Custom Search

Khamis, Ogos 21, 2008

Bendera Malaysia Terbalik??

Hmmm....saya tak berapa suka menimbulkan isu-isu politik dalam blog saya kerana ia merupakan isu-isu sensitif bagi orang-orang politik. Silap sikit...fitnah, kritik sikit...membangkang pemerintah, cakap dengan fakta tak betul...menghasut. Jadi, biarlah orang lain yang lebih suka dengan politik ini saja membicarakannya. Bak kata orang bijak pandai, ada mata tengok...ada telinga dengar...ada mulut diam... Bila masa pilihanraya tau lah untung nasib orang politik ini.

Berkenaan dengan saranan menterbalikkan bendera ini sila rujuk berita lanjut mengenainya dalam NST Online bertajuk 'PM: Evil for blogger to fly flag upside down' dan dalam Utusan Malaysia Online 'Perbuatan Krang Ajar-PM'. Untuk lebih adil sebelum menghukum pelaku berkenaan, kita perlu membaca jawapan balik yang dikemukakan oleh blogger Sheikh Kickdefella mengapa beliau berbuat demikian, sila rujuk blognya bertajuk 'Evil Pertahankan Abdullah'. Dengan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak barulah kita boleh membuat penilaian sebelum terus memberi hukuman. Bendera Malaysia memang ditunjukkan terbalik dalam blog beliau, tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk memprotes. Ia hanyalah satu pilihan yang berisiko.

Memang benar, tidak ramai orang yang berani meluahkan kesengsaraan akibat kemelut yang pelbagai menimpa negara sekarang ini. Tatkala diri kita menahan kesengsaraan mencari rezeki ada pihak pula yang sengsara mempetahankan kedudukannya agar terus dapat bertahan mengaut lebih banyak keuntungan. Tapi, siapalah saya untuk meluahkannya secara terbuka melalui blog, kerana ia hanya mengundang kesengsaraan yang lain pula ke atas saya akibat tindakan mereka yang lebih berkuasa dan lebih kaya yang tak senang hati dengan kenyataan saya. Jadi, sabar ajelah....lu pikir la sendiri.

( Penafian : Post ini disampaikan secara umum tak menyentuh peribadi sesiapa dan tak ada unsur nak memfitnah atau menghasut, hanya untuk mengajak supaya orang befikir secara rasional sebelum meluah dan bertindak)

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template