Custom Search

Memaparkan catatan dengan label Idea Kreatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea Kreatif. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 08, 2008

Jadilah Penilai Blog Jerunei

Salam semua...

Rasanya blog ini tidak akan kelihatan meriah sekiranya tiada respon dari pengunjung, kalau tidak ada apa-apa ulasan yang hendak dinyatakan apakata gantikan respon anda itu dengan jadi penilai kepada setiap artikel atau cetusan minda yang saya poskan. Tiada perlu banyak menaip, hanya dengan klik satu kali saja. Dengan rate 5 bintang anda boleh nilaikan sama ada pos tersebut membantu anda atau telah memberikan maklumat yang anda cari ataupun anda hanya perayau dari satu blog ke satu blog atau dari satu website ke satu website semata-mata.

Setiap bintang mewakili pernyataan berikut :

1 bintang = teruk
2 bintang = bosan
3 bintang = memuaskan
4 bintang = baik
5 bintang = cemerlang

Image Hosted by ImageShack.us
Editor : Adakah anda suka dengan idea ini...?

Khamis, Ogos 07, 2008

Sistem Maklumat VLookup

Salam sejahtera...

Saya tidak mempunyai latarbelakang pendidikan peringkat tinggi berkaitan pengurusan sistem maklumat sebagaimana pemegang-pemegang ijazah tersebut. Walau bagaimanapun, selagi dinamakan manusia yang mempunyai akal fikiran adalah tidak mustahil untuk sesiapa saja boleh menjadi mahir dengan kemahiran tersendiri tanpa mendapat pendidikan formal kerana yang penting sekali adalah daya tumpuan dan penelitian seseorang itu dalam menerokai sesuatu pengalaman dan ilmu baru. Dengan dunia teknologi maklumat kini pendidikan boleh diperolehi secara percuma, tetapi tidak semestinya ilmu yang dimiliki itu sentiasa diberi percuma kerana ia melibatkan pelaburan masa. Sama juga sebagaimana pemegang ijazah yang bekerja secara profesional dan dibayar gaji yang lebih tinggi.

Klik imej di atas untuk lihat skrin penuh
atau DOWNLOAD contoh program v-lookup


Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai cara pengurusan maklumat. Ini penting bagi mereka yang bertugas menyimpan maklumat data staf ataupun harta modal dan inventori. Bagi mereka yang profesional tentunya akan menggunakan perisian yang lebih advance seperti Visual Basic. Namun, saya hanya menggunakan perisian yang popular digunakan oleh kebanyakan pekerja pejabat iaitu Microsoft Excel kerana ia lebih mudah dikendalikan. Dengan menggunakan sistem V-Lookup banyak borang-borang dan sijil-sijil boleh dibuat dengan hanya menggunakan satu pengkalan data mengenai staf ataupun harta modal dan inventori. (lihat contoh gambar diatas)

Tidak seperti cara biasa apabila hendak mengisi sesuatu borang, fail berkenaan akan dibuka misalnya dari Words dan kemudian apabila hendak mengisi maklumat staf, fail peribadinya akan dirujuk dan apabila hendak melihat data-data lain yang berkaitan misalnya alamat, maka fail yang menyimpan maklumat itu pula akan dibuka. Dari segi pencarian maklumat dan fail saja sudah cukup untuk membuat kepala pening apatah lagi sekiranya banyak maklumat-maklumat staf dan harta modal yang hendak diurus. Apatah lagi jika dalam satu-satu masa itu terlalu banyak permintaan untuk mengisi borang dan menaip surat berkaitan.

Namun, dengan sistem V-Lookup maklumat staf yang diperlukan dalam borang atau surat akan diisi secara automatik hanya dengan menaip atau memilih data yang dibuat pada Menu Utama. Ini kerana data pada Menu tersebut berpunca dari satu sistem pengkalan data maklumat. Jadi apabila seseorang kerani itu hendak mengisi borang atau membuat surat 10 orang staf dalam satu masa, hanya menggunakan Menu Utama ia boleh dibuat dalam masa yang singkat. Pada Menu Utama tersebut akan tersusun button untuk segala surat dan borang yang diperlukan.

Kecekapan bekerja bergantung kepada kecekapan mengurus. Jika seorang kerani maka kecekapan mengurus maklumat akan menjadikan kerja pencarian dan pengisian maklumat menjadi lebih mudah, pantas dan cekap. Jika seorang penjaga stor juga kecekapan mengurus maklumat mengenai harta dan inventori akan menjadikan kerja pencarian dan perletakan barang menjadi lebih mudah, pantas dan cekap. Malahan kerja-kerja untuk merekod, menyenarai, melupus dan hapuskira akan lebih mudah dan cepat.

Sememangnya dalam bekerja, kita perlu bijak mengendalikan urusan kerja kita. Untuk itu perlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran, namun untuk memperolehinya perlulah sentiasa berfikir dan sentiasa belajar sesuatu yang baru. Kadang-kadang orang yang lebih pandai tak mau mengajar kita tapi itu tak mengapa, kita boleh usaha sendiri. Kadang-kadang kita tak mau belajar dan mempunyai sesuatu kemahiran takut nanti akan disuruh oleh orang lain pula mengerjakan kerja mereka. Bak kata pepatah "Lembu punya susu, sapi dapat nama".

Walau apapun setiap bantuan itu ada batasnya dan kita tak selama-lamanya mengharapkan 'tongkat' dan disuap orang lain. Masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing, jangan sampai "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kehausan". Kerana terlalu asyik membantu orang lain, kerja sendiri terbiar dan ditinggalkan. Jangan sampai kerja orang lain siap kerana bantuan kita dan mereka mendapat pujian serta penghargaan ketua tetapi kerja kita sendiri tak siap dan tak ada orang nak bantu kita dan kita pula yang kena tegur dan tindakan disiplin.

Memang ada realitinya apa yang diperkatakan ini, walau apapun ia hanya sekadar nasihat yang membina dan saya hanya membantu setakat mana yang boleh dan tidak akan melakukan segala-galanya untuk orang lain kerana bidang tugas dan jawatan saya bukan untuk itu dan kemahiran ini adalah untuk memudahkan tugas-tugas saya. Dan jika saya saya berkehendak, saya boleh jual sistem ini kerana ia adalah satu ilmu yang patut dihargai dengan nilai yang setimpal kerana pelaburan masa untuk mepelajari dan membuatnya sendiri. Bak kata orang "tak ada benda percuma dalam dunia ini" semuanya kena bayar. Contoh mudah, sebagai orang Islam sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT kerana masih dapat terus menghirup udara setiap hari maka bayarannya ialah dengan bersyukur dan tanda syukur ialah beribadat 5 waktu kepadanya setiap hari. Fikir-fikirkanlah....

Image Hosted by ImageShack.us
Editor : Cara anda pula bagaimana...?

Ahad, Ogos 03, 2008

Kraf Ukiran Wajah

Saya bercadang hendak membuka bisnes secara online. Jangan tersalah anggap, saya bukan hendak menyertai pelaburan haram atau skim cepat kaya. Bisnes secara online memerlukan produk kita sendiri untuk diperdagangkan kepada pelanggan dari segenap tempat. Produk itu pula perlulah mempunyai nilai komersil dan mudah untuk dikirim kepada pelanggan misalnya melalui perkhidmatan pos express.

Hasil seni merupakan satu produk yang mempunyai kelainan tersendiri, misalnya gambar potrait atau karikatur yang tidak terdapat dengan meluas dan hanya individu-individu tertentu saja mempunyai bakat ini. Sebagai contoh idhampotrait.com, lukispotret.com dan cariambo.com. Mereka memperluaskan jualan hasil seni mereka menggunakan kaedah tempahan secara online. Ini bermakna sesiapa saja tak kira dari dalam maupun luar negara boleh membuat tempahan bagi menghasilkan potrait atau karikatrur wajah mereka.

Justeru itu, dengan bakat yang ada saya cuba untuk memperkenalkan satu kelainan dalam hasil seni yang jarang dikenali ramai. Kraf ukiran wajah merupakan satu hasil seni yang berasaskan penghasilan signboard atau tanda nama atau logo. Tapi, keistimewaan kraf ukiran wajah hitam putih ialah ianya adalah satu-satunya wajah seseorang yang diukir dalam bentuk signboard. Ada orang yang berminat dengan hasil seni sebegini kerana sifat warna hitam putih yang melambangkan prestij, apatah lagi apabila ia dalam bentuk signboard pastinya ukiran wajah itu akan kelihatan berkilau dengan permukaannya seperti cermin akan menambahkan lagi nilai prestij warna hitam putihnya.

Hasil seni sebegini seharusnya dikomersilkan secara meluas dan tidak sepatutnya dipendam begitu saja. Dengan konsep e-dagang sekarang ini, perniagaan tidak lagi terbatas di premis-premis perniagaan apatah lagi untuk memiliki premis tetap di kompleks membeli belah memerlukan modal yang tinggi, mempamerkan barangan dan khidmat sepenuh masa. Kini, dengan teknologi internet seseorang itu boleh mewujudkan premis perniagaan maya dengan hanya bermodalkan hanya RM38 setahun bahkan ada juga yang percuma. Memaparkan gambar foto hasil atau produk yang telah dibuat untuk tatapan pengunjung dan sekiranya berminat mereka akan menempahnya dan membuat pembayaran secara online sama ada menggunakan pindahan wang antara akaun seperti Maybank2u, ataupun menggunakan kad kredit/debit Visa dan mastercard.

Namun begitu, dalam menjalankan perniagaan seperti ini memerlukan kejujuran dan keterbukaan menyampaikan maklumat tentang produk yang kita tawarkan. Dalam apa jua bidang, memerlukan kecekapan dan kita perlu memenuhi kehendak pelanggan dengan sentiasa memperbaiki perkhidmatan kita. Dan yang paling penting juga, kita berikan nilai tambah kepada pelanggan. Misalnya, dalam seni kraf ukiran wajah ini bukan saja pelanggan akan memiliki produk fizikal berbentuk signboard wajah mereka. Bahkan dengan gambar wajah hitam putih mereka saya paparkan di blog artmywork atau sekiranya mereka inginkan privasi saya hanya emailkan saja untuk pelanggan. Dengan gambar itu kelak mereka juga boleh gunakan bukan saja sebagai ikon peribadi mereka dalam laman sosial internet, bahkan boleh digunakan untuk mereka membuat sticker sendiri ataupun membuat cetakan pada baju-T.

Nantikan kemunculan produk kraf ukiran wajah dari saya dan kini laman web mengenainya masih lagi dalam proses pembikinan. Buat permulaan saya hanya menggunakan blogspot saja kerana ianya percuma dan ianya masih ditutup dari dilawati oleh pengunjung.

Image Hosted by ImageShack.us

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template