Custom Search

Selasa, Ogos 19, 2008

Keselamatan Jalan Raya

Maklumat ini boleh menyelamakan nyawa anda

Apa yang PERLU diketahui oleh setiap pemandu

Tali Pinggang Keledar Belakang

Sebelum memulakan perjalanan, ingatlah penumpang anda di belakang. Pastikan mereka memakai tali pinggang keledar sentiasa. Jadikannya satu amalan, terutama sekali jika terdapat penumpang kanak-kanak.

Ada sebabnya mengapa ciri keselamatan ini dipasang dan ia wajar digunakan. Semasa dalam perjalanan, kita kadang kala perlu melakukan brek kecemasan untuk mengelakkan
kemalangan. Apabila ini berlaku, kita akan terhumban ke hadapan. Jika kita tidak memasang tali pinggang keledar di belakang, penumpang bukan sahaja boleh mengalami kecederaan yang serius yang membawa kematian kepada diri sendiri malah kepada penumpang dan pemandu hadapan mereka.

Pandang Cermin, Beri Isyarat, Baru Pandu

Sebaik sahaja anda menghidupkan kenderaan anda, ingatlah tiga langkah asas ini sebelum anda memulakan pemanduan anda.

Pertama, lihat cermin belakang dan sisi anda untuk memastikan bahagian belakang dan sisi kenderaan tiada lalu lintas atau pejalan kaki, termasuk anak-anak kecil.

Kedua, beri isyarat arah mana kenderaan anda hendak dipandu supaya para pemandu dan pejalan kaki mengetahui niat pergerakan anda.

Ketiga, apabila semuanya selamat, pandulah kereta anda dengan berhati-hati. Awasi kenderaan arah depan yang datang secara mengejut. Sentiasa amalkan kegunaan cermin dan pemberian isyarat. Ia sangat penting sebelum pergerakan menukar lorong dilaksanakan.

Jangan Memandu Laju

Fikirkan betul-betul. Berapa banyak sangat masa yang anda boleh jimatkan ketika memandu laju? Dan bagaimana pula risikonya? Anda membahayakan banyak nyawa. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Adakah ia berbaloi? lngatlah tanggungawab anda sebagai orang dewasa terutama sekali semasa memandu. Biar lambat asalkan selamat.

Memotong Barisan

Jangan ambil mudah perkara berkaitan keselamatan atau etika jalan raya yang betul. Memotong barisan bukan sahaja biadab, malah anda juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Anda juga berkemungklnan membawa padah kepada diri anda, para penumpang anda dan orang lain yang tidak berdosa. Selain itu anda juga menunjukkan contoh yang tidak baik untuk si kecil. Anak-anak akan meniru kelakuan anda dan sebagai ibu bapa anda harus mengamalkan amalan keselamatan jalan raya yang baik.

Mengikut Terlalu Rapat

Jangan mengikut kenderaan di depan terlalu rapat. Pandulah pada jarak yang selamat. Petuanya ialah mernandu pada jarak 2 saat antara kereta. Kiralah...1001... 1002... untuk mempastikan jarak masa tersebut antara dua kenderaan anda. Ingatlah bahawa kereta memerlukan masa untuk berhenti. Jika anda terlalu rapat, pelanggaran pasti berlaku apabila kenderaan di hadapan membuat brek kecemasan. Perbuatan ini juga boleh mengakibatkan pelanggaran berturutan.

Berehat Bila Penat

Sebelum memulakan penjalanan jauh, dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Adalah amat tidak bertanggungjawab jika anda memandu semasa anda dalam keadaan yang letih atau mengantuk. Pertimbangan jalan raya anda akan terjejas. Jika anda merasa letih atau mengantuk sewaktu memandu jauh, berhentilah di kawasan rehat yang sesuai dan tidurlah sebentar. Penjalanan anda sekeluarga lebih meriangkan dan juga lebih selamat dengan cara begini. Orang tersayang akan merasa lebih yakin bila mengetahui anda pemandu yang bertanggungjawab.

Rancang Perjalanan Anda

Rancanglah perjalanan anda untuk pemanduan yang lebih lancar. Memandulah semasa kenderaan tidak banyak di jalan raya. Mulakan perjalanan lebih awal. Elakkan daripada menghadapi situasi di mana anda perlu memandu secara tergesa-gesa. Pastikan keluarga anda memahami kepentingan merancang setiap perjalanan terutamanya perjalanan jauh. Siapkan anak-anak anda lebih awal. Buat senarai semak pada malam sebelumnya. Nikmati permulaan
yang selesa dan perjalanan anda akan lebih selamat tanpa sebarang masalah.

Petua tentang ciri keselamatan semasa membeli kenderaan baru

Kenderaan baru mempunyai ciri keselamatan yang biasa dan secara pilihan. Pastikan kenderaan baru yang anda beli mempunyai ciri keselamatan berikut:
  • Tali pinggang keledar hadapan dan belakang
  • Beg udara
  • ABS — Sistem Brek Anti Kunci
Ciri keselamatan secara pilihan
  • Kerusi keselamatan yang bersesuaian dengan umur anak anda (bagi keluarga)
  • Alat pengesan semasa mengundur
( Sumber : Majlis Keselamatan Jalan Raya, Sarawak )

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template