Custom Search

Ahad, Ogos 10, 2008

Spyware Terminator


Freeware ini mempunyai kelebihan-kelebihan seperti berikut :

  • menghapuskan spyware dari komputer anda-apabila anda melayari internet tanpa anda sedari spyware memasuki sistem komputer anda
  • automatik update-kemaskini dan muat turun secara percuma
  • Scan virus komputer secara percuma dan menghapuskan sebarang virus yang dijumpai
  • Intergrasi antivirus percuma dalam masa sebenar-maksudnya komputer anda dilindungi daripada variasi-variasi virus terkini dengan kemudahan scan spyware semasa, muat turun jenis virus semasa dan kemudahan clamAV iaitu mengesan mana-mana laman web yang mempunyai potensi serangan virus dan tidak selamat untuk dikunjungi
  • Kemudahan sokongan percuma-melalui forum, komuniti, FAQ dan bantuan-bantuan pertanyaan lanjut kepada pasukan pembina freeware ini
  • Percuma untuk kegunaan peribadi dan komersil-freeware ini adalah versi percuma dan ada satu lagi versi korporat yang berbayar. Namun walaupun percuma freeware ini adalah antara yang terbaik dan memberi keselamatan pada penggunaan komputer anda semasa melayari internet dan menerima sebarang kemasukan data dari peranti USB luaran seperti thumbddrive
Sepanjang penggunaan saya terhadap freeware ini sememangnya ia cukup berkesan dalam memberi perlindungan kepada komputer saya dari sebarang ancaman virus dan spyware sama ada ketika online maupun offline. Sekatan dan amaran daripada melayari sesuatu laman web akan dilakukan oleh Spyware Terminator ini sekiranya terdapat ancaman virus. Ini memberi pengetahuan kepada pengguna supaya berhati-hati sebelum melayari sesuatu laman web atau membuka popup. Kadang-kadang ada juga laman web yang tak diundang terus muncul di skrin, tetapi dengan Spyware Terminator ia akan menyekat kemunculan laman web itu secara tiba-tiba agar kita dapat menutupnya. Apa yang menarik ialah setelah laman web itu disekat dan ditutup kita boleh mengetahui komen-komen daripada pengguna internet lain berkenaan dengan laman web tersebut misalnya, ada antara komen yang menyatakan bahawa laman web tersebut mengandungi virus-virus tertentu sekiranya kita terus melayari kandungannya.

Sungguhpun demikian, anda perlu menetapkan program jadual penyelenggaraan antivirus Spyware Terminator secara automatik pada komputer anda mengikut keperluan anda sendiri bagi membolehkan antivirus ini berfungsi dengan berkesan.

Sekiranya anda ingin mengetahui lanjut mengenai Spyware Terminator sila ke SINI (dalam bahasa Inggeris)

Selamat Mencuba.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template