Custom Search

Ahad, Ogos 31, 2008

Berpuasalah...

HUKUMAN ALLAH ORANG YANG TAK BERPUASA

KITA semua akan menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan al-Mubarak, dimana di dalamnya diperintahkan umat Islam menjalani ibadat itu. Marilah kita menjaga ibadat itu dengan sebaik-baiknya. Ibadat wajib ini datang setahun sekali selama satu bulan. Nabi s.a.w. memberitahu semua ibadat sudah ada ganjarannya. Tetapi, ada orang yang tidak perpuasa.

Sebenarnya ada hukuman yang berat di akhirat nanti bagi orang yang tidak menjalankan atau pun meninggalkan ibadat itu dengan sengaja, tanpa uzur syarak. Abu Umamah meriwayatkan sebuah hadis dari Baginda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya begini. “Nabi s.a.w. bermimpi dan melihat orang-orang yang menggantung diri secara terbalik. Rahang mereka terkoyak-koyak dan berdarah".

Nabi s.a.w. bertanya:"Siapakah mereka itu?" Satu suara memberitahu Baginda Rasulullah s.a.w: "IniIah orang-orang yang tidak berpuasa dan berhenti berpuasa, padahal Ramadan belum selesai.” (Hadis riwayat lhnu Khuzaimah)

Sebenarnya, banyak lagi hadis lain yang menjelaskan tentang hukuman-hukuman dan dosa-dosa orang yang tidak berpuasa dalam bulan Ramadan. Kalau kita rajin membaca kitab-kitab agama yang membicarakan tentang bab fiqah ini, maka kita akan bertemu dengan bab hukuman-hukuman dan dosa-dosa bagi orang yang tidak berpuasa.

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah kita gunakan dengan menjalankan perintah berpuasa. Ambillah peluang ganjaran yang paling banyak diberikan oleh Allah s.w.t. itu kepada kita umat Islam. Kita mestilah ingat, di dunia inilah tempat kita mengumpul segala bekalan kita untuk ke akhirat, bukannya kita mengumpulkan harta kekayaan.

Harta kekayaan yang kita kumpul itu akan kita tinggalkan dan musnah semuanyu, tetapi amalan ibadat yang kita lakukan baik dalam keadaan susah payah dan senang itulah yang akan menolong kita di akhirat kelak.

( Sumber : Majalah Hidayah )

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template