Custom Search

Selasa, September 02, 2008

Menyesal : Awal Taubat

MENYESAL ADALAH AWAL TAUBAT

Oleh : Asfa Davy Bya, SH

KETIKA mengunjungi penjara, baik pada saat berzikir bersama para ustaz dari majlis Azzikra, mahupun dalam bidang tugas saya selaku kuasa hukum, saya menemukan begitu hanyak kemunafikan, ketidak adilan dan pemerasan di sana.

Pernah suatu ketika saya berbicara dengan seorang tertuduh yang dijatuhi 15 tahun hukuman penjara kerana dituduh korupsi. Kami begitu akrab, mungkin dia fikir saya seorang ustaz yang dapat memberikan pencerahan kepadanya. Awal perbicaraan penuh dengan gurutuan ketidakadilan yang dia alami. Ia mengeluh kenapa cuma dirinya yang dihukum, mengapa atasannya tidak dihukum, bahkan terjerat pasal pun tidak? Dia merasa dirinya adalah kambing hitam sebuah kekuasan.

Setelah mengetahui kerjaya saya adalah seorang peguam, dia pun berkata, “Bang, saya ingin memberitahu bahawa saya tidak melakukan kejahatan seperti yang dituduhkan kepada saya. Saya tidak bersalah. Tapi saya juga sedar, pasti abang sudah bosan mendengarkan kata-kata ini, kerana setiap penjahat selalu berkata hal yang sama. Tapi kali ini, saya minta abang percaya sama saya. Saya tidak berbohong.”

Naluri saya berkata orang ini tidak bersalah. Otak pengacara saya mulai berputar untuk mencari keadilan bagi orang ini. Namun, sebelum fikiran saya jauh menerawang, tiba-tiba dia menyela. “Tapi bang, ada banyak kejahatan lain yang saya perbuat, tapi saya tak tertangkap. Jadi saya kira apa yang terjadi sekarang ini memang adil,” ungkapnya sambil tersenyum. Saya tertawa, dia juga tergelak. Seluruh badannya yang gemuk ikut bergoyang mengikut irama tawanya.

Kisah tertuduh ini ternyata telah memberikan sebuah pelajaran berharga bagi diri saya. Cuba bayangkan, betapa seringnya kita melakukan “kejahatan”, yang begitu melukai, tapi kita tak dibuat menderita olehnya? Jika itu terjadi, pernahkah kita berkata; “Ini tidak adil! Mengapa aku tidak ditangkap?” Tapi jika kita dibuat menderita oleh suatu alasan yang tak jelas, belum-belum kita sudah mengaduh dan mengerang; “Ini tidak adil! Dimanakah keadilan? Mengapa harus aku?”

Penjara adalah sebuah tempat di mana kehidupan mengalir seperti hanya di luar penjara. Yang membezakannya adalah tembok besar yang mengelilingi bangunan penjara itu. Tapi semua pihak yang ada di sana, baik yang bersalah mahupun petugas, sama-sama merasakan kongkongannya tembok itu. Bezanya, kalau petugas dapat pulang ke rumah setelah tugas berakhir, sementara mereka yang terpenjara menghabiskan waktunya di balik tembok dan dinding yang pengap. Dan penjara adalah sebuah sekolah kehidupan. Mereka yang berada di dalam sana sebenarnya adalah orang-orang 'pilihan'.

Mereka terpilih untuk menjalankan sebuah seleksi alam: apakah erti sesungguhnya atau menjadi orang yang sedar akan ‘makna kejahatan’, maka Iia tak pernah lagi balik ke dalam penjara. Dan, yang lebih penting, dia tidak akan mencederai atau melukai perasaan mahupun fizik orang lain. Tapi jika ia merasa dirinya adalah seorang penjahat, maka penjara menjadi sebuah rumah penuh pesona. Ia miliki daya tarik yang akan memanggil kembali mereka di luar sana untuk saling melepas rindu. Ia akan sulit keluar dari lingkaran kejahatan kerana tanggapan yang telah ia berikan kepada dirinya sendiri.

Saudaraku, dalam berbagai kunjungan lainnya, saya selalu katakan kepada mereka yang sedang berada di dalam penjara bahawa mereka bukanlah penjahat, melainkan seorang yang telah melakukan suatu tindakan kejahatan. Saya katakan, jika anda mengatakan diri anda penjahat maka anda akan merasa diperlakukan sebagai penjahat. Dan bahayanya, jika anda percaya bahawa diri anda jahat, maka bersiap-siaplah kerana anda akan menjadi penjahat yang betul!

Jadi tengantung dari sudut mana anda melihat dan menempatkan diri tatkala anda berada dalam penjara. Penjara bukanlah satunya bangunan yang secara serta-merta menyatakan bahawa diri anda busuk, banyak orang-orang yang tak bersalah, atau orang-orang yang berbeza pendapat dengan kekuasaan dicampakkan dalam penjara. Di sisi lain, begitu banyak pula orang-orang yang telah mencederai rasa keadilan rakyat, yang tak pernah mencium pengapnya bilik penjara.

Kerana itu saudaraku, orang-orang yang sedar akan ketidakadilan dunia akan menganggap bahawa penjara sebagai madrasah rohani bagi dirinya. Jika ia benar telah melakukan kesalahan di sinilah tempatnya untuk merenung dan menyesali apa yang telah ia lakukan, lalu bertaubat serta membuat dirinya makin mengenal Allah. Banyak orang yang mendapat hidayah saat berada di dalam penjara. Bahkan banyak karya besar para ulama yang lahir selama ia berada di penjara.

HAMKA dan Sayyid Quthb, misalnya adalah contoh ulama yang melahirkan maha karyanya di dalam penjara. Kita ketahui Pramoedya AnantaToer makin produktif selama di penjara. Nelson Mandela bahkan menjadi Presiden Afrika Selatan sekeluarnya dari penjara selama puluhan tahun. Penyesalan adalah perlindungan seorang hamba. Dengan penyesalannya itu hati seorang hamba akan bersinar-sinar sehingga ia dapat membersihkan dosa-dosanya dengan air matanya.
Allah pun akan mengangkat darjat orang yang air matanya berlinang kerana takut kepada Allah, merekalah orang-orang yang bertaubat.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Dua mata yang tidak tersentuh oleh api neraka: air mata yang menangis kerana takut kepada Allah." (HR Termizi)

Bahkan Ibnu Umar r.a berkata, “Aku lebih menyukai air mataku menetes kerana takut kepada Allah daripada aku berinfak sebanyak seribu Dinar.” Sedangkan Muhammad Ibnu Makdir r.a berkata, “Telah sampai kepadaku khabar gembira bahawa api neraka tidak akan memakan tempat yang dibasuh dengan air mata.”

Salah satu pembuktian menyesali sebuah dosa ialah dengan cara menangis. Seorang ahli hikmah berkata bahawa berbicaralah bahasa taubat dengan bahasa air mata dan ungkapkanlah dengan tangisan. Janganlah sampai kita mengikuti burung gagak dalam bertaubat. Bukankah burung gagak mabuk kerana terlalu banyak minum, lalu ia berkeliling di antara bangkai-bangkai, namun ketika ia sedar dari mabuknya, ia akan menyesal kerana telah sedar dari mabuknya.

Orang yang menyesal adalah orang yang tidak akan mengulangi perbuatan dosanya dan ia akan bersegera bergaul dengan orang-orang bertaubat. Umar bin Khathab r.a pernah berkata dalam wasiatnya yang indah, “Bergaullah dengan orang-orang yang bertaubat kerana mereka lebih lembut hatinya.”

Kerana itu, jika anda melihat seseorang keluar dari penjara lalu kemudian ia meletakkan dirinya bersama-sama orang-orang salih dan orang-orang yang telah bertaubat maka sesungguhnya ia adalah orang yang menyesal dan sungguh-sungguh telah bertaubat. Tapi jika ia lalu kemudian berkumpul dengan sesama golongan yang ‘jahat’ untuk membentuk sebuah kunpulan kejahatan baru, maka sesungguhnya ia termasuk orang-orang yang lalai. Ia termasuk orang yang baru berkata menyesal di lisannya tapi belum di hatinya.

Dan jika hati tidak benar-benar menggambarkan penyesalan, maka lisannya itu sungguh sedang berbohong. Orang yang menyesal adalah orang yang kemudian bersikap toleran dan memaafkan setiap orang yang telah menyakiti hatinya. Dengan sikapnya yang baru ini, ia sesungguhnya sedang meneladani akhlak Rasulullah s.a.w. Bukankah Rasulullah s.a.w tidak pernah menuntut balas demi kepentingan diri sendiri, baginda hanya menuntut balas jika kesucian dan kehormatan Allah dirosak?

Suatu ketika Qatadah ditanya, “Siapakah orang yang paling perkasa?” beliau menjawab, “Yang paling pemaaf.” Abu Said al-Mugbiri berkata, “Salah satu kesempurnaan sikap maaf seseorang adalah tidak menuntut balas kepada orang yang telah menzaliminya, kemudian dia mengasihinya serta banyak memohon kepada Allah agar dia mengampuninya.” Diriwayatkan bahawa ada seorang perempuan yang mencuri mushaf dan selimut Malik bin Dinar. Malik lalu mengikutinya dan berkata, “Aku Malik, ambillah selimut itu untukmu, tapi tolong kembalikan mushaf itu padaku, jangan takut!”

Orang yang menyesal adalah orang yang memiliki tekad yang luar biasa untuk tidak kembali mengulangi kesalahan masa lalunya. Abu Hazm berkata, “ketika peribadi-peribadi memperbaiki diri maka dosa-dosa besar akan diampuni, dan jika seorang hamba bertekad untuk meninggalkan dosa-dosa maka akan datang kemenangan.” Jadi, sungguh hairan jika ada orang yang mempunyai tekad yang lemah keinginan yang rendah, ia tidak mempunyai kekuatan kecuali dengan melakukan dosa, dan ia tidak mempunyai tekad kecuali dalam melakukan kejahatan.

Orang yang menyesal adalah orang yang berbuat untuk akhirat, seakan-akan esok ia akan meninggal dunia. Ia tidak akan menunda-nunda pertaubatannya kerana penundaan bererti kebangkrupan yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman: "Syaitan ialah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka." (Muhammad: 25)

Ketika menafsirkan ayat di atas, Al-Hasan r.a mengatakan, “Syaitan menghiasi mereka dengan kesalahan-kesalahan dan memanjangkan angan-angan mereka.” Orang-orang yang menunda-nunda seperti itu bagaikan seseorang yang berkeinginan untuk mencabut pohon dalam waktu tertentu dan berkata, "Aku menunda untuk melakukanNya hari ini.” Jadi di hari berikutnya, ia kembali benkata, "Aku menantikannya sampai hari berikutnya.” :Orang seperti ini tidak sedar bahawa setiap kali penundaan, pada saat itu pula kekukuhan pohon makin bertambah dan akan semakin sulit untuk mencabutnya.

Wahai saudaraku, pejamkanlah matamu, kenangkan hari-hari yang telah kau lakoni dari pagi sampai menjelang tidur, lalu renungkanlah, bagaimana jika datang kepadamu kematian sedangkan kamu dalam keadaan belum bertaubat? Apakah kamu sudah membuat kesepakatan dengan malaikat maut yang menjamin bahawa kematianmu tidak akan datang secara tiba-tiba? Apakah kamu mampu mengetahui yang ghaib sehingga kamu mengetahui bila loceng kematianmu berdetang, atau kamu telah membuat penjanjian di sisi Allah bahawa Dia tidak akan mengambil rohmu sampai kamu bertaubat terlebih dahulu?

Wahai saudaraku, sudahkah anda merenungkan setiap fenomena kehidupan atau feomena alam yang terjadi di sekitar anda? Bukankah hanya orang kafir dan orang munafik saja yang tidak mendapatkan petunjuk kerana mereka tidak mahu menggunakan akalnya dengan benar?

Allah s.w.t berfirman: “Aku memalingkan orang-orang yang menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuatanKu. Mereka, jika melihat tiap-tiap ayat(KU), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk mereka tidak mahu menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai daripadanya." (Al-A’raaf: 146)

Bukankah berfikir adalah salah satu bentuk mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada kita? Bukankah jika aktiviti berfikir itu ditambah dengan istighfar dan ketaatan, maka kenikmatan-kenikmatan yang kita perolehi tersebut akan terus dianugerahkan kepada kita bahkan akan ditambah?

Dengan demikian, wahai saudaraku, sedarlah bahawa dunia ini adalah penjara. Sedarkah bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Dunia ini adalah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” Untuk itu, siapkah anda menjalani kehidupan “Penjara” selama berada di dunia? Kerananya, pandanglah muka anda dicermin setiap pagi, lalu sedarkan wajah yang ada di dalam cermin itu bahawa, “Kita sesungguhnya sedang hidup di dalam penjara!”

"Ya Allah, Engkau, adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hambaMu, aku berada dalam genggaman janjiMu dan ancamanMu menurut kehendakMu. Aku lindung kepadaMu dari kejelekan yang aku perbuat. Aku mengakui dengan nikmatmu kepadaku dan aku telah melakukan dosa, maka ampunilah aku dan sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa selain Engkau,"
(HR. Bukhari)

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template