Custom Search

Ahad, Ogos 03, 2008

Kraf Ukiran Wajah

Saya bercadang hendak membuka bisnes secara online. Jangan tersalah anggap, saya bukan hendak menyertai pelaburan haram atau skim cepat kaya. Bisnes secara online memerlukan produk kita sendiri untuk diperdagangkan kepada pelanggan dari segenap tempat. Produk itu pula perlulah mempunyai nilai komersil dan mudah untuk dikirim kepada pelanggan misalnya melalui perkhidmatan pos express.

Hasil seni merupakan satu produk yang mempunyai kelainan tersendiri, misalnya gambar potrait atau karikatur yang tidak terdapat dengan meluas dan hanya individu-individu tertentu saja mempunyai bakat ini. Sebagai contoh idhampotrait.com, lukispotret.com dan cariambo.com. Mereka memperluaskan jualan hasil seni mereka menggunakan kaedah tempahan secara online. Ini bermakna sesiapa saja tak kira dari dalam maupun luar negara boleh membuat tempahan bagi menghasilkan potrait atau karikatrur wajah mereka.

Justeru itu, dengan bakat yang ada saya cuba untuk memperkenalkan satu kelainan dalam hasil seni yang jarang dikenali ramai. Kraf ukiran wajah merupakan satu hasil seni yang berasaskan penghasilan signboard atau tanda nama atau logo. Tapi, keistimewaan kraf ukiran wajah hitam putih ialah ianya adalah satu-satunya wajah seseorang yang diukir dalam bentuk signboard. Ada orang yang berminat dengan hasil seni sebegini kerana sifat warna hitam putih yang melambangkan prestij, apatah lagi apabila ia dalam bentuk signboard pastinya ukiran wajah itu akan kelihatan berkilau dengan permukaannya seperti cermin akan menambahkan lagi nilai prestij warna hitam putihnya.

Hasil seni sebegini seharusnya dikomersilkan secara meluas dan tidak sepatutnya dipendam begitu saja. Dengan konsep e-dagang sekarang ini, perniagaan tidak lagi terbatas di premis-premis perniagaan apatah lagi untuk memiliki premis tetap di kompleks membeli belah memerlukan modal yang tinggi, mempamerkan barangan dan khidmat sepenuh masa. Kini, dengan teknologi internet seseorang itu boleh mewujudkan premis perniagaan maya dengan hanya bermodalkan hanya RM38 setahun bahkan ada juga yang percuma. Memaparkan gambar foto hasil atau produk yang telah dibuat untuk tatapan pengunjung dan sekiranya berminat mereka akan menempahnya dan membuat pembayaran secara online sama ada menggunakan pindahan wang antara akaun seperti Maybank2u, ataupun menggunakan kad kredit/debit Visa dan mastercard.

Namun begitu, dalam menjalankan perniagaan seperti ini memerlukan kejujuran dan keterbukaan menyampaikan maklumat tentang produk yang kita tawarkan. Dalam apa jua bidang, memerlukan kecekapan dan kita perlu memenuhi kehendak pelanggan dengan sentiasa memperbaiki perkhidmatan kita. Dan yang paling penting juga, kita berikan nilai tambah kepada pelanggan. Misalnya, dalam seni kraf ukiran wajah ini bukan saja pelanggan akan memiliki produk fizikal berbentuk signboard wajah mereka. Bahkan dengan gambar wajah hitam putih mereka saya paparkan di blog artmywork atau sekiranya mereka inginkan privasi saya hanya emailkan saja untuk pelanggan. Dengan gambar itu kelak mereka juga boleh gunakan bukan saja sebagai ikon peribadi mereka dalam laman sosial internet, bahkan boleh digunakan untuk mereka membuat sticker sendiri ataupun membuat cetakan pada baju-T.

Nantikan kemunculan produk kraf ukiran wajah dari saya dan kini laman web mengenainya masih lagi dalam proses pembikinan. Buat permulaan saya hanya menggunakan blogspot saja kerana ianya percuma dan ianya masih ditutup dari dilawati oleh pengunjung.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template