Custom Search

Jumaat, Ogos 22, 2008

Translator Dari BM ke BI

Asalamualaikum...

Saya ingin menyentuh mengenai perisian atau program penterjemahan bahasa. Di dalam internet banyak terdapat widget-widget misalnya dari Google yang menyediakan perisian perkhidmatan penterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa lain dan dari bahasa yang digunakan oleh sesebuah negara ke bahasa Inggeris. Tetapi malangnya tidak ada satu pun yang menterjemah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya. Mengapa ini terjadi?

Mungkin kerana rakyat Malaysia tiada kepakaran membuat perisian tersebut ataupun yang pakar-pakar itu tidak mahu memartabatkan bahasa Melayu dan lebih bangga dengan menggunakan bahasa Inggeris. Penterjemahan perkataan memang banyak terdapat misalnya E-Kamus dan MyKamus 5.0. Hanya klik pada perkataan inggeris yang tedapat di skrin maka akan terpapar maknanya dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, ia tak memadai kerana untuk tidak membuat kerja dua kali sebagaimana yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir agar rakyat negara ini yang tak fasih berbahasa Inggeris untuk menuntut ilmu yang lebih luas maka perlu belajar bahasa Inggeris. Masalahnya komunikasi bahasa Inggeris dengan menulis dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang berbeza. Untuk menulis perlu tepat penggunaan bahasa dan grammarnya dan kebanyakan hubungan komunikasi kita dengan orang asing teutamanya yang menggunakan internet sebagai medium penyampaian adalah menerusi laman web.

Kenapa para saintis dan jurutera komputer serta perisian tempatan tidak mencipta program atau perisian yang boleh menterjemah seluruh karangan yang dibuat dalam bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Bahkan maklumat-maklumat dalam bahasa Inggeris yang diperoleh melalui internet boleh diterjemah kepada Bahasa Melayu menggunakan perisian berkenaan. Bangsa-bangsa yang maju dan bertamadun di dunia cuba berusaha memartabatkan bahasa dan budaya mereka menerusi penggunaan bahasa. Bahkan ada antara ilmu-ilmu mereka tidak begitu diketahui oleh bangsa lain yang menggunakan bahasa Inggeris kerana terjemahannya tidak diusahakan. Untuk mengetahui apakah intipati pemikiran bangsa tersebut, bangsa asing perlu mempelajari bahasa tempatan.

Mengapa bijak pandai kita tidak melakukan sesuatu untuk membantu memartabatkan bahasa Melayu dan budaya bangsa Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dengan memperluaskan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam menghasilkan artikel-artikel menarik di internet. Dalam masa yang sama boleh terus diterjemah ke bahasa Inggeris tanpa perlu buat kerja dua kali.

Namun begitu, usaha menghasilkan perisian menterjemahkan seluruh perkataan dalam karangan sebenarnya telah pun diusahakan dan masih dalam pembinaan oleh seorang anak muda tempatan yang berwawasan tinggi. Usaha ini amat dialu-alukan kerana ia akan memartabatkan bahasa Melayu dan dapat membantu usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera memperluaskan perniagaan mereka bukan saja untuk pasaran tempatan tapi juga ke peringkat global. Nantikan kemunculan perisian ini kerana yang pasti saya adalah antara yang pertama akan mendapatkannya untuk memudahkan perkembangan ilmu dan perluasan idea tanpa perlu membuang masa membuat kerja dua kali.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template