Custom Search

Selasa, Ogos 05, 2008

Ruang Iklan Untuk Disewa


Salam Sejahtera...

Saya membuka ruang perkhidmatan ruang iklan kepada semua komuniti perniagaan tak kira kecil maupun besar ataupun orang perseorangan yang mempunyai produk untuk dijual dari kawasan Dalat, Oya, Mukah mahupun dari bahagian lain atau sesiapa saja yang hendak mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka menerusi laman blog ini.

Ruang iklan yang saya sediakan adalah berbentuk banner bersaiz 200 mm X 56 mm (lihat contoh dibawah) dan diletakkan pada ruang bahagian tepi sebelah kanan anda, namun keistimewaannya ia bukan sekadar banner kerana ia akan di LINK kan ke halaman pos penuh pengiklanan produk atau perniagaan yang anda tawarkan. Di halaman tersebut iklan anda diperincikan lagi dengan imej produk atau syarikat anda bersaiz 400 mm lebar dan beberapa perkataan berkenaan perniagaan anda. Ini akan memberikan maklumat yang lebih jelas kepada pelanggan yang berminat hendak berkunjung ke kedai atau syarikat anda.






Harga ruang iklan yang disewa terbahagi kepada tiga pakej :


1. Setahun : RM100
(bagi iklan umum seperti contoh berikut) :






































2. Setahun : RM250
(iklan seperti [1] diatas kemudian disertakan perincian lanjut setiap produk)

3. Sebulan : RM10
(untuk iklan seperti [1] diatas saja atau yang ingin mengiklankan banner bagi website perniagaan mereka)

Cara-cara memohon

  1. Sediakan bahan cetak berkenaan syarikat anda seperti keterangan perniagaan yang dijalankan, nama syarikat, alamat, nombor telefon pejabat, nombor telefon bimbit, fax ataupun email.
  2. Sertakan imej atau gambar produk atau katalog berwarna barangan yang dijual. Sekiranya tiada gambar digalakkan mengambil foto beberapa barangan berkaitan. Gambar tersebut akan diedit beserta dengan maklumat-maklumat [1] dan diformat semula untuk membolehkan ia dipaparkan dalam laman blog saya.
  3. Maklumat dan gambar tersebut bolehlah dihantar sama ada menggunakan pos ataupun email ke artmywork@gmail.com
Kebaikan Mengiklan di Jerunei.blogspot
  1. Laman blog ini dikunjungi oleh pelawat dari seluruh negara termasuk dari Sarawak setiap hari sepanjang tahun (tidak seperti majalah yang terhad kepada satu keluaran saja)
  2. Pos-pos artikel yang dihantar ke dalam blog ini ada menggunakan kata kunci seperti DALAT, SMK Dalat, MUKAH bahkan dengan nama kedai atau syarikat anda. Apabila perkataan-perkataan ini ditaip menggunakan enjin carian google, laman blog saya akan termasuk dalam senarai carian pelayar internet.
  3. Dengan adanya perkhidmatan rangkaian internet tanpa wayar DECONEXION di kawasan Dalat, Oya, Mukah, Igan, Matu dan Daro membolehkan pemilik komputer laptop terkini melayari internet dan menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat.
  4. Pelayar internet biasanya dari kalangan mereka yang bekerja seperti guru di sekolah-sekolah. Sekiranya produk anda berkaitan dengan peralatan sekolah dan alatan percetakan dan komputer, guru-guru berkenaan boleh mengetahui gambar-gambar produk anda beserta dengan keterangannya di laman blog saya.
  5. Alamat laman blog ini http://www.jerunei.blogspot akan menjadi trademark yang dipaparkan pada kenderaan saya supaya boleh menarik perhatian orang ramai. Bahkan anda juga boleh menggunakan alamat blog saya untuk memberitahu tentang produk yang anda iklankan tersebut. Saya akan cuba memperluaskan lagi promosi laman blog saya untuk diketahui umum.
  6. Link ataupun banner iklan anda akan dihubungkan dengan setiap laman blog milik saya seperti http://www.artmywork.blogspot.com, dengan cara itu apabila ada pelawat berkunjung ke blog ini mereka juga akan mendapat iklan tentang produk dan syarikat anda di blog Jerunei.blogspot.
  7. Memberi peluang kepada syarikat atau peniaga yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan internet memperkenalkan produk mereka secara online yang akan diketahui oleh semua orang dari luar kawasan anda.
  8. Laman blog ini akan mula mendapat kunjungan yang semakin ramai apabila pos baru bertambah.
Pembayaran
  1. Anda boleh membuat pembayaran sama ada secara tunai, cek, RHB dan maybank2u.
  2. Untuk maklumat dan penjelasan lanjut bolehlah hubungi saya dengan menggunakan borang di bawah atau terus email ke artmywork@gmail.com
Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template