Custom Search

Isnin, Ogos 11, 2008

CCleaner


Sekiranya anda menghadapi masalah komputer lambat, CCleaner boleh menyelesaikannya dan mengembalikan kepantasan komputer anda. Saya pernah mengendali lebih daripada 5 buah komputer organisasi yang tidak pernah diselenggara. Bukan saja mengandungi pelbagai jenis virus bahkan terlalu banyak ruang hard disk yang mengandungi unused dan temporary file. Kebanyakannya diperoleh ketika melayari internet. Begitu juga dengan registry sama ada tak pernah atau jarang dibersihkan oleh pengguna yang bukannya seorang tapi beberapa orang menggunakan satu komputer.

Antara kelebihan CCleanar ini ialah :

  • Membersih komputer anda dari jejak-jejak yang ditinggalkan setelah melayari internet menggunakan browser yang berbeza dalam satu masa. Sama ada menggunakan Explorer, Firefox, Netscape, Safari maupun Opera.
  • Membersih fail sementara dan senarai pembukaan fail untuk aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office, Nero, WinRAR, WinZip, Adobe Acrobat dan banyak lagi.
  • Mempunyai senarai semak fail-fail yang hendak dibersihkan dari sistem komputer anda. Ini memberi pilihan kepada anda untuk tidak memadam secara kekal fail-fail yang anda rasa diperlukan, misalnya history bagi pelayaran internet anda atau senarai website yang anda lawati.
Sebagai panduan penggunaan CCleaner, untuk mengetahui bilakah masanya ia diperlukan ialah apabila komputer anda lambat untuk bertindak balas terhadap klik yang anda lakukan dan masa untuk windows itu terbuka terlalu lama.

Bagi mengetahui lebih lanjut lagi ciri-ciri CCleaner ini, sila klik di SINI (dalam bahasa Inggeris)

Selamat Meneroka.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template