Custom Search

Ahad, Ogos 10, 2008

Motivasi Instrinsik

Penyumbang Kejayaan
Oleh : Nur Amin

KITA sering mendengar cerita orang yang berhenti melakukan sesuatu walaupun mereka berada di kedudukan yang baik. Ada yang berhenti daripada pekerjaan yang mendatangkan pendapatan ribuan ringgit, berhenti berdiet, berhenti bersenam, menghentikan tekad untuk tidak lagi merokok dan banyak lagi. Malah hampir 80 peratus daripada mereka yang memulakan perniagaan di rumah berhenti melakukannya dalam jangka masa setahun!

Agak menarik jika kita dapat mengkaji mengapa mereka berhenti. Jika kita menemui sebab sebenar yang membuat seseorang berhenti daripada melakukan perkara yang mereka kerjakan, kita mungkin dapat melindungi diri daripada berhenti mengejar impian kita. Atau membantu orang lain agar meneruskan impian mereka.

Para psikologis pernah membuat kajian mengenai motivasi ekstrinsik dan intrinsik yang menyumbang kepada kejayaan. Motivasi ekstrinsik adalah apabila anda mendapat motivasi daripada perkara-perkara luaran seperti wang, pengiktirafan dan ganjaran.

Motivasi ekstrinsik ini mampu membawa kejayaan kepada seseorang, tetapi untuk sementara waktu sahaja. Lazimnya orang tidak akan kekal lama di sesuatu tempat jika mereka hanya mempunyai motivasi ekstrinsik. Ini kerana mereka akan berasa kecewa dan berhenti jika tidak lagi mendapat ganjaran, wang, pengiktirafan atau bentuk motivasi ekstrinsik lain.

Yang benar-benar menyebabkan orang meneruskan sesuatu perkara atau kerja ialah motivasi instrinsik. Motivasi intrinsik ialah apabila seseorang digerakkan oleh perkara-perkara dalaman seperti matlamat, keghairahan (passion) dan misi. Mereka yang mempunyai motivasi intriinsik tidak mudah berhenti, mereka akan kekal melakukan perkara yang sedang diusahakan.

Cuba fikirkan mengapa agama boleh membina jaringan yang besar di dunia, sedangkan penganutnya tidak mendapat ganjaran kewangan atau bentuk-bentuk motivasi ekstrinsik lain. Namun motivasi intrinsik seperti perasaan yang membuat seseorang berasa dia mempunyai matlamat hidup, menyebabkan ramai orang berpegang kepada ajaran agama.

Begitu juga kita melihat ramai orang berterusan dalam usaha atau kerja mereka kerana mereka mendapat motivasi instrinsik sebegini. Mereka yang berada dalam bidang pemasaran atau perniagaan contohnya mempunyai keinginan instrinsik yang mendalam untuk berkongsi produk dan syarikat mereka. Mereka yakin produk itu berbaloi dengen harga yang ditetapkan dan baik untuk para pelanggan. Mereka percaya mereka membawa kelainan. Mereka bangga dan sayang dengan kerja yang dilakukan, walaupun pendapatan mereka tidak seberapa.

Orang seperti ini suka dengan proses yang mereka lalui, bukan semata-mata kesan. Mereka gembira dengan pekerjaan yang dilakukan walaupun tidak memberi banyak ganjaran ekstrinsik. Golongan inilah yang digerakkan dengan motivasi intrinsik.

Maka jika anda ingin mengelak daripada berhenti melakukan sesuatu pekerjaan, pastikan anda mendapat motivasi ekstrinsik itu, dan pada waktu yang sama harus berasa gembira dan mempunyai keghairahan dalam melakukan kerja anda (motivasi intinsik).

Majikan juga harus melihat perkara ini jika ingin mengekalkan pekerja yang baik dalam organisasi mereka. Motivasi ekstrinsik mampu menarik orang lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi motivasi instrinsik membuat mereka kekal melakukannya.

Image Hosted by ImageShack.us
Editor : Dalam Islam banyak seruan daripada Allah SWT dan Rasulullah menyuruh orang berbuat kebaikan. Ganjarannya adalah pahala, ia ibarat tukaran yang akan menjadi nilai harga untuk membeli khazanah Syurga di akhirat kelak.

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template