Custom Search

Jumaat, Ogos 01, 2008

Persepsi Salah T'hadap Bisnes

Mengapa ramai dikalangan orang Islam tidak mahu terlibat dalam bisnes secara serius? Ini disebabkan persepsi salah mereka terhadap bisnes :

  1. Mengejar keuntungan dan harta kekayaan dunia menerusi bisnes bertentangan dengan ajaran atau kepentingan Islam.
  2. Mengejar kejayaan bisnes tidak merupakan sesuatu yang harus diutamakan dalam mencari kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
  3. Tidak ada ruang untuk beribadat dan beramal soleh menerusi bisnes.
  4. Bisnes, harta kekayaan dan wang ringgit adalah punca utama segala maksiat dan kepincangan dalam masyarakat.
  5. Tidak ada hubungan antara bisnes dengan kewajipan menuntut dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
  6. Masa yang digunakan untuk beribadah di masjid (lebih daripada ibadah fardhu) adalah lebih bermanfaat dan menguntungkan berbanding dengan masa yang dilabur untuk menyempurnakan amanah bekerja menjayakan bisnes syarikat/organisasi majikan atau membina dan menjayakan bisnes milik sendiri.
  7. Menghadiri majlis ilmu, khasnya majlis agama adalah lebih mulia darjatnya daripada bekerja dan mengamalkan bisnes atas tanggapan tiada kebaikan dan amal ibadah yang dapat direalisasikan menerusi bisnes, dan tiada manfaat ilmu yang boleh diperoleh melalui bisnes.
(Sumber : Buku tulisan Muhammad Ali Hashim bertajuk 'Bisnes Satu Cabang Jihad' Pembudayaan Bisnes Untuk Survival)

Nota Penulis : Jika apa yang kita lakukan niatnya kerana Allah SWT maka Allah akan redha dengan apa jua yang kita lakukan walaupun dianya seorang pengutip sampah sekalipun. Pekerjaan yang dilakukan kerana menurut perintah Nya akan menjadi satu ibadah untuk kita. Bukan masalah kerja atau apa yang kita buat itu tak mendatang manfaat tetapi masalahnya adalah cara pemikiran kita dan tanggapan masyarakat yang mempengaruhi keyakinan kita.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template