Custom Search

Jumaat, Ogos 15, 2008

Dari Fail Kepada Blog


Salam sejahtera...

Saya sejak dari dulu lagi sememangnya suka mengumpul keratan artikel-artikel yang berunsurkan maklumat yang berguna bagi rujukan masa depan. Ia adalah sebagai panduan yang berguna terutama apabila saya memerlukannya dalam keadaan yang tertentu. Otak kita takkan dapat mengingat setiap patah perkataan dan setiap isi maklumat yang pernah kita baca. Kita hanya akan teringat bahawa kita pernah membaca mengenainya tetapi tidak tau dimanakah sumbernya. Sama ada sumber itu masih dalam simpanan ataupun telah hilang ataupun telahpun dibuang. Kalau hendak disimpan pun bukan semua isi kandungan dalam majalah atau surat khabar itu berguna, ini hanya mengakibatkan timbunan majalah dan surakhabar pada rak almari saja. Lagipun ia tidak boleh dibawa ke mana-mana dan untuk merujuk mengambil masa untuk mencarinya.

Dahulu saya menggunakan cara gunting dan tampal pada kertas A4 kemudian disusun dalam satu fail tebal seperti gambar di atas. Ia menjadi koleksi peribadi saya tetapi ia tak dapat dikongsi dengan orang lain. Tapi dengan perkembangan teknologi seperti blog, saya tidak lagi menggunakan kaedah tradisional ini dan ia tidak lagi hanya untuk diri saya maupun orang rumah sahaja. Sesiapa saja boleh mendapatkan koleksi maklumat yang saya kumpulkan. Maklumat-maklumat ini ada antaranya tidak dapat diperolehi dalam internet. Dengan cara ini, saya boleh mendapat akses internet kepada koleksi-koleksi artikel penting dan berguna yang saya himpunkan di mana-mana saja saya berada dan proses pencarian atau rujukannya lebih mudah dan pantas.

Sumber maklumat dan ilmu pengetahuan yang dihimpunkan ini akan lebih bernilai lagi sekiranya dikongsi bersama dengan pengunjung blog ini. Ilmu apabila ia disebarkan akan memberi manfaat kepada orang lain, manakala ilmu yang hanya disimpan dalam almari tidak akan ke mana. Mungkin ada yang beranggapan bahawa saya menaip semula setiap patah perkataan artikel yang diperoleh dari majalah atau suratkhabar, jika itu yang saya lakukan saya takkan larat untuk menaipnya dan usaha untuk membina blog ini akan terbengkalai. Saya menggunakan pemproses perkataan Micrsoft Office Document Scanning yang hanya perlu scan mukasurat dan tukar format kepada words. Jadi, tidak perlu menaip semula semua perkataan dari artikel tersebut.

Bagi memperkayakan lagi kandungan blog ini, saya perkembangkan dengan ulasan-ulasan dari cetusan minda saya sendiri supaya tidak dianggap sebagai blog ciplak atau cetak rompak. Untuk artikel-artikel tertentu yang diperolehi menerusi internet, saya akan sertakan sumber-sumber asal dan siapakah penulisnya misalnya alamat blog bagi mewujudkan satu rangkaian komuniti blogger. Saya juga akan memberikan beberapa cadangan dan pendapat tentang sesuatu perkara.

Blog ini menjadi medium untuk saya menghimpunkan segala maklumat-maklumat penting, rujukan-rujukan sumber maklumat, pautan-pautan maklumat di samping sebagai pengkalan data maklumat yang tidak bersifat peribadi. Semoga usaha ini dapat membantu pengguna blog ini dan menjadikan blog ini salah satu platform untuk mendapatkan maklumat dan pautan-pautan penting. Saya akan cuba pertingkatkan lagi penyampaian blog ini agar nampak lebih kemas dan menarik. Untuk mendapatkan LINK blog ini, bolehlah copy and paste banner ataupun alamat blog Jerunei.blogspot.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template