Custom Search

Ahad, Ogos 10, 2008

Segmen Freeware Pilihan

Salam hormat dari saya...

Saya ingin perkenalkan satu segmen baru atau pos tetap untuk blog ini iaitu FREEWARE PILIHAN. Pos ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat produk atau freeware yang berguna untuk pengguna internet dan komputer. Ini memandangkan kedua-dua kemudahan ini telah menjadi sebahagian daripada alat yang membantu memudahkan tugas seharian dan menjadi penghubung komunikasi kita kepada dunia luar ataupun mereka yang kita kenali jauh berada dari tempat kita bertugas.

Namun begitu, tidak banyak yang mengetahui bahawa komputer dan internet tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya tidak disokong oleh software-software yang berguna untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan fungsi sesebuah komputer dan internet itu. Ada sesetengah komputer dalam sesebuah organisasi itu mempunyai tempoh hayat yang singkat akibat pengurusan atau maintainance yang tidak berkesan. Ini hanya akan mengakibat kecekapan kita untuk bertugas terbantut dan pembaikannya mengambil masa yang lama dan perlu menunggu juruteknik bertauliah. Seharusnya seseorang itu perlu tahu menyelenggara komputer peribadi mereka dan tidak semata-mata hanya tahu menggunakanya sahaja.

Saya hanya boleh membantu apa yang termampu memandangkan saya bukan juruteknik. Apa yang penting sekali ialah lebih baik kita ambil langkah pencegahan dan bersiap sedia sebelum apa-apa yang lebih buruk akan berlaku. Dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang, sesiapa pun boleh menerokainya walaupun tidak ada kelulusan. Cuma orang lain tidak akan meyakini dengan kewibawaan seseorang tetapi dunia hari ini telah membuktikan tiada yang mustahil walaupun seseorang itu tiada mempunyai kelulusan tinggi.

Berbalik kepada segmen baru ini, pengunjung tidak perlu khuatir dengan status freeware yang saya perkenalkan, ia tidak mengandungi apa-apa muslihat sebagaimana sesetengah freeware yang kononnya percuma tetapi sebenarnya adalah virus yang akan menyerang sistem komputer jika pemiliknya memuat turun (download) freeware tersebut. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri yang pernah terpedaya dengan sesuatu iklan yang muncul pada skrin komputer kita, ia sebenarnya adalah adware (sebelum itu saya tak tau apa itu adware).

Kebanyakan freeware pilihan yang saya berikan diperolehi dari SOFTPEDIA, sebuah perkhidmatan penyedia freeware dan software komputer yang bebas daripada virus. Freeware yang saya perkenalkan tidak semestinya saya gunakan tetapi ia adalah pengetahuan daripada review beberapa majalah komputer ataupun yang terdapat di internet itu sendiri sama ada yang berbahasa inggeris mahupun melayu. Saya akan membuat ulasan ringkas mengenai freeware/software tersebut dan sekiranya ia saya gunakan ulasan yang lebih lanjut akan dibuat.

Usaha ini saya lakukan adalah untuk membantu mereka meningkatkan kecekapan penggunaan komputer atau internet mereka dan dapat membantu memudahkan tugas seharian bagi mereka yang sering menggunakan komputer dan internet.

Semoga ia dapat membantu.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template