan yang dimakan sehari-hari dari pagi hingga petang yang menguatkan, baik pada masa subur mahupun masa sulit. Bukan yang dikonsumsi pada masa sulit saja. Andaikan makanan asasnya berupa beras seperti di Malaysia, atau jagung seperti di pesisir Mesir misalnya, maka jenis makanan itulah yang mesti dikeluarkan. Besaran zakat fitrah yang harus dikeluarkan adalah satu Sha’ setara dengan 2,304 kg per kepala.
Orang yang diwajibkan membayar zakat fitrah adalah orang mempunyai kelebihan harta dari keperluan asasnya. Sedikitnya satu sha’ gandum, kurma atau beras dan makanan orang yang wajib nafkah baginya pada hari dan malam hari raya. Kelebihan itu tidak termasuk rumah, perabot rumah tangganya dan keperluan pokok lainnya.
Disamping harus mengeluarkan untuk dirinya sendiri, orang yang berzakat juga harus mengeluarkan untuk isteri dan anaknya yang masih kecil dan tidak punya harta. Adapun anak-anaknya yang sudah dewasa, menurut Mazhab Hanafi dan Malik, muzakki (pemberi zakat) tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah atas nama mereka, sekalipun mereka masih menjadi tanggungannya dan belum bekerja. Sebab setelah akil baligh, seorang ayah tidak memiliki kekuasaan sama sekali atas mereka. Sementara Mazhab Syafi’i dan Hambali menyebut bahawa ayah tetap wajib memberikan zakat fitrah atas nama mereka jika mereka belum mampu menafkahi dirinya kerana belum bekerja.
BILA MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH?
Ehwal perintah menunaikan zakat fitrah ia berkaitan erat dengan Aidilfitri. Hanya saja tentang batasan waktu wajib, seperti biasa para ulama berbeza pendapat. Menurut jumhur ulama, waktu wajib untuk membayarkan zakat fitrah adalah sejak terbenamnya matahari di akhir bulan Ramadan, kerana waktu itulah yang disebut dengan waktu fitrah (berbuka). Oleh kerananya, yang meninggal setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.
Adapun mendahulukan pembayaran fitrah dan waktu wajibnya, menurut Mazhab Syafi ‘i dibolehkan sejak awal bulan Ramadan Sedang Mazhab Maliki dan Hambali, hanya dibolehkan sekurang-kurang tiga hari sebelum Aidilfitri. Sementara menunda pembayarannya, menurut Syafi’i dan Hambali, tidak dibolehkan tanpa uzur, bahkan mereka mengharamkannya.
Ada satu hadis Ibnu Abbas r.a yang menyebutkan, “Telah diwajibkan oleh Rasulullah s.aw zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang puasa dari perbuatan sia-sia dan ucapan kotor dan memberi makan bagi orang-orang miskin. Barang siapa yang memberikannya sebelum solat Aidilfitri, maka zakat itu diterima. Dan barang siapa yang memberikan sesudah solat Aidilfitri, zakat itu sebagai sedekah biasa.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Berbeza dengan pendapat di atas, ulama Mazhab Hanafi mempunyai pandangan lain. Mereka berhujah bahawa waktu wajib membayar zakat fitrah adalah sejak terbitnya matahari pada Aidilfitri, kerana zakat fitrah ibadah yang berhubungan dengan fitrah. Keterkaitan ini mempunyai makna khusus yang menunjukkan waktu pembayarannya. BiIa seseorang meninggal sebelum terbit matahari pada Aidilfitri, ia tidak wajib membayai zakat, namun bila seseorang membayar zakat fitrahnya pada awal bulan Ramadan atau sebelumnya hukumnya boleh.
Di samping itu, Mazhab Hanafi juga membolehkan penundaan membayar zakat fitrah setelah solat Aidiltitri, kerana di dalam zakat fitrah terdapat makan tolong-menolong. Oleb kerana itu, menurut mereka keterlambatan membayar zakat fitrah tidak dapat mengugurkan kewajiban untuk membayarnya.
Adapun mengenai bayi yang lahir sebelum terbenam matahari, ulama sepakat, wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya dan yang yang meninggal sebelum matahari terhenam, tidak wajib zakat.
Bagi kita, polemik di atas tidak perlu terlalu dipersoalkan. Masing-masing punya landasan yang kuat. Tinggal kecenderungan kita mengikuti ulama yang kita anggap ijtihadnya paling rasional dan logik. Itu saja.
SIAPAKAN YANG BERHAK DAN TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT FITRAH
Kerana zakat fitrah termasuk kategori zakat, maka tidak boleh menyerahkan kepada orang yang dilarang menerima zakat harta seperti :
- orang kafir yang menentang Islam
- orang murtad fasik yang merosak Islam dengan kefasikannya
- orang kaya baik dengan harta mahupun dengan usahanya
- penganggur yang sanggup berusaha tapi tidak mahu berusaha
- ibu bapa, anak mahupun isteri. Menyerahkan kepada ibu bapa, anak mahupun isteri sendiri, maka sama dengan menyerahkan kepada dirinya sendiri.
Kalau zakat mal, sebagaimana kita ketahui dan kesepakatan para ulama, sasarannya sudah jelas ditujukan kepada asnaf (golongan) yang lapan, tidak demikian halnya dengan zakat fitrah. Setidaknya ada tiga pendapat yang mengiringi tentang siapakah yang paling berhak untuk menerima zakat fitrah ini :
- Pendapat pertama, wajib menyerah zakat fitrah kepada golongan yang berhak menerima zakat, iaitu sebagaimana dinyatakan dalam surat at-Taubah: 60. Pendapat ini dikeluarkan oleh Mazhab Syafi’i.
- Pendapat kedua, boleh diherikan kepada asnaf lapan namun memperutamakan kepada golongan fakir. Ibnu Qayyim mengatakan, pengkhususan zakat fitrah bagi orang-orang miskin saja merupakan hadiah dari Nabi s.a.w. Nabi tidak pernah membagikan zakat fitrah sedikit-sedikit kepada golongan lapan, tidak pernah pula menyuruhnya, tidak dilakukan oleh seorang pun dari para sahabat dan orang-orang sesudahnya. Pendapat ini lebih kuat dibandingkan dengan pendapat yang mewajibkan pembagian zakat fitrah pada asnaf lapan.
- Pendapat terakhir, mewajibkan kekhususan kepada orang-orang fakir saja. Pendapat ini dari kelompok Mazhab Maliki. Mereka menyatakan, sesungguhnya zakat fitrah itu hanya boleh diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Tidak kepada petugas zakat, tidak pada orang mualaf, tidak dalam membebaskan perhambaan tidak pada orang yang berhutang, tidak untuk orang yang berperang dan tidak pula untuk ibnu sabil yang kehabisan bekal untuk pulang, bahkan tidak diberi kecuali dengan sifat fakir.
berkurang jumlahnya.
Mudah-mudahan ulasan singkat tentang zakat fitrah ini semakin membukakan mata hati kita untuk selalu peduli terhadap mereka yang hidup susah dan menderita.
Untuk berbuat baik kepada sesamanya, kita boleh melakukan bila-bila saja, tidak perlu harus menunggu saatnya wajib berzakat tiba.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Ahad, September 07, 2008
Dua Kalimah Syahadah
KALIMAT syahadat yang merupakan kalimat pengakuan bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya” merupakan suatu kuasa yang amat kuat bagi menyatupadukan umat Islam daripada berbagai-bagai bangsa dan kaum. Dua ‘Kalimat Syahadat’ inilah yang menyebabkan seorang Cina, Arab, India, Inggeris, Melayu dan Iran mengakui dirinya ‘Muslim’ walaupun ia berada di tengah-tengah bangsanya yang bukan Islam.
Kalimat syahadat sesuatu yang melampaui batasan warna kulit, sempadan, iklim, bahasa dan adat manusia yang sempit. Demikianlah kenyataan yang hakiki, terbukti di depan mata kepala manusia. Kalimat syahadatlah yang dengan begitu cepat dapat melenyapkan perasaan permusuhan kabilah dan penindasan sesama bangsa Arab jahiliah yang tidak pernah kunjung padam itu.
Islam pernah melantik seorang pemuda kulit hitam (Usamah) sebagai ketua tentera Islam yang jujur, dipercayai oleh orang ramai dan di dalamnya ada pembesar-pembesar mereka. Nyata sekali, kalimat syahadat dapat mengatasi masalah perkauman. Kenapa manusia masih mahu mencari lagi selain daripada kalimat tersebut?
Bernad Show pernah berkata: "Islam telah mengiklankan persaudaraan semenjak seribu tiga ratus lima puluh tahun lalu, iaitu suatu masa yang tidak wujud dikalangan orang Rom, Eropah dan Amerika. Apabila anda bertanya kepada seorang Arab atau India, kepada Parsi (Iran) atau Afghan "Siapa anda?", dia menjawab, "Saya Muslim". Tetapi seorang Barat (bukan Islam) apabila anda bertanya kepadanya. “Siapa engkau?”, dia akan menjawab, “Saya Inggeris, Itali atau Amerika.” Orang-orang Eropah meninggalkan agama, sebaliknya, berpegang kepada kebangsaan dan keturunan mereka. Inilah sebesar-besar dalil menunjukkan, Islam dapat menyatupadukan antara beberapa percaturan fahaman dan perbezaan warna kulit, bahasa, tanpa memandang sebarang keturunan dan iklim.
Sejarah tidak dapat menafikan satu kenyataan bahawa, kaum minoriti bukan Islam dapat hidup dengan aman dan damai dalam negara yang kaum majoritinya mengucap dua Kalimat Syahadat. Sebaliknya, kaum minoriti Islam yang hidup dalam negara kaum majoriti bukan Islam, sukar untuk hidup dengan aman dan damai, kadang-kadang diusir, seperti di Burma dan Israel. Orang-orang bukan Islam dapat hidup dengan aman, damai dan makmur di negara yang majoritinya Islam, seperti di Malaysia ini. Demikianlah kenyataan yang dapat disaksikan pada hari ini.
Tak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa salah satu sebab yang menimbulkan persengketaan dan permusuhan sesama umat manusia, dahulu atau sekarang, yang sudah berlaku mahupun yang sedang berlaku, adalah berpunca dan lahir daripada penyakit perkauman dan fanatik kepada kaum masing-masing.
Fahaman sempit kaum Yahudi, dan fahaman kolot orang-orang Barat (bukan Islam) adalah diantara punca terbesar yang membawa dunia kini ke kancah pertelingkahan dan permusuhan yang tidak kunjung padam. Tuduhan ini tidak melulu dan bukan palsu. Apakah tidak benar kenyataan tersebut? Kalau orang-orang Barat itu tidak kolot, sebaliknya bersikap liberal, masakan mereka masih mahu menyokong dan membantu kaum Yahudi yang bengis dan kejam itu! Sedangkan mereka sendiri melihat kekejaman kaum Yahudi terhadap pelarian Palestin.
Manusia yang fanatik dan kolot sahaja yang akan menyebelahi manusia yang kejam dan jahat. Penyakit perkauman tidak dapat dihapuskan hanya dengan kenduri buah durian atau hidangan pulut kuning. Penyakit ini tidak dapat dilenyapkan hanya dengan pesta kebudayaan, melalui tarian atau nyanyian. Penyakit perkauman akan dapat di hapuskan hanya dengan kerelaan hati manusia turun sujud menerima kalimat Syahadat.
Kerana buktinya sudah jelas dan terang. Kegawatan umat Islam kini, dan perpecahan di kalangan mereka adalah berpunca daripada mereka kurang mengerti konsep syahadah itu sendiri atan akidah mereka telah dicemari dengan konsep-konsep lain yang dibawa oleh penjajah. Ini perlu diteliti sebelum kita membuat tanggapan terhadap masalah perpecahan di kalangan umat Islam. Malah perlu diteliti juga, apakah kepentingan kebendaan sudah mengatasi kepentingan pengabdian diri terhadap Allah Yang Maha Esa, atau sebaliknya.
Dalam usaha untuk menghapuskan penyakit perkauman, Al-Quran telah meletakkan beberapa konsep dan garis panduan yang unggul untuk manusia seluruhnya. Firman Allah s.w.t: "Wahai manusia hendaklah takut akan Tuhan yang telah menjadikan kamu yang satu". (al-N isa’: 1)
Perkataan “manusia” dalam ayat di atas merupakan suatu nilai yang amat tinggi menurut pandangan Islam. Kerana manusia yang dimaksudkan itu adalah tergolong di dalamnya lelaki dan perempuan, hamba dan raja, yang berkulit hitam dan putih, yang berhidung mancung dan berhidung penyek. Seolah-olah seruan itu melaungkan: Wahai manusia seluruhnya takutlah kepada Allah Yang Maha Esa, dan kembalilah kepada perdamaian dan perpaduan sejagat tanpa membezakan warna kulit, kaya miskin, tidak ada raja yang harus disembah, tidak ada manusia yang harus diperhinakan sebagai binatang, malah binatang juga harus diberi belas kasihan.
Perkataan manusia itu juga memberi gambaran kepada kita bahawa: perpaduan menurut kacamata Islam bukan terhad kepada sesuatu bangsa itu sahaja, sebagaimana Yahudi untuk Yahudi, Cina untuk Cina, Melayu untuk Melayu. Tidak, tidak demikian. Tetapi perpaduan menurut pandangan Islam untuk seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Segala hasil mahsul di atas permukaan bumi ini adalah segala usaha makhluk yang memerlukannya, tetapi harus dipergunakannya dengan cara yang baik, bukan dengan cara yang haram, dirompak, ditipu dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t, "Tidaklah Kami utuskan engkau (hai Muhammad,), melainkan untuk memberi rahmat kepada manusia seluruhnya". (Al-Anbiya’: 107)
Walau pun manusia dijadikan Tuhan berlainan; berpuak-puak, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, malah berlainan bahasa, bukan bererti dijadikan untuk bermusuh-musuhan dan berkelahi sesama mereka, tetapi adalah untuk kenal-mengenali dan bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang besar, dan juga untuk menginsafkan seluruh manusia tentang betapa berkuasanya Allah menciptakan manusia daripada setitik air mani dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa, dan manusia tidak berdaya pula untuk mengubah apa yang telah diciptakan oleh Allah.
Firman Allah s.w.t, "Sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan jadikan kamu pula bepuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain". (Al-Hujarat: 13)
Perkataan “takwa’’ dapat pula difahamkan bahawa seseorang itu tidak harus sombong dan bongkak sebagai suatu bangsa yang mulia kerana semata-mata memiliki kekayaan dan pangkat yang tinggi, sebab kemuliaan seseorang itu hanya dikira dan sejauh mana ketakwaannya kepada Allah Yang Maha Esa itulah saja tempat yang harus disembah dan dipuja, hasil daripada ketakwaan dan amal kebajikannya harus diperhitungkan sama ada seseorang itu mulia atau sebaliknya.
Firman Allah s.w.t: "Bahawa semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu". (al-Hujurat: 13)
Dan perkataan ‘asal keturunan yang satu’ adalah menunjukkan kepada kita bahawa Islam menganggap manusia adalah satu; satu dalam keturunan, satu dalam kejadian, satu tempat hidup, satu tempat lahir dan akan kembali ke tempat yang satu, malah harus menyembah Tuhan yang satu, tegasnya satu, satu dalam segalanya. Firman Allah s.w.t : "Manusia itu adalah umat yang satu ". (a-Baqarah: 213)
Dari itu dapatlah difahamkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang amat mementingkan perpaduan dan menggalakkan agar manusia bersaudara sejagat, tanpa memandang warna kulit, sempadan dan keturunan, kerana manusia kesemuanya daripada keturunan yang satu, iaitu Adam dan Hawa.
Ali bin Abi Talib ada berkata, yang bermaksud: “Manusia jika dikira daripada segi asal keturunan, adalah sama saja, ibu bapa mereka ialah Adam dan Hawa. Jika mereka mahu bermegah-megah dengan asal keturunan mereka yang mulia, maka tanah dan air adalah asal kejadian mereka.”
Jika seluruh manusia di permukaan alam ini sudah sedar dan insaf akan asal kejadian mereka yang sebenarnya, maka sudah tentu tidak akan lahir perbuatan hina-menghina dan rendah-merendahkan antara satu sama lain. Malah tidak akan berlaku permusuhan dan perkelahian sesama mereka. Kalimat syahadat di atas tadi, telah memberi erti kepada kita bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah: Allah sajalah tempat tumpuan segala makhluk, tiada hukum yang paling sempurna kecuali hukum Allah, Allahlah tempat rujukan bagi seluruh manusia dalam menyelesaikan segala masalah; baik urusan peribadi, masyarakat mahupun negara, masalah orang Islam mahupun bukan Islam.
Firman Allah s.w.t: "Maka jika kamu berbalah dalam suatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah". (al-Nisa’: 59)
Dalam hal ini, seorang aktivitis Harakah Islamiah, al-ustaz Said Hawa, pernah menegaskan di dalam bukunya bahawa di antara sebab-sebab yang menimbulkan perbalahan dan persengketaan sesama umat Islam kini adalah sudah lupa sebahagian ayat-ayat Allah dan hukumNya. Dengan kata lain, mereka mengambil setengahnya dan menolak setengah yang lain, maka lantaran itulah mereka berpecah-belah dan bersengketa.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t : "Tetapi mereka sengaja, melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya: maka kami timbulkan diantara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat". (al-Maidah: 14)
Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa punca persengketaan umat Islam adalah disebabkan sebahagian mereka memerintah dengan mengambil sebahagian hukum Allah tetapi menolak sebahagian hukum Allah yang lain. Umat Islam yang cintakan agamanya sudah tentu tidak akan berdiam diri apabila melihat keadaan demikian berlaku dihadapannya. Ini akan mengakibatkan pertembungan di antara golongan yang cintakan agamanya. Sebenarnya suasana inilah yang ada pada hari ini, yang membuatkan kaum muslim seluruhnya berada dalam keadaan dilema.
Untuk melenyapkan perbalahan dan persengketaan itu, maka umat Islam mestilah turun sujud menyembah Allah dan berhukum dengan hukum Allah dalam semua bidang kehidupan, dan mesti menghapus semua hukum ciptaan manusia daripada kamus hidup setiap Muslim. Keraguan terhadap kemampuan hukum Allah dalam menyelesaikan setiap masalah, termasuk masalah masyarakat majmuk, hendaklah dikikiskan daripada hati kaum Muslimin. Tegasnya, umat Islam haruslah kembali menghayati Islam secara syumul, baik peribadi, masyarakat dan negara.
Dalam semua tindakan, niat dan cita-cita umat Islam hendaklah dihadapkan kepada Allah semata-mata. Firman Allah s.w.t : "Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah". (al-An’am: 162)
Seruan ulama-ulama Islam kembali kepada Islam secara syumul dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunah adalah satu seruan yang suci dan satu usaha yang gigih dan amat penting dalam menyatupadukan umat Islam di negara ini dan negara-negara yang lain.
Dengan ini kita mesti berdakwah mengajak umat Islam supaya kembali kepada hukum Allah yang menepati konsep syahadah yang sebenarnya. Kita percaya, dalam dalam usaha ini, kita tidak akan terlepas daripada penentangan golongan yang buta agama dan golongan sekular yang berkembang biak di dalam masyarakat Islam.
Tegasnya, konsep tauhid yang terpancar daripada kalimat syahadah tadi adalah memainkan peranan yang terpenting dalam menyatukan hati kaum Muslimin seluruhnya. Gambarkan sahaja bagaimana keadaan yang bakal dicapai kalau kaum Muslimin sama-sama membuang kepentingan diri dengan menjunjung segala perintah Allah, setiap kali timbul perselisihan di kalangan mereka, masing-masing segera kembali kepada keputusan Allah dan RasulNya tanpa banyak bicara dan redha dengan hukum Allah.
Jika keadaan ini benar-benar berlaku, sudah pasti umat Islam tidak akan bergaduh lagi. Tetapi alangkah sedihnya manusia Iblis yang keras kepala serta tidak mahu tunduk kepada hukum Allah: masih ada berkeliaran dalam masyarakat, maka perjuangan Islam itu sentiasa tergugat, dan cita-cita untuk membawa kedamaian sering terbantut. Kita percaya itulah cara-cara ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.
Apabila Islam menekankan bahawa teras atau asas perpaduan itu mesti bertitik tolak daripada konsep Syahadah atau Akidah, maka bagaimana Islam boleh mendirikan perpaduan dalam negara yang penduduknya adalah masyarakat majmuk? Apakah nasib yang akan diterima oleh orang-orang bukan Islam?
Persoalan-persoalan inilah yang sering dihadapkan oleh musuh-musuh Islam dan orang-orang Islam sendiri yang buta agama. Sesungguhnya, Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk orang-orang bukan Islam yang mendiami negara Islam. Kafir zimmi akan dilayan secara kafir zimmi, manakala kafir harbi akan dilayan secara kafir harbi. Untuk lebih jelas lagi, perhatikanlah kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Islam.
FirmanAllah s.w.t : "Tidak ada paksaan dalam agama". (al-Baqarah: 256)
Firman Allah s.w.t : "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya". (Al-Anfal: 61)
Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti diriku".
Untuk mengetahui hak-hak orang bukan Islam dengan lebih lanjut lagi bolehlah rujuk kepada buku Abul al-A’la Maududi di bawah tajuk: “Hak-hak bukan Islam Dalam negara Islam". Maka insyaAllah kita akan dapat jawapan apakah Islam boleh menjamin perpaduan ataupun tidak dalam masyarakat majmuk.
CETUSAN DARIPADA SEMANGAT SYAHADAH
Dua kalimat Syahadah merupakan satu tenaga yang amat kuat bagi mengikat hati dan jiwa berbagai-bagai kaum dan bangsa menjadi satu. Dengan ini, setiap Muslim yang terjebak ke dalam kancah perbalahan sesama sendiri, maka haruslah menyemak kembali, apakah keyakinan mereka, tindak-tanduk mereka sudah menepati konsep syahadah yang sebenarnya.
Dan hendaklah membersihkan akidah mereka jika terdapat gejala-gejala “riddah” dan “nifaq”, kerana dengan cara inilah kejernihan akan dapat diwujudkan kembali di kalangan umat Islam.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Sabtu, September 06, 2008
Keajaiban Kasih Sayang
keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan
diri dari sekelilingmu."
(Ali Imran: 159)
Sederet manusia keras telah menjadi paling utama gerakan jihad setelah mendapat sentuhan lembut Islam. Umar bin Khattab, singa padang pasir yang gemar menghunuskan pedang secara liar. Cahaya hidayah membuat hati kerasnya bernilai pahala di medan juang.
Khalid bin Walid, sebelum bersyahadat, adalah tokoh penting di balik kekalahannya kaum muslimin di Perang Uhud. Berikutnya, bukan hunusan senjata yang membuatnya
bertekuk lutut, kelembutan dakwah menjadikannya mukmin sejati. Dialah pedang Allah s.w.t (saifullah) yang menyiarkan Islam hingga membuka mata dunia.
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w tidak memerlukan kilatan pedang untuk menundukkan orang ganas. Cukup menyiraminya dengan kasih sayang. Dan pesona kelembutan sanggup melelehkan hati yang membatu sekali pun.
Terkait dengan Ali-lmran: 159, A.YusufAli melukiskan bahawa kerana sifat Muhammad s.a.w yang begitu lemah lembut, menyebabkan semua orang sayang kepadanya dan inilah salah satu rahmat Allah s.w.t. Tak pernah ada yang lebih berharga baginya daripada sifat yang begitu lemah-lernbut, penuh kasih sayang dan kesabaran yang begitu besar menghadapi kelemahan manusia. Ini adaIah sifat yang sungguh agung, yang kemudian dan yang selalu demikian, menyebabkan banyak sekali orang yang terarik kepadanya.
Islam sangat memberi perhatian terhadap kecerdasan sosial umatnya. Di mana pun berada, kehadiran seorang muslim adalah penyejuk yang mendamaikan. Kedatangannya dinantikan dengan penuh harapan, kepergiannya ditunggu untukkembali. Bukankah agama mulia ini berkembang pesat berkat perilaku santun pemeluknya yang lekas menarik simpati berupa untaian indah akhlak dan kepedulian tinggi terhadap lingkungan.
Terbukti bahkan dalam peperangan, etika sosial sangat dijaga. Nilai kemanusiaan tetap dipelihara dalam bingkai kasib sayang. Tidak boleh merosakkan kemudahan awam, jangan mengganggu wanita, orang tua dan anak-anak, dilarang rnenebang tanaman, tidak membunuh lawan yang sudah menyerah dan berbagai perilaku indah lainnya. Sehingga musuh pun terpikat seraya berseru, “Betapa indah ajaran ini!”.
Andai dipakai cara-cara kekerasan, maka betapa banyak lahir barisan sakit hati yang rajin memupuk dendam. Mereka yang setia memelihara bara di dada dan sewaktu-waktu siap diledakkan. Pada keadaan dilema begini jelas keharmonian menjadi barang paling sulit digapai. Permusuhan akan menjadi sumbu malapetaka.
Sikap perjuangan yang sebenarnya tidak selainnya tercermin dari kegarangan menebas kegarangan batang leher musuh. Adakalanya kelembutan mengukir bukti atas sikap kesatria. Uthman sebagai khalifah boleh saja menyuruh pasukan tentera menumpaskan habis pemberontak yang mengepung rumahnya. Khalifah santun itu melarang memakai jurus kekerasan sesama pemeluk Islam. Ia justeru banyak menasihati penyerang, berusaha keras meluruskan kekeliruan prasangka mereka. Sampai akhirnya si pemimpin berbudi itu mati terbunuh.
Uthman syahid sekaligus meninggalkan kenangan terindah tentang sikap lembut seorang mukmin. Dia menghindari cara-cara kekerasan dan sentiasa membuka ruang dialog. Kematiannya tidak sia-sia demi menjaga keutuhan umat, Uthman menjadi korban demi keselamatan bersama yang lebih besar.
Secara lebih meluas, Islam mengajarkan penghargaan yang tinggi terhadap nilai kemanusiaan. Kematian sekali pun tidak menghalangi seseorang untuk dihormati. Atas nama kemanusiaan siapa pun berhak dihargai selayaknya manusia. Apa pun identitinya, warna kulit, ras, dan simbol-simbol duniawi yang melekat di pundaknya.
Suatu etika mulia dicontohkan oLeh Rasulullah berabad-abad yang tampau. Saat itu baginda beramah tamah dengan para sahabat setia. Tiba-tiba Muhammad s.a.w berdiri seiring lewatnya iring-iringan jenazah. Sikap penghormatan itu menyentakkan para sahabat. Raut kegusaran merona di wajah mereka. Sehingga muncul gugatan, “Wahai Rasulullah, bukankah itu iring-iringan jenazah orang Yahudi?” Rasulullah s.a.w. menjawab dengan pertanyaan menawan. “Bukankah dia juga manusia?”
Perilaku santun selalu berbalik kebaikan bagi pelakunya. Lantas, kebaikan apa yang boleh diperolehi dari mayat yang hendak dibenamkan dalam tanah? Ya, orang mati jelas tak mungkin memberi reaksi balik. Imbas positif tersebut datang dari orang-orang sekitar yang menyaksikan sanak keluarga, teman dan handai taulannya akan menyimpan kenangan manis. Betapa indah Islam dalam membina kasih sayang dan menghormati kemanusiaan.
Saat penaklukan kota Makkah (fathul Makah) orang-orang kafir dilanda ketakutan mendalam. Mereka yakin kaum muslimin akan mementaskan aksi balas dendam massa. Kerana rasa cemasnya, Shafwan bin Umayyah, musuh Islam yang sangat sadis bersiap-siap bunuh diri. Saudara sepupunya bernama Umair mengabarkan pada Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. bersabda, “Susul dia, aku telah memaafkan.”
Sebagai tanda bukti, Rasulullah menyerahkan serbannya untuk diperlihatkan oleh Umar pada saudaranya. Hingga Shafwan membatal bunuh diri, kemudian menghadap seraya berkata, “Apabila kau memberi pengampunan untukku, maka berikan waktu selama dua bulan
aku masuk Islam.”
“Berfikirlah engkau selama empat bulan sebelum mengambil keputusan memeluk Islam,” jawab Rasulullah dengan bijaksananya. Akhirnya, belum satu bulan Shafwan datang menyatakan keimanan. Selanjutny dia berdiri gagah menjadi pembela agama tauhid. Kasih sayang itu telah menjinakkan jiwa yang paling liar sekalipun. Allah s.w.t Maha Besar. Firman Allah s.w.t., “Kamu senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah dan biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (At-Maidab: 13)
Hanya saja, sejarah kemunafikan yang panjang telah menyaksikan babak belurnya sifat-sifat kemanusiaan. Rasa kasih sayang sudah tercabut dan nurani berganti dengan egoisme sempit yang menerkam kanan kiri umpama masyarakat serigala yang berpegang pada prinsip membunuh, dimana antara sesama manusia saling memangsa.
Sikap buruk sosial tergambar ketika anda mengibarkan bendera kegemilangan dengan terlebih dahulu menumbangkan bendera yang lain. Anda bersorak dipuncak kemenangan setelah menjungkalkan teman kejurang kehancuran. Anda bersinar terang dan terlebih dahulu memadamkan lampu sahabat sendiri. Anda tersenyum riang gembira dengan puja-puji saat orang kanan kiri berurai air mata darah.
Apalagi dewasa ini, aksi keganasan cara baru semakin ketara dalam wujud baru yang kalah mengerikan. Perangai pecah amanah dana sosial setara dengan mengunyah jasad saudara sebangsa yang mati kelaparan. Aksi membeberkan kejelekkan rakan sendiri setara dengan memakan daging bangkainya. Wabah itu membuat pelaku tergamak memangsa saudaranya, walaupun seiman dan seakidah. Lantas ke mana melayangnya kasih sayang itu?
Barangkali kita melihat kemungkaran dilakukan oleh saudara seagama, bukan bererti cara main kayu di dahulukan berbanding nasihat takwa. Setidaknya kekhilafannya tidak akan menyamai kekejian Firaun yang mengaku diri sebagai Tuhan. Bahkan terhadap Finaun yang terkutuk itu, Allah s.w.t masih menyuruh Musa dan Harun mendakwahi dengan tauladan dan ucapan kelembutan.
Kita sebagai bangsa timur mewarisi kelembutan budaya yang menakjubkan. Hanya saja ujian sejarah berupa krisis multi dimensi telah mencarik-carik keperibadian yang berharga itu. Tiba-tiba kita menjadi bangsa pemarah yang menghadapi setiap masalah dengan luapan amarah.
Gana-gara sejumlah wang, nyawa boleh melayang. Perbezaan pendapat tak boleh tagi diterima lapang dada, yang keluar malahan caci maki dan perilaku kekerasan. Rasa saling curiga membuat otak jadi beku setelah emosi lekas meledak. Ruangan musyawarah malah menjadi tempat pengadilan jalanan, selepas bersolat jemaah kita bersalam ukhwah, malamnya ditempat kerja kita berpacu dalam aroma nafsu.
Ibnu Khaldun menyatakan secara tabiatnya manusia adalah makhluk berperadaban yang berjiwa sosial. Dengan sendirinya, manusia jelas saling memerlukan satu sama lain. Dan, sikap kasib sayang merupakan salah satu bentuk dari kecerdasan sosial. Terkait dengan itu, konsep yang terindah bahawa kitalah yang memerlukan kehadiran saudara, bukan sebaliknya. Wujud kecerdasan sosial tersebut tercermin dari komitmen; banyak sahabat masih belum cukup, satu musuh sudah terlalu banyak.
Allah s.w.t telah menurunkan kehalusan rasa di hati manusia. Sebuas apa pun orang, ia letap punya getar-getar nuraninya. Cuma kepekaan tersebut menjadi mengecut disebabkan kurangnya kepedulian. Egoisme sempit serta ketamakan nafsu mencederai putihnya hati. Maka merugilah mereka yang kehilangan anugerah kasih sayang.
Dalam hadisnya, secara tegas Rasulullah s.a.w menyatakan, “Ada dua jenis manusia yang Allah s.w.t tidak akan me!ihatnya di hari kiamat. Pertama ialah onang yang memutuskan tali kasih sayang dan yang kedua adalah mereka yang jahat kepada tetangganya.” (HR Dailami)
Kasih sayang mampu menunjukkan banyak keajaiban, merapatkan hati yang renggang, menyatukan jiwa yang terbelah, serta melembutkan kekasaran. Masyarakat berperadaban selalu memilih jalan kasih sayang, apalagi terhadap saudara seiman. Tidak cukup menjalin kehangatan dengan Tuhan semata, sebab menjalin kasih sayang dengan makhlukNya juga bernilai ibadah.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Rabu, September 03, 2008
Menggapai Bening Hati
Oleh : Agung Abdullah
SUATU ketika dalam sebuah majlis Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabatnya, “Hati itu ada enpat macam: hati yang bersih bagaikan pelita yang berkilauan; hati yang tertutup dan terikat tutupnya; hati yang terbalik; dan hail yang lebar.”
Rasulullah s.a.w berhenti sebentar dan kemudian meneruskan kembali, “hati yang bersih adalah hati seorang mukmin, pelita yang ada di dalamnya adalah cahaya yang menerangi jalannya. Hati yang tertutup adalah hati orang kafir. Hati yang terbalik adalah hati orang munafik, hati yang tahu sekaligus yang mengingkari. Sedangkanhati yang lebar adalah hati yang di dalamnya ada keimanan dan kemunafikan.”
Kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan, "keimanan dalam hati terakhir ini seperti sebuah sayur yang dimasukkan ke dalam air bersih. Sedangkan kemunafikan ibarat luka yang dimasukkan ke dalam darah dan nanah. Mana yang dapat mengalahkan lainnya, itulah yang menguasainya.”
Demikianlah Rasulullah menjelaskan empat macam keadaan hati. Tapi diri kita mungkin telah mengetahui pada bahagian mana hati kita ini; apakah terang bagaikan pelita, tertutup dan terikat, hati yang terbalik ataukah hati yang lebar?
Hati adalah cerminan diri, yang memungkinkan manusia menerima pengertian siapa sebenarnya dirinya. Cermin yang jernih akan memantulkan hakikat sebenarnya. Hati yang jernih hanya dimiliki oleh mereka yang sentiasa mendekatkan diri kepadaAllah. Ia sentiasa berharap agar hatinya dibersihkan dari segala noda-noda yang menutupinya. Hati yang kotor tak lain hanya dimiliki oleh mereka yang sering bermaksiat kepada Allah. Ia meninggalkan segala perintahNya dan tak pernah mempedulikan apa yang telah dilarangNya.
Memiliki hati yang bersih selayak pelita adalah harapan setiap hamba Allah yang beriman. Salah satu yang menjadikan hati bersih dan bercahaya adalah gemar membaca al-Quran. Abdullah bin Mas’ ud pernah berkata, “Sesungguhnya al-Quran itu adalah tali Allah, cahaya penyembuh yang sangat mujarab dan penyelamat bagi yang mengikutinya. Al-Quran akan meluruskan, tidak membuat bengkok dan tidak pernah membosankan walau dibaca berulangkali. Untuk itu bacalah Ia kerana Allah akan memberikan pahala pada bacaan tersebut yang setiap hurufnya 10 kebaikan.”
Selain itu, memperbanyakkan zikir juga dapat membawa hati kita pada keadaan yang selalu diliputi rahmat serta rahimNya. Berzikir membuat hati kita menjadi tenang, dan hati yang tenang akan membawa pada ketenteraman hidup. Hati yang tenang yang sentiasa menghidupkan hari-hari kita untuk mengagung dan membesarkan nama Allah.
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak
Selasa, September 02, 2008
Menyesal : Awal Taubat
Oleh : Asfa Davy Bya, SHKETIKA mengunjungi penjara, baik pada saat berzikir bersama para ustaz dari majlis Azzikra, mahupun dalam bidang tugas saya selaku kuasa hukum, saya menemukan begitu hanyak kemunafikan, ketidak adilan dan pemerasan di sana.
Pernah suatu ketika saya berbicara dengan seorang tertuduh yang dijatuhi 15 tahun hukuman penjara kerana dituduh korupsi. Kami begitu akrab, mungkin dia fikir saya seorang ustaz yang dapat memberikan pencerahan kepadanya. Awal perbicaraan penuh dengan gurutuan ketidakadilan yang dia alami. Ia mengeluh kenapa cuma dirinya yang dihukum, mengapa atasannya tidak dihukum, bahkan terjerat pasal pun tidak? Dia merasa dirinya adalah kambing hitam sebuah kekuasan.
Setelah mengetahui kerjaya saya adalah seorang peguam, dia pun berkata, “Bang, saya ingin memberitahu bahawa saya tidak melakukan kejahatan seperti yang dituduhkan kepada saya. Saya tidak bersalah. Tapi saya juga sedar, pasti abang sudah bosan mendengarkan kata-kata ini, kerana setiap penjahat selalu berkata hal yang sama. Tapi kali ini, saya minta abang percaya sama saya. Saya tidak berbohong.”
Naluri saya berkata orang ini tidak bersalah. Otak pengacara saya mulai berputar untuk mencari keadilan bagi orang ini. Namun, sebelum fikiran saya jauh menerawang, tiba-tiba dia menyela. “Tapi bang, ada banyak kejahatan lain yang saya perbuat, tapi saya tak tertangkap. Jadi saya kira apa yang terjadi sekarang ini memang adil,” ungkapnya sambil tersenyum. Saya tertawa, dia juga tergelak. Seluruh badannya yang gemuk ikut bergoyang mengikut irama tawanya.
Kisah tertuduh ini ternyata telah memberikan sebuah pelajaran berharga bagi diri saya. Cuba bayangkan, betapa seringnya kita melakukan “kejahatan”, yang begitu melukai, tapi kita tak dibuat menderita olehnya? Jika itu terjadi, pernahkah kita berkata; “Ini tidak adil! Mengapa aku tidak ditangkap?” Tapi jika kita dibuat menderita oleh suatu alasan yang tak jelas, belum-belum kita sudah mengaduh dan mengerang; “Ini tidak adil! Dimanakah keadilan? Mengapa harus aku?”
Penjara adalah sebuah tempat di mana kehidupan mengalir seperti hanya di luar penjara. Yang membezakannya adalah tembok besar yang mengelilingi bangunan penjara itu. Tapi semua pihak yang ada di sana, baik yang bersalah mahupun petugas, sama-sama merasakan kongkongannya tembok itu. Bezanya, kalau petugas dapat pulang ke rumah setelah tugas berakhir, sementara mereka yang terpenjara menghabiskan waktunya di balik tembok dan dinding yang pengap. Dan penjara adalah sebuah sekolah kehidupan. Mereka yang berada di dalam sana sebenarnya adalah orang-orang 'pilihan'.
Mereka terpilih untuk menjalankan sebuah seleksi alam: apakah erti sesungguhnya atau menjadi orang yang sedar akan ‘makna kejahatan’, maka Iia tak pernah lagi balik ke dalam penjara. Dan, yang lebih penting, dia tidak akan mencederai atau melukai perasaan mahupun fizik orang lain. Tapi jika ia merasa dirinya adalah seorang penjahat, maka penjara menjadi sebuah rumah penuh pesona. Ia miliki daya tarik yang akan memanggil kembali mereka di luar sana untuk saling melepas rindu. Ia akan sulit keluar dari lingkaran kejahatan kerana tanggapan yang telah ia berikan kepada dirinya sendiri.
Saudaraku, dalam berbagai kunjungan lainnya, saya selalu katakan kepada mereka yang sedang berada di dalam penjara bahawa mereka bukanlah penjahat, melainkan seorang yang telah melakukan suatu tindakan kejahatan. Saya katakan, jika anda mengatakan diri anda penjahat maka anda akan merasa diperlakukan sebagai penjahat. Dan bahayanya, jika anda percaya bahawa diri anda jahat, maka bersiap-siaplah kerana anda akan menjadi penjahat yang betul!
Jadi tengantung dari sudut mana anda melihat dan menempatkan diri tatkala anda berada dalam penjara. Penjara bukanlah satunya bangunan yang secara serta-merta menyatakan bahawa diri anda busuk, banyak orang-orang yang tak bersalah, atau orang-orang yang berbeza pendapat dengan kekuasaan dicampakkan dalam penjara. Di sisi lain, begitu banyak pula orang-orang yang telah mencederai rasa keadilan rakyat, yang tak pernah mencium pengapnya bilik penjara.
Kerana itu saudaraku, orang-orang yang sedar akan ketidakadilan dunia akan menganggap bahawa penjara sebagai madrasah rohani bagi dirinya. Jika ia benar telah melakukan kesalahan di sinilah tempatnya untuk merenung dan menyesali apa yang telah ia lakukan, lalu bertaubat serta membuat dirinya makin mengenal Allah. Banyak orang yang mendapat hidayah saat berada di dalam penjara. Bahkan banyak karya besar para ulama yang lahir selama ia berada di penjara.
HAMKA dan Sayyid Quthb, misalnya adalah contoh ulama yang melahirkan maha karyanya di dalam penjara. Kita ketahui Pramoedya AnantaToer makin produktif selama di penjara. Nelson Mandela bahkan menjadi Presiden Afrika Selatan sekeluarnya dari penjara selama puluhan tahun. Penyesalan adalah perlindungan seorang hamba. Dengan penyesalannya itu hati seorang hamba akan bersinar-sinar sehingga ia dapat membersihkan dosa-dosanya dengan air matanya.
Allah pun akan mengangkat darjat orang yang air matanya berlinang kerana takut kepada Allah, merekalah orang-orang yang bertaubat.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Dua mata yang tidak tersentuh oleh api neraka: air mata yang menangis kerana takut kepada Allah." (HR Termizi)
Bahkan Ibnu Umar r.a berkata, “Aku lebih menyukai air mataku menetes kerana takut kepada Allah daripada aku berinfak sebanyak seribu Dinar.” Sedangkan Muhammad Ibnu Makdir r.a berkata, “Telah sampai kepadaku khabar gembira bahawa api neraka tidak akan memakan tempat yang dibasuh dengan air mata.”
Salah satu pembuktian menyesali sebuah dosa ialah dengan cara menangis. Seorang ahli hikmah berkata bahawa berbicaralah bahasa taubat dengan bahasa air mata dan ungkapkanlah dengan tangisan. Janganlah sampai kita mengikuti burung gagak dalam bertaubat. Bukankah burung gagak mabuk kerana terlalu banyak minum, lalu ia berkeliling di antara bangkai-bangkai, namun ketika ia sedar dari mabuknya, ia akan menyesal kerana telah sedar dari mabuknya.
Orang yang menyesal adalah orang yang tidak akan mengulangi perbuatan dosanya dan ia akan bersegera bergaul dengan orang-orang bertaubat. Umar bin Khathab r.a pernah berkata dalam wasiatnya yang indah, “Bergaullah dengan orang-orang yang bertaubat kerana mereka lebih lembut hatinya.”
Kerana itu, jika anda melihat seseorang keluar dari penjara lalu kemudian ia meletakkan dirinya bersama-sama orang-orang salih dan orang-orang yang telah bertaubat maka sesungguhnya ia adalah orang yang menyesal dan sungguh-sungguh telah bertaubat. Tapi jika ia lalu kemudian berkumpul dengan sesama golongan yang ‘jahat’ untuk membentuk sebuah kunpulan kejahatan baru, maka sesungguhnya ia termasuk orang-orang yang lalai. Ia termasuk orang yang baru berkata menyesal di lisannya tapi belum di hatinya.
Dan jika hati tidak benar-benar menggambarkan penyesalan, maka lisannya itu sungguh sedang berbohong. Orang yang menyesal adalah orang yang kemudian bersikap toleran dan memaafkan setiap orang yang telah menyakiti hatinya. Dengan sikapnya yang baru ini, ia sesungguhnya sedang meneladani akhlak Rasulullah s.a.w. Bukankah Rasulullah s.a.w tidak pernah menuntut balas demi kepentingan diri sendiri, baginda hanya menuntut balas jika kesucian dan kehormatan Allah dirosak?
Suatu ketika Qatadah ditanya, “Siapakah orang yang paling perkasa?” beliau menjawab, “Yang paling pemaaf.” Abu Said al-Mugbiri berkata, “Salah satu kesempurnaan sikap maaf seseorang adalah tidak menuntut balas kepada orang yang telah menzaliminya, kemudian dia mengasihinya serta banyak memohon kepada Allah agar dia mengampuninya.” Diriwayatkan bahawa ada seorang perempuan yang mencuri mushaf dan selimut Malik bin Dinar. Malik lalu mengikutinya dan berkata, “Aku Malik, ambillah selimut itu untukmu, tapi tolong kembalikan mushaf itu padaku, jangan takut!”
Orang yang menyesal adalah orang yang memiliki tekad yang luar biasa untuk tidak kembali mengulangi kesalahan masa lalunya. Abu Hazm berkata, “ketika peribadi-peribadi memperbaiki diri maka dosa-dosa besar akan diampuni, dan jika seorang hamba bertekad untuk meninggalkan dosa-dosa maka akan datang kemenangan.” Jadi, sungguh hairan jika ada orang yang mempunyai tekad yang lemah keinginan yang rendah, ia tidak mempunyai kekuatan kecuali dengan melakukan dosa, dan ia tidak mempunyai tekad kecuali dalam melakukan kejahatan.
Orang yang menyesal adalah orang yang berbuat untuk akhirat, seakan-akan esok ia akan meninggal dunia. Ia tidak akan menunda-nunda pertaubatannya kerana penundaan bererti kebangkrupan yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman: "Syaitan ialah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka." (Muhammad: 25)
Ketika menafsirkan ayat di atas, Al-Hasan r.a mengatakan, “Syaitan menghiasi mereka dengan kesalahan-kesalahan dan memanjangkan angan-angan mereka.” Orang-orang yang menunda-nunda seperti itu bagaikan seseorang yang berkeinginan untuk mencabut pohon dalam waktu tertentu dan berkata, "Aku menunda untuk melakukanNya hari ini.” Jadi di hari berikutnya, ia kembali benkata, "Aku menantikannya sampai hari berikutnya.” :Orang seperti ini tidak sedar bahawa setiap kali penundaan, pada saat itu pula kekukuhan pohon makin bertambah dan akan semakin sulit untuk mencabutnya.
Wahai saudaraku, pejamkanlah matamu, kenangkan hari-hari yang telah kau lakoni dari pagi sampai menjelang tidur, lalu renungkanlah, bagaimana jika datang kepadamu kematian sedangkan kamu dalam keadaan belum bertaubat? Apakah kamu sudah membuat kesepakatan dengan malaikat maut yang menjamin bahawa kematianmu tidak akan datang secara tiba-tiba? Apakah kamu mampu mengetahui yang ghaib sehingga kamu mengetahui bila loceng kematianmu berdetang, atau kamu telah membuat penjanjian di sisi Allah bahawa Dia tidak akan mengambil rohmu sampai kamu bertaubat terlebih dahulu?
Wahai saudaraku, sudahkah anda merenungkan setiap fenomena kehidupan atau feomena alam yang terjadi di sekitar anda? Bukankah hanya orang kafir dan orang munafik saja yang tidak mendapatkan petunjuk kerana mereka tidak mahu menggunakan akalnya dengan benar?
Allah s.w.t berfirman: “Aku memalingkan orang-orang yang menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuatanKu. Mereka, jika melihat tiap-tiap ayat(KU), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk mereka tidak mahu menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai daripadanya." (Al-A’raaf: 146)
Bukankah berfikir adalah salah satu bentuk mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada kita? Bukankah jika aktiviti berfikir itu ditambah dengan istighfar dan ketaatan, maka kenikmatan-kenikmatan yang kita perolehi tersebut akan terus dianugerahkan kepada kita bahkan akan ditambah?
Dengan demikian, wahai saudaraku, sedarlah bahawa dunia ini adalah penjara. Sedarkah bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Dunia ini adalah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” Untuk itu, siapkah anda menjalani kehidupan “Penjara” selama berada di dunia? Kerananya, pandanglah muka anda dicermin setiap pagi, lalu sedarkan wajah yang ada di dalam cermin itu bahawa, “Kita sesungguhnya sedang hidup di dalam penjara!”
"Ya Allah, Engkau, adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hambaMu, aku berada dalam genggaman janjiMu dan ancamanMu menurut kehendakMu. Aku lindung kepadaMu dari kejelekan yang aku perbuat. Aku mengakui dengan nikmatmu kepadaku dan aku telah melakukan dosa, maka ampunilah aku dan sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa selain Engkau," (HR. Bukhari)
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak
Ahad, Ogos 31, 2008
Anugerah Paling Agung
ANUGERAH ALLAH PALING AGUNG
Oleh : AL-IMAMBULAN Ramadan dimana didalamnya ada satu perintah dari Allah iaitu PUASA adalah merupakan satu anugerah Allah s.w.t. kepada kita umat IsLam. Kita selaku umat Islam sangat-sangatlah beruntung dan bertuah kerana menerima anugerah Allah yang paling mulia dan istimewa itu. Sehingga Allah s.w.t. akan memberikan sendiri ganjaran fadilat bagi mereka yang mengerjakan ibadat tersebut.
Bukan sahaja ibadatnya sebagai perintah, bahkan bulannya iaitu RAMADAN itu sendiri merupakan bulan yang paling mulia anugerah Allah s.w.t. Apa juga amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadan ini berlipat ganda pahala dan ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
Tidak seperti bulan-bulan yang lain, dimana setiap amalan dan ibadah yang kita lakukan ada peruntukkan ganjaran yang diberikan oleh Allah. Yang demikian, kita selaku umat Islam patutlah merebut peluang yang diberikan oleh Allah sepanjang Ramadan ini dengan membanyakkan amalan. Kalau selama ini, kita jarang bersembahyang malam maka sepanjang Ramadan ini patutlah kita lakukannya. Perbanyakkanlah perbekalan kita untuk dibawa mengadap Allah s.w.t di akhirat nanti.
Tidak ada apa-apa yang dapat kita bawa di akhirat nanti, hanya sahaja amalan kebajikan sahaja yang akan menolong kita dari dilontarkan ke dalam api neraka. Harta benda yang kita kumpul, yang kita cari siang malam tidak akan ikut sama. Semuanya tinggal. Yang ikut kita sama ke dalam kubur ialah amalan sahaja.
Jadi, sepanjang Ramadan al-Mubarak ini perbanyakkanlah amalan kita. Biar kita TAMAK dalam mengumpul kebaikan pahala, tetapi jangan kita TAMAK dalam mengumpul harta, kerana ia tidak memberi apa-apa pertolongan di akhirat nanti. Sesungguhnya saat-saat yang paling agung untuk mengerjakan kebaikan adalah bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan Allah dengan turunnya Al-Quran, kalam Allah tiada kebatilan di dalamnya saat turunnya dan sesudahnya, undang-undang yang abadi untuk menuntun manusia dan hukum langit untuk mengarahkan bumi ini.
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagal petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan batil.” (Al-Baqarah: 185)
Sesungguhnya Allah menganugerahkan bulan ini setiap tahunnya kepada umat Islam, mendatangi mereka sebagai tamu agung. Di antara manusia ada yang menyambutnya dengan sambutan yang baik dan menghormatinya, dan sebahagian lain ada yang keluar dari bulan Ramadan dalam keadaan yang lebih buruk lagi. Maka sungguh beruntunglah bagi siapa yang dimintakan syafaat oleh bulan Ramadan dan Al-Quran.
Nabi saw. bersabda yang ertinya: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, “Wahai Rabbku, aku mencegahnya makan dan syahwat, maka berilah dia syafaat kerananya". Al-Quran berkata, "Aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah dia syafaat kerananya". Baginda bersabda, “Lalu keduanya memintakan syafaat". (Diriwayatkan Ahmad, Ath-Thabrani dan Al-Hakim)
Ramadan adalah hari-hari besar untuk mengerjakan berbagai macam kebaikan, yang memang diberikan Allah kepada manusia. Ramadan adalah ‘minggu-minggu raya’ bagi orang-orang yang bertakwa dan saat-saat yang laris bagi orang-orang yang salih untuk berdagang. Setiap barang dagangan mempunyai saat-saat yang laris untuk diperdagangkan, yang pasti diketahui pedagangnya. Sehingga dengan begitu dia semakin bersemangat, agar keuntungan semakin melimpah. Dia semakin bersemangat dalam berdagang, mewaspadai kesialan, terus berdagang siang dan malam, untuk meraih keuntungan yang belum tentu didapat.
Dunia mempunyai para pedagang. Pedagang dunia menunggu hari-hari besar untuk memperolehi keuntungan. Pedagang akhirat juga menunggu hari-hari besar untuk memperolehi keuntungan. Tetapi keuntungan kedua pedagang berbeza. Keuntungan pedagang akhirat adalah ampunan dari Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagaimana firmanNya yang maksudnya: “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaannya dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang." (An-Nun: 37)
Setiap tahun Ramadan tiba sebagai kesempatan emas bagi orang Muslim, untuk menambahkan kebaikan dan mengurangi sebab-sebab timbulnya keburukan. Pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu syurga terbentang lebar. Sementara pintu-pintu neraka tertutup rapat dan syaitan-syaitan terbelenggu.
Hal ini menunjukkan bahawa sebab-sebab kebaikan banyak dan sebab-sebab keburukan sedikit serta terbatas. Sungguh berbahagia orang yang boleh mempergunakan kesempatan ini. Disebutkan di dalam Ash-Shahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya:
“Jika tiba Ramadan, maka pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Puasa yang paling baik ialah jika puasamu bukan sekadar puasa perut dan kemaluan. Tetapi lidah, mata, telinga dan semua anggota badanmu harus suci. Kedua matamu harus suci dari memandang hal-hal yang haram. Lidah harus suci dari dusta, adu domba, caci maki dan perkataan yang tidak bermanfaat. Kedua telinga harus suci dari mendengar lagu-lagu dan perkataan yang buruk. Jangan hanya perut dan kemaluanmu saja yang berpuasa, tapi semua yang ada pada dirimu harus suci.
Engkau berpuasa dengan menahan diri dari apa yang dihalalkan Allah, berupa makan dan minuman. Namun engkau melahap apa-apa yang diharamkan Allah, berupa maksiat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan pengalamannya maka tidak ada keperluan bagi Allah untuk meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR Al-Bukhari, Abu Daud, At-Terimizi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Puasa adalah perisai untuk menghadang kederhakaan dan dosa di dunia serta dari neraka di akhirat. Puasa adalah perisai seperti yang dipergunakan salah seorang di antara kalian tatkala berperang. Tatkala engkau berpuasa, maka janganlah berkata kasar. Jika ada orang mencacimu atau mengajakmu berkelahi, maka katakanlab, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
Keburukan tidak perlu dibalas dengan keburukan, tapi keburukan harus dibalas dengan kebaikan. Engkau harus ingat bahawa engkau berada dalam ibadah yang tidak perlu dinodai.
Dengan sepenuh hati engkau boleh memberitahu, “Aku sedang berpuasa.” Jadi masalah ini tidak seperti yang biasa diakukan orang-orang bodoh, yang berkata ke sana ke mari di hadapan orang lain, lalu berkata: “Sebenarnya aku ini terlalu berat untuk melakukan puasa.” Seakan-akan Allah mensyariatkan puasa untuk merosakkan akhlak manusia.
Orang yang berpuasa harus mampu meguasai diri, mendidik diri sendiri, menjaga lidah, telinga, mata dan selunuh anggota hatinya. Nabi s.a.w. bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapatkan dari puasanya selain rasa lapar.” (HR lbnu Majah, An-Nasa’i dan Al-Hakim)
Seseorang tidak berpuasa secara benar, sehingga hanya membuat jiwa dan badannya menjadi lemah, membuat perutnya menjadi lapar dan dahaga. Aisyah r.a, Al-Auza’i, Azh-Zhahini dan sejumlah fuqaha dari kalangan salaf berpendapat bahawa ghibah, adu domba, dusta dan kederhakaan membatalkan puasa. Menurut mereka, barang siapa melakukan hal-hal itu, maka dia harus mengqada' puasanya sehari. Sedangkan seluruh sahabat yang lain dan Jumhur Fuqaha menganggap hal-hal itu tidak membatalkan puasa. Hanya saja pahalanya di sisi Allah menjadi hilang.
Apakah hal ini dianggap remeh? Engkau lapar dan dahaga, tenggorokmu kering sepanjang hari, kemudian setelah itu engkau tidak memperolehi apa-apa di sisi Allah. Engkau keluar dalam keadaan hampa tangan tidak memperolehi hasil apa pun. Jagalah diri, lidah, telinga, mata, tangan, kaki dan seluruh anggota badan. Janganlah sampai menyentuh atau melakukan yang haram. Berusahalah untuk mensucikan diri pada bulan yang mulia ini, bulan untuk bersuci. Allah sudah memberi banyak kesempatan kepada kita untuk mensucikan diri.
Allah mengetahui bahawa didalam diri kita banyak terdapat kelemahan. Dia menciptakan kita dengan penciptaan yang bercampur. Di dalam diri kita ada tanah dan roh. Terkadang manusia lebih dikuasai unsur tanah, sehingga dia turun ke bumi dan merasa kekal di sana. Terkadang manusia lebih dikuasai unsur roh, sehingga dia naik ke atas menyerupai kedudukan malaikat.
Puasa disyariatkan Allah, agar kita boleh naik ke darjat para malaikat agar unsur Rabbani dan langit lebih tinggi kedudukannya daripada unsur tanah. Manusia bukan sekadar jasad dan roh. Bahkan rohlah yang hakiki, sedangkan jasad sekadar bungkus. Oleh kerana itu dia tidak boleh hidup hanya untuk kepentingan jasad dan badannya lalu melupakan jiwa dan rohnya.
Berangkat dan sinilah Allah mensyariatkan puasa, untuk meninggikan diri manusia, meninggikan jiwa dan rohnya, hingga dia menjadi sosok manusia yang sebenarnya. Sekali waktu manusia hidup lebih menyerupai sosok haiwan, dan bahkan lebih dekat dengan sosok syaitan. Maka Ramadan merupakan kesempatan untuk mensucikan diri dan naik ke darjat yang tinggi. Inilah kesempatanmu wahai insan Muslim untuk mendekatkan diri kepada Allah. Engkau mengharamkan sesuatu bagi dirimu, hanya kerana untuk keredhaan Allah.
Apa yang membuat mahu merubah disiplin hidupmu? Sebelum engkau makan pada pagi dan siang hari. Lalu engkau ubah disiplin ini. Apa yang membuatmu mahu melakukannya? Tidak lain kerana ibadah kepada Allah.
Disebutkan dalam sebuah hadis yang ertinya: "Setiap amal anak Adam bagi dirinya.
Satu kebaikan diberi balasan dengan sepuluh kebaikan yang serupa hingga tujuh ratus kali. Allah berfirman, : Kecuali puasa. Puasa itu bagiKu dan Aku membalasnya. Dia meninggalkan makanan kerana Aku, meninggalkan minuman kerana Aku, meninggalkan kenikmatannya kerana Aku dan meninggalkan isterinya kerana Aku.” (HR Al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, At-Termizi dan An-N asa’i).
Hanya kenana Allah semata manusia meninggalkan apa yang diminatinya. Oleh kerana itu Allah mengaitkan ibadah ini kepada DiriNya. Pada bulan Ramadan insan Muslim dapat mensucikan diri dan naik ke atas. Sementara itu, setiap harinya Allah telah memberi kesempatan kepada kita untuk mensucikan diri dengan solat lima waktu. Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya: "Bagaimana pendapat kalian jika ada sebuah sungai di depan pintu rumah salah seorang diantara kalian, dia mandi di sungai itu lima kali setiap hari, masih adakah kotorannya yang menyisa?” Mereka menjawab, “Sedikit pun kotorannya tidak ada yang menyisa." Baginda bersabda, "Maka begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah menghapus kesalahan-kesalahan dengan solat itu." (HR. Al-Bukhari, Muslim, At-Termizi dan An-Nasa’i)
Ada kesempatan harian, dimana orang Muslim boleh membersihkan diri lima kali dari kerak-kerak dan kesalahannya, kemudian ada kesempatan mingguan pada hari Jumaat. Kemudian ada kesempatan tahunan pada bulan Ramadan, dengan berpuasa dan solat malam.
Disebutkan di dalam sebuah hadis sahih yang ertinya: “Barang siapa puasa Ramadan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka diampuni dari dosanya yang telah lalu." (Muttafaq Alaihi)
Maksudnya diampuni dosa-dosanya yang kecil. Sedangkan dosa besar, maka harus dengan taubat nasuha, taubat yang sebenar-benarnya. Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang ertinya:
"Solat lima kali, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selagi engkau menjauhi dosa besar.” (HR. Muslim)
Puasa dan solat malam boleh mendatangkan ampunan Allah bagi dosa-dosamu. Jika engkau ingin keluar dari bulan ini dalam keadaan terampuni dosa-dosamu, maka engkau harus berpuasa dan mendirikan solat malam dengan baik, iaitu seperti puasanya orang-orang Mukmin yang hanya mengharapkan redha Allah. Maka sungguh celaka orang-orang yang memasuki bulan Ramadan, tapi sama sekali tidak membezakan antara Ramadan dan bulan-bulan lainnya.
Mereka mengenakan label Islam dan hidup di tengah masyarakat Islam, namun merosak kesucian bulan Ramadan yang mulia ini. Apakah yang seperti ini layak terjadi di tengah masyarakat Islam? Demi Allah, tidak. Kalau pun bukan orang-orang fasik dan derhaka maka setidak-tidaknya mereka itu menyerupai orang kafir.
Barang siapa meremehkan kesucian bulan ini dan mengingkari kewajiban yang seharusnya dilakukan di dalamnya, maka dia seperti orang kafir yang membangkang. Hukumannya, dia harus dipisahkan dari anak dan isterinya dan dihukumi seperti orang yang murtad dari Islam.
Sedangkan orang yang mengakui kesucian bulan ini dan kewajibannya, tetapi dia tidak mahu mengerjakannya, maka dia adalah orang fasik yang derhaka, dan tidak dihukumi layaknya orang kafir.
Orang-orang muslim yang zaman dahulu sentiasa berpuasa dan menyuruh anak-anaknya yang masih kecil untuk berpuasa. Untuk itu mereka mencarikan mainan dan membuatkan pakaian dari bulu, agar mereka merasa terhibur hingga tiba waktu berbuka. Dengan kata lain, orang Muslim harus mendidik anak-anaknya untuk benpuasa, agar mereka tumbuh pada ibadah.
Setelah berumur tujuh tahun hingga sepuluh tahun, anak harus dilatih berpuasa selagi sanggup. Boleh saja dia disuruh berpuasa sehari dan sehari berikutnya tidak puasa. Jika benar-benar sudah terlatih, dia boleh disuruh berpuasa setiap hari. Kerana kebaikan itu berangkat dari kebiasaan dan keburukan itu juga berangkat darii kebiasaan.
Nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kita di sini sangat besar, kerana puasa kita berlangsung hanya beberapa saat yang terbatas. Berbeza dengan orang-orang yang berada di Eropah bahagian utara. Amerika mahupun Kanada, yang harus berpuasa selama kurang lebih dua puluh jam. Kita berpuasa hanya beberapa saat yang terbatas. Siapa pun yang mempunyai hasrat dan kekuatan pasti sanggup melaksanakannya.
Sekalipun bagitu, Allah memberi keringanan kepada manusia untuk tidak berpuasa atau membatalkan puasanya kerana beberapa alasan, seperti sakit, berpergian, usia lanjut atau pekerjaan yang berat. Siapa yang melakukan pekerjaan berat yang tidak memungkinkan baginya untuk berpuasa, maka dia boleh tidak berpuasa, tetapi harus mengqadhanya pada hari lain.
Namun kita melihat orang-orang yang hidup di kampung dan pelosok, para pekerja bangunan yang tetap bekerja pada siang hari, dibakar terik matahari, tetapi berpuasa hingga petang hari. ltulah tekad dan semangat orang Mukmin. Boleh jadi ada pelajar yang bertanya-tanya, bertepatan dengan Ramadan ini ada ujian. Sementara dikhuwatirkan puasa boleh mengganggu tumpuan belajar dan tatkala menjawab soal-soal ujian. Lalu bagaimana jalan keluarnya?
Setiap orang Muslim harus berniat puasa, menguatkan tekad dan hasrat lalu mencuba, apakah dia sanggup atau tidak. Kalau memang dia benar-benar tidak sanggup, tidak boleh konsentrasi dan tidak memahami pelajaran dengan baik, maka dia boleh tidak berpuasa, tetapi harus mengqadhaknya pada kesempatan lain. Jika sejak semua dia berniat tidak berpuasa tanpa mencuba berpuasa terlebih dahulu, lalu dari mana dia tahu bahawa dia benar-benar tidak sanggup?
Banyak orang yang boleh merubah disiplin hidupnya. Banyak orang yang boleh berjaga sepanjang malam pada bulan Ramadan. Pelajar pun boleh berbuat seperti itu, berjaga sepanjang malam untuk belajar, lalu lebih banyak tidur pada siang hari. Siapa yang memungkinkan boleh berbuat seperti itu, maka itu akan lebih mudah baginya. Yang penting adalah niat yang kuat untuk benpuasa, dengan tetap memelihara adab-adabnya seperti yang telah disyariatkan Allah.
Setiap orang Muslim harus berpuasa semenjak fajar hingga tenggelamnya matahari, dengan menjauhi semua yang membatalkan puasa. Setelah matahari terbenam, maka dia harus bersegera berbuka. Nabi s.a.w. bersabda tentang hal ini, “Manusia sentiasa dalam keadaan baik selagi mereka segera berbuka." (Muttafaq Alaihi)
Menyegerakan berbuka dan mengakhiri sahur merupakan petunjuk Nabi s.a.w. dan para sahabat. Baginda juga bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya kami para nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur kami, serta meletakkan tangan kanan kami di atas tangan kiri kami dalam solat.” (HR. Al-Haitsami dan Ath-Thabrani)
Dari Amr bin Hurait dan Amr bin Maimun, keduanya berkata: “Para sahabat Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat sahurnya.”
Rasulullah s.a.w biasa berbuka sebelum solat dengan minuman yang dingin dan segar. Jika tidak ada, maka baginda berbuka dengan beberapa buah kurma. Jika tidak ada buah kurma, maka baginda minum beberapa teguk air. (HR Abu Daud, At-Termizi dan Al-Hakim)
Menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur hingga mendekati fajar hukumnya sunat. Di sana tidak ada istilah waktu imsak. Ini di luar ketentuan syariat, tidak boleh dijadikan pegangan dan bahkan boleh dikatakan sebagai tradisi yang berlebih-lebihan dan ditolak Islam. Nabi s.a.w
juga melarang puasa pada hari yang meragukan, iaitu setelah tarikh dua puluh sembilan Syaaban. Baginda melarang puasa setelah tarikh itu kecuali jika kebetulan sebelumnya ada puasa lain seperti puasa hari Isnin atau Khamis.
Mengapa ada larangan itu? Agar tidak terjadi sikap yang berlebihan-lebihan dalam agama, lalu berubah menjadi tradisi di tengah umat. Islam itu mudah dan syariat itu lurus lagi lapang penuh tenggang rasa. Maka Allah berfirman dalam ayat tentang puasa. "Allah menghendaki kemudahan bagi kalian dan tidak menghendaki kesukaran bagi kalian." (Al-Baqarah: 185)
Kita harus melaksanakan puasa dan mendirikan solat malam dengan baik atau berdasarkan iman dan mengharapkan redha Allah, seperti yanag dilakukan onang-orang mukmin yang salih. Jadi bukan solat sekian rakaat yang didirikan tanpa ada kekhusyukkan dan thuma’ninah. Sebab thuma’ninah termasuk rukun dalam solat.
Kita menginginkan agar setiap orang Muslim hidup bersama Kitab Allah, dalam rengkuhan Al-Quran. Sementara Ramadan adalah bulan Al-Quran. Dia boleh hidup bersama Al-Quran dengan cara membacanya menurut kesanggupannya. Setiap hunuf yang dibaca dia mendapatkan sepuluh kebaikan. Jika tidak boleh membaca, dia boleh mendengarkannya dari bacaan orang lain.
Alangkah nikmatnya solat tarawih dengan bacaan Al-Quran yang khusyuk. Tapi solat di sini bukan solat seperti yang dilakukan orang-orang di masjid, yang dilakukan kadarnya, yang mereka lakukan kerana akan mendapat cambukan di punggung. Yang kami maksudkan untuk mendapati ampunan dan rahmat dari Allah serta kebebasan dari api neraka.
Inilah bulan Ramadan bulan yang dianugerahkan Allah agar kita mensucikan dan membersihkan diri dari keburukan dan dosa, membekalkan diri dengan kebaikan dan menambah tabungan kita di sisi Allah. Kini manusia berusaha untuk memperbanyakkan tabungan di bank. Seberapa banyaknya tabungan meneka, tetap saja tidak akan bermanfaaat sedikit pun di hari kiamat.
Memang tidak ada salahnya jika manusia menambah tabungan, asalkan dan mata pencariannya yang halal dan tidak kikir untuk mengeluarkannya, apalagi jika hukumnya wajib. Tetapi yang paling penting adalah tabungan yang bermanfaat baginya pada hari yang tidak ada mata wang kecuali kebaikan dan keburukan.
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak
Berpuasalah...
KITA semua akan menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan al-Mubarak, dimana di dalamnya diperintahkan umat Islam menjalani ibadat itu. Marilah kita menjaga ibadat itu dengan sebaik-baiknya. Ibadat wajib ini datang setahun sekali selama satu bulan. Nabi s.a.w. memberitahu semua ibadat sudah ada ganjarannya. Tetapi, ada orang yang tidak perpuasa.Sebenarnya ada hukuman yang berat di akhirat nanti bagi orang yang tidak menjalankan atau pun meninggalkan ibadat itu dengan sengaja, tanpa uzur syarak. Abu Umamah meriwayatkan sebuah hadis dari Baginda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya begini. “Nabi s.a.w. bermimpi dan melihat orang-orang yang menggantung diri secara terbalik. Rahang mereka terkoyak-koyak dan berdarah".
Nabi s.a.w. bertanya:"Siapakah mereka itu?" Satu suara memberitahu Baginda Rasulullah s.a.w: "IniIah orang-orang yang tidak berpuasa dan berhenti berpuasa, padahal Ramadan belum selesai.” (Hadis riwayat lhnu Khuzaimah)
Sebenarnya, banyak lagi hadis lain yang menjelaskan tentang hukuman-hukuman dan dosa-dosa orang yang tidak berpuasa dalam bulan Ramadan. Kalau kita rajin membaca kitab-kitab agama yang membicarakan tentang bab fiqah ini, maka kita akan bertemu dengan bab hukuman-hukuman dan dosa-dosa bagi orang yang tidak berpuasa.
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah kita gunakan dengan menjalankan perintah berpuasa. Ambillah peluang ganjaran yang paling banyak diberikan oleh Allah s.w.t. itu kepada kita umat Islam. Kita mestilah ingat, di dunia inilah tempat kita mengumpul segala bekalan kita untuk ke akhirat, bukannya kita mengumpulkan harta kekayaan.
Harta kekayaan yang kita kumpul itu akan kita tinggalkan dan musnah semuanyu, tetapi amalan ibadat yang kita lakukan baik dalam keadaan susah payah dan senang itulah yang akan menolong kita di akhirat kelak.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh
Rey
0
ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak
Contact Me
Advertisement
Affiliate Ads
Welcome to Mukah Division
Ruang Sembang
Post Comments
News Online
Penjana Minda
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...8 tahun yang lalu
-
-
Rujukan dan Maklumat
Pengunjung Blog
My Google Friend Connect
Sponsor by :
Copyright© 2008 by jerunei.blogspot.com


