Custom Search

Khamis, Ogos 14, 2008

Wikipedia Ensiklopedia Bebas

Wikipedia Sumber Rujukan Ilmiah

Klik Imej di atas untuk ke Wikipedia

Mungkin ada yang belum mengenali laman web Wikipedia, ia adalah sumber ensiklopedia bebas yang menghimpunkan pelbagai sumber maklumat ilmiah yang boleh disumbangkan oleh sesiapa sahaja. Ia bukan sahaja mempunyai kandungan maklumat dalam bahasa Inggeris bahkan juga meliputi bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Melayu. Namun, kebanyakan maklumat yang disumbangkan adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya maklumat yang dicari dalam bahasa Inggeris, pengguna boleh menukarkan bahasanya ke dalam bahasa Melayu. Itu pun jika terdapat terjemahannya.

Wikipedia sesuai untuk dijadikan rujukan oleh golongan pelajar sekolah dan juga penuntut universiti, terutamanya sekiranya ada kerja-kerja kursus atau kajian yang perlu dibuat. Seperti kebanyakan laman web, carian pantas dengan menggunakan butang SEARCH akan memudahkan pencarian. Hanya dengan menaip beberapa patah perkataan, maklumat-maklumat berkaitan akan muncul. Terdapat pautan-pautan lain juga disyorkan untuk maklumat yang kita cari serta sumber-sumber rujukan untuk bahan bacaan luar.

Bukan saja untuk pelajar dan penuntut universiti sahaja, orang awam biasa yang ingin mengetahui tentang sesuatu maklumat ilmiah boleh menggunakan laman web Wikipedia ini sebagai sumber rujukan pertama dan utama kerana maklumat di dalamnya boleh diyakini kesahihannya. Sungguhpun enjin carian seperti GOOGLE juga boleh diguna untuk pencarian maklumat-maklumat ilmu namun tiada jaminan bahawa keputusan hasil carian adalah sahih dan tepat. Justeru, lebih baik terus membuat pencarian melalui wikipedia sekiranya hendak mencari maklumat berkaitan ilmu, misalnya tentang sejarah Jerman, Yahudi dan sebagainya. Segala maklumat-maklumat berkaitan akan muncul contohnya tentang sejarah, asal usul, latarbelakang dan apa saja. Kita boleh gunakan maklumat yang diperlukan dari segala maklumat yang dipaparkan.

Semoga panduan ini dapat memberi jalan kepada pengunjung cara untuk mendapatkan maklumat ilmiah (boleh juga cuba untuk maklumat lain) yang lebih berkesan dan tepat.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template