Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW
Oleh : Nasron Sira Rahim
bhnews@bharian.com.my
Kandungan kitab miliki rahsia mengenai kehidupan perlukan kajian mendalam
RABU ini (17 Sept. 2008), sekali lagi umat Islam menyambut ulang tahun peristiwa terbesar dalam sejarah Islam iaitu turunnya al-Quran, mukjizat terbesar Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan yang turut dikenali sebagai Nuzul Quran.
Ada ulama berpendapat al-Quran diturunkan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia menerusi tiga peringkat. Peringkat pertama, al-Quran diturunkan Allah secara keseluruhannya ke suatu tempat dinamakan Lauhil Mahfudz.
Peringkat kedua, al-Quran dibawa keseluruhannya dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu suatu tempat yang terletak di langit dunia. Proses ini berlaku pada malam lailatul qadar seperti firman-Nya dalam ayat pertama surah al-Qadr: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar."
Seterusnya, al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad menerusi perantaraan malaikat Jibrail AS secara berperingkat dan turunnya ayat pertama adalah pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610.
Peristiwa penurunan ayat pertama hingga kelima dari surah al-Alaq itu juga menjadi petanda kerasulan Nabi Muhammad ketika Baginda berada di Gua Hira, di bukit Jabal Nur berhampiran Makkah.
Ayat itu adalah: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekian makhluk). Ia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan penulisan. Ia mengajarkan manusia akan apa yang tidak diketahuinya."
Ayat al-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat).
Selepas disampaikan Rasulullah, nas al-Quran dipelihara melalui tiga cara iaitu hafalan sahabat, naskhah yang ditulis untuk nabi serta naskhah yang ditulis untuk simpanan sahabat. Selain itu, Rasulullah turut mengulang ayat al-Quran di hadapan Jibrail setahun sekali dan pada akhir hayat Baginda, Rasulullah khatam al-Quran sebanyak dua kali di hadapan Jibrail.
Bagaimanapun, kebanyakan sahabat yang menghafaz al-Quran syahid dalam peperangan menegakkan agama Allah menyebabkan perlunya al-Quran dikumpul dan dijilidkan.
Sejarah penjilidan al-Quran bermula pada pemerintahan Uthman Affan dan setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Uthman menubuhkan jawatankuasa khas untuk membukukan al-Quran diketuai Zaid bin Tsabit selain Abdullah bin Zubair, Sa'id 'Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam.
Jawatankuasa itu mengumpul serta menyalin nas al-Quran hingga dibukukan selain memperoleh lembaran nas yang disalin Abu Bakar as-Siddiq daripada puterinya Hafsah. Antara lain, jawatankuasa itu menjejak penghafaz al-Quran untuk mendengar hafalan mereka dan semua hafalan itu ditulis kembali dalam dialek Quraish untuk mengelakkan perbalahan sesama kaum.
Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya menyalin serta menjilid lima al-Quran yang dinamakan al-Mushhaf dan empat daripadanya dikirimkan ke Makkah, Syria, Basrah dan Kufah untuk disalin pihak di sana. Sebuah lagi al-Quran disimpan untuk kegunaan Uthman RA dinamakan Mushhaf al-Imam dan selepas itu, semua lembaran salinan al-Quran yang ditulis sebelum pembukuan dibakar.
Ayat al-Quran turut memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam. Hal ini diakui Allah menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama).
Allah sudah menerangkan secara jelas mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui pemikiran manusia walaupun pada masa ayat al-Quran diturunkan, zaman ketika itu masih dianggap kuno dan belum terdedah kepada ilmu sains.
Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan mendapati jumlah sesetengah perkataan yang berlawanan dalam bahasa Arab adalah sama antaranya perkataan dunia dan akhirat disebut masing-masing sebanyak 115 kali.
Perkataan lain adalah malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali), lelaki dan perempuan (24 kali), ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).
Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib ditemui adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang ada di dunia ketika ini iaitu masing-masing 71.111 peratus dan 28.889 peratus.
Misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah.
Advertisement
Latar Belakang Editor
Kata Hikmah
(Riwayat at-Tarmizi)
Location Finder for Visitor
Kategori Kandungan
- Cetusan Minda Penulis (13)
- Ekonomi dan Perniagaan (16)
- Freeware Pilihan (4)
- Idea Kreatif (3)
- Iklaneka (1)
- Ilmu dan Pendidikan (17)
- Kembara (4)
- Kepimpinan dan Organisasi (11)
- Kongsi Info (17)
- Motivasi (12)
- Mukah Dalat Oya (5)
- Ptadbiran dan Pmerintahan (7)
- Ramadhan al-mubarak (12)
- Sosial dan Kemasyarakatan (17)
- Tamadun dan Islam (12)
- Teknologi dan Komputer (9)
- Tips dan Petua (9)
- Tokoh dan Kata Hikmah (7)
- Tourism (3)
Freeware Pilihan
Spyware Terminator
CCleaner
Folder Encryption
Removeable Trezor
Sila ke Kategori Kandungan Freeware Pilihan untuk review atau ulasan lanjut
Rakan Blogger
Jerunei Referrer
Social bookmark tool
Ahad, September 14, 2008
Mukjizat Al-Quran
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Sabtu, September 13, 2008
Kecintaan Pada Dunia
KEHINAAN MEREKA YANG CINTAKAN DUNIA
AL-QURAN berdepan dengan masyarakat jahiliah, adalah suatu gambaran bagaimana risalah Islam mencabar fahaman kebendaan bila dan dimana saja. Allah s.w.t telah pun mengisahkan melalui wahyu makki. Keseluruhan surah ayat-ayat yang turun di Makkah, memperlihatkan sikap Al-Quran terhadap manusia yang berfahaman kebendaan, materialisme atau orang-orang jahiliah.
CIRI-CIRI DAN SIFAT MANUSIA MATERIALISME
1. Egois, Bangga dengan Keakuan Diri
Al-Quran menyebutkan salah satu diantara sifat mereka adalah, angkuh terhadap keakuan diri. Egois ini berpunca dari cinta diri secara benlebih-lebihan, khususnya pada peringkat masa kanak-kanak, bagi manusia yang bersandarkan kepada benda semata.
Al-Quran mengingatkan kita pada sebahagian orang mukmin yang kembali kepada keputusan semula (mengingkari janji setia berperang) kerana kekalahan yang mereka terima di medan pertempuran Uhud. Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya: “Dan segolongan telah memperhatikan diri sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah sw.t, seperti sangkaan jahiliah." (Al-Imran: 154)
Ayat ini mendedahkan sikap segolongan masyarakat mukmin yang ikut berperang di medan pertempuran Uhud, yang hanya memikirkan diri sendiri bagaimana dapat menyelamatkan daripada mara bahaya yang dihadapi. Sangkaan mereka bahawa keselamatan hidup itu bukan di medan pertempuran.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Mereka berkata, apakah ada bagi kita sesuatu dalam urusan ini. Katakanlah sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah s.w.t. Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu. Mereka berkata, sekiranya ada bagi kita sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, nescaya kita tidak akan dibunuh di sini. Katakanlah jika sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh". (Al-Imran: 154)
Pengertian ayat ini, bermakna Al-Quran menjawab, sekaligus menolak pemikiran mereka bahawa dengan jauhnya dari medan pertempuran akan terselamat daripada mati. Mati dan hidup perkara yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Dan datangnya, seseorang tidak mengenal tempat di mana dia mati, sekali pun ia berada di dalam numahnya. Pemikiran mereka bermaksud ingin lari dari kesusahan. Kesengsaraan menanggung akibat perang, mempertahankan jiwa dan kesukaran menerima akibat-akibat tententu bagi diri mereka.
Ciri-ciri seperti ini adalah sebahagian tanda orang-orang jahil dan manusia materialisme. Tetapi, bagi orang yang beriman akan berfikir kehidupan orang lain, sebagaimana mereka berfikir untuk kehidupan dirinya.
2. Bermegah Dengan Darah Kebangsawanan
Di antara sifat atau ciri-ciri manusia yang berfahaman kebendaan itu ialah, rasa megah dengan darah kebangsawanan. Seperti kaum Nabi Nuh a.s. yang berasal dari kelompok darah kehormat yang mengkehendaki pengikut risalah Nabi Nuh a.s. hanya terdiri daripada golongan mereka sahaja. Dan tidak sukakan kaum lain dan fakir miskin turut sama dengan mereka.
Oleh kerana itu, risalah yang dibawa baginda tidak dapat membezakan pengikut yang beriman diantara mereka. Mereka menyatakan rasa bangga sebagai salah satu sebab mereka tidak beriman dengan ajaran itu. Mereka beranggapan hidup bersama kaum dhaif akan menjatuhkan darjat kebangsawanannya. Allah s.w.t. tegaskan sikap mereka itu dalam firmanNya, yang bermaksud: “Mereka berkata, apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu adalah orang-orang yang hina.” (Asy-Syu'ra: 111)
Demikian juga Al-Quran mengisahkan orang-orang jahiliah dan kaum materialisme di Semenanjung Arab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., iaitu di mana mereka menolak risalah kenabian baginda dan kemukjizatan Al-Quran. Dalilnya kerana Allah s.w.t. tidak mengutus rasul dari salah satu di antara orang-orang besar atau pemimpin mereka di Makkah atau di Taif. Dalil mereka itu terungkap jelas dalam Al-Quran, seperti firman Allah s.w.t., yang bermaksud:
“Dan mereka berkata, mengapa Al-Quran ini tidak diturunkan kepada seorang besar dan salah satu dua negeri (Makkah dan Taif)". (Az-Zukhruf : 31)
Adat resam dan tradisi masyarakat jahiliah, tidak mengizinkan yang bukan orang kaya atau bukan berasal dari keluarga pemimpin diangkat menduduki kepemimpinan mereka. Hal ini, Rasulullah s.a.w. bukanlah berasal dari salah satu kedua-dua golongan itu. Dan bukan pula yang lebih sesuai menjadi Rasul mengeluarkan kata-kata kebenaran kepada mereka menurut pandangan orang-orang Jahiliah.
3. Rasa Bangga Dengan Harta dan Kekuatan
Suatu perkara biasa bagi manusia bermegah diri dengan harta dan kekuatan, seperti Allah s.w.t. terangkan di dalam Al-Quran mengenai jawapan kaum Saba yang menentang risalah Nabi Sulaiman a.s. “Mereka berkata: Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan juga memiliki keberanian yang sangat. Terpulanglah perintah engkau wahai tuan puteri, maka lihatlah apa yang engkau perintahkan". (An-Naml: 33)
Al-Quran menunjukkan bahawa bagaimana dugaan mereka di dalam menghadapi musuh dengan ketiadaan kekuatan lain kecuali kekuatan kebendaan. Banyak lagi ayat Al-Quran yang menyatakan dugaan mereka itu keliru dan tidak tepat. Malah lebih jauh dari itu, mereka merasa bongkak dan sombong dengan kekuatan material yang dimiliki. Allah s.w.t. telah pun berfirman, yang maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus kepada sesuatu negeri seorang pemberi ingatan, melainkan orang yang hidup mewah di negeri itu, mereka berkata : Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya. Dan mereka berkata: Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab" (Al-Saba: 34-35)
Al-Quran telah mencatat kesombongan kaum 'Ad yang menolak risalah Nabi Hud a.s. Hal ini dinyatakan Allah s.w.t. dalam firmanNya yang bermaksud: “Adapun kaum ‘Ad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar, dan mereka berkata, siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami". (Al-Fussilat: 15)
4. Memandang Rendah Orang Awam.
Yang dimaksudkan di sini ialah adanya rasa diri lebih unggul, berbangga dengan kekuatan kebendaan dan harta yang dimiliki sehingga merendahkan dan meremehkan orang-orang hina yang melaungkan dakwah dan meremehkan kemanusiaan yang tinggi, keadilan dan kasih sayang.
Anggapan mereka tidak ubah seperti orang yang tidak berguna, dan tidak sepatutnya bercakap sedemikian. Demikianlah penghinaan yang diterima Nabi Musa a.s, yang mendapat hinaan dari Firaun. Seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Firaun berseru kepada kaum (seraya) berkata. Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku maka apakah kamu tidak melihatnya. Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini yang hampir tidak dapat menjelaskannya (perkataannya).
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas (maksudnya kenapa Tuhan tidak memakaikan gelang emas kepada Musa sebab menurut adat kebiasaan mereka apabila seseorang akan diangkat menjadi pemimpin, mereka mengenakan gelang dan kalung emas kepadanya sebagai tanda kebesaran) atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya". (Az-Zukhruf : 51-53)
Nabi Muhammad s.a.w. di dalam menghadapi masyarakat materialisme jahiliah tidak jarang pula menerima perlakuan yang kurang manusiawi, dihina dan diperolok-olokkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka hanya membuat kamu menjadi olok-olok. Mereka mengatakan, apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu, padahal mereka adalah orang-orang yang ingkar mengingat Allah s.w.t yang Maha Pemurah". (Al-Anbia : 36)
“Dan berkatalah pemuka-pemuka kafir diantara kaumnya dan yang mendusta akan menemui hari akhirat kelak dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam hidupan di dunia. Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia makan yang kamu makan, dan meminum dari yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia yang seperti kamu, nescaya bila demikian, kamu benar-benar menjadi orang yang merugi.” (Al-Mukminun : 33-34)
Sebagai garis umum di dalam masalah ini Al-Quran menyampaikan kepada kita bahawa orang-orang materislisme dipengaruhi di dalam kehidupan mereka dari dua hal.
- Pertama : Tertipu dengan kemewahan dan kemilauan harta benda.
- Kedua: Menghina dan mengolok-olok orang-orang yang beriman.
5. Takbur (Sombong)
Kesombongan adalah pintu gerbang masuknya rasa memuji diri berlebih-lebihan. Dengan kesombongan, takbur boleh memalingkan dan memesongkan pandangan agama kepada rasa bongkak, takbur. Takbur pangkat, jabatan, keturunan, harta atau juga banyak anak. Dalam waktu yang sama, mereka pula memandang rendah dan mengecilkan erti dan peranan orang lain. Orang sombong meniti jalan melawan, menentang yang benar dan mendukung kebatilan.
Allah s.w.t. berfirman menyifatkan orang seperti ini dalam firmanNya yang bermaksud: "Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar. Jika melihat kekuasaanKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.” (Al-A’raf : 146)
Orang sombong (takbur) ialah orang yang melampaui batas. Mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia, pangkat atau darjat, harta benda atau kefanatikan lain-lain sifat. Allah s.w.t. ada menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud: “Adapun orang yang melampau dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat kediamannya". (An-Nazi’at: 37-39)
6. Kedekut dan Tamak Haloba.
Kedekut adalah satu sifat egois yang melekat pada diri manusia materialisme. Bakhil menafkahkan hartanya dan kedekut membantu orang-orang yang perlu ditolong sebagai tanggungjawab hidup bersama dengan masyarakat lain. Al-Quran telah melukiskan sifat-sifat mereka dengan ucapan, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang diberikan Allah s.w.t. kepadamu, maka orang-orang kafir (manusia materialisme) berkata kepada orang-orang yang beriman : Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah s.w.t. menghendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Ingatlah, kamu ini berada dalam kesesatan yang nyata.” (Yasin : 47)
Ayat ini menerangkan bagaimana jawapan kaum kafir materialis terhadap permintaan orang-orang mukmin untuk menyedekahkan sedikit hartanya buat orang-orang yang berhajat dan amat perlu mendapat pertolongan dan bantuan. Jawapan yang terkeluar dari mulut mereka melainkan olok-olok kepada orang yang beriman.
Mereka berkata, permintaan itu tidak semestinya kepada kami dan sepatutnya minta kepada Tuhanmu. Sebab Tuhanmu punya kuasa, maka lebih utama bagi orang-orang mukmin memohon kepadaNya untuk memberi makan orang-orang yang perlu dibantu. Jawapan mereka ini dipenjelaskan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Mereka menjawab : Kami (orang-orang materislisme) dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat. Dan kami tidak pula memberi makan orang-orang miskin (kerana egois). Dan adakah kami memperkatakan yang batil bersama dengan orang yang memperkatakannya (iaitu perbincangan yang menodai dan memutar belitkan kebenaran Islam, bermakna mempertahankan kedudukan kepemimpinan mereka). Dan adakah kami mendustakan hari pembalasan (sebab mereka percaya kepada dunia saja)". (Al-Mudassir: 4346)
Selain sikap kedekut mereka itu, disertai pula dua sifat yang membawanya semakin teruk iaitu : Sifat bermusuhan dan sifat menyekutukan Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah pun mengancam mereka dengan mencampakkannya ke dalam neraka kelak, seperti firmanNya yang bermaksud: “Humbankanlah olehmu berdua dalam neraka setiap orang yang ingkar berdegil. Yang sangat-sangat menghalangi suatu kebajikan, melanggar hukum agama, lagi meragui kebenaran. Yang menyembah benda lain beserta Allah s. w.t., maka humbankanlah mereka ke dalam seksaan (azab) yang sangat pedih". (Qaf: 24-26)
7. Suka Membantah dan Mengada-adakan
Al-Quran menyifatkan manusia materialisme adalah orang yang suka membantah dengan memberikan alasan yang salah (batil) bila berbincang dengan orang-orang yang benar. Menggunakan jawapan kebatilan itu bermaksud bersandar atau berselindung kepada tujuan-tujuan tertentu. Sesuatu yang benar, tidak akan mungkin selari dengan keinginan yang hendak mereka capai. Oleh itu, untuk menjaga tujuan-tujuan itu, mereka bertungkus-lumus mendukung dan menumpang pada kebatilan agar keinginan mereka menjauh dari kebenaran.
Allah s.w.t. ada menyebutkan dalam firmanNya yang bermaksud: “Orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka melenyapkan yang hak". (Al-Kahfi : 56)
8. Ingkarkan Hari Kiamat
Selama mereka itu di bawah tipu daya dan kilauan kehidupan dunia, selama itu pula mereka tidak melihat akan akhirnya (kiamat) dunia yang fana itu. Mereka buta terhadap pahala dan dosa di dalam kehidupan dunia yang terhad ini. Tujuan-tujuannya ialah bagaimana dapat atau tidak, harta dunia. Mereka beranggapan tiada dunia lain (akhirat) kecuali dunia ini saja.
Demikianlah keadaan manusia, ekoran mendambakan hawa nafsu di hadapan mereka, seperti apa yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dalam farmanNya yang bermaksud: “Dijadikanlah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kemewahan hidup di dunia dan di sisi Allah s.w.t tempat kembali yang baik (Syurga)". (Al-lmran : 14)
Tetapi, manusia yang berfahaman kebendaan serta egois, tetap berkeyakinan dan mempertahankan kehendak nafsu duniawi. Sehingga tidak disedari, bahawa gerak-geri mereka telah dikuasai oleh nafsu tamak dunia semata-mata yang pada akhirnya akan mengingkari hari kebangkitan, iaitu hari kiamat. Allah s.w.t. ada berfirman yang bermaksud: “Apakah Ia menjanjikan kepada kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan menjadi tanah dan bertulang-tulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu). Jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepada kamu itu. Kehidupan itu, tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi". (Surah Al-Mukminun: 35-37)
Sikap mereka yang tidak percaya akan adanya hari kebangkitan sesudah mati, menunjukkan bahawa:
- Pertama: Mereka itu tertipu oleh kehidupan dunia.
- Kedua: Tak kisah atau berpura-pura bodoh dengan adanya hidayah Allah s.w.t. dan risalah Nabi s.a.w. kepada umat manusia seluruhnya.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Tamadun dan Islam
Jumaat, September 12, 2008
Islam Akhir Zaman
AKHIR ZAMAN NANTI ISLAM HANYA TINGAL NAMA
Oleh : Ahmad Idris
Ulama terkenal yang mendapat julukan "Hujatul Islam”, Imam Al-Ghazali dalam kitab HIDAYAHNYA menjelaskan:
Ketahuilah bahawa agama Isam itu berisikan dua hal :
- PERTAMA : meninggalkan semua larangan-larangan Allah,
- KEDUA : Adalah menunaikan segala perintah-perintahnya. Dan yang dua hal ini, yang lebih berat adalah meninggalkan larangan-larangan Allah, dan yang kedua adalah menunaikan perintahnya.
Empat belas abad yang lalu, pada saat-saat keemasan Islam bermula dibawah pimpinan baginda Muhammad s.a.w, Islam menjadi kebanggaan umat. Pengaruh Islam dengan cepat menyebar hampir ke seluruh dunia, pada hal jumlah umat Islam ketika itu baru sedikit kalau dibandingkan dengan yang lainnya.
Ini tidak lain berkat kekuatan akidah Islamiyah yang tertanam dengan kukuh dalam jiwa umat Islam ketika itu, dan ketaatan mereka dalam menjalankan agama sesuai dengan tuntutan Allah dan RasulNya, berdasarkan satu hukum yang bersumberkan dari Al-Quran.
Pada waktu itu Nabi Muhammad s.a.w memperingatkan kepada sahabat-sahabatnya, bahawa kelak di akhir zaman Islam hanya tinggal nama saja. Sebagaimana yang disebutkan oleh baginda dalam hadis riwayat Imam Baihaqi bersumber dari Ali r.a. yang ertinya: “Akan datang pada manusia satu zaman, dimana pada saat itu Islam tidak tinggal melainkan namanya, dan Al-Quran tidak tinggal melainkan tulisannya, masjid-masjid bagus tetapi kosong dari Hidayah, ulama-ulama termasuk manusia paling buruk yang berada di bawah langit, kerana dari mereka
timbul beberapa fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka.”
Dalam hadis tersebut dijelaskan bahawa kelak datang suatu masa dimana Islam akan tinggal nama saja, dan Al-Quran tinggal tulisannya saja, masjid-masjid kosong dari hidayah, serta ulama menjadi manusia yang paling jelek. Mengapa boleh terjadi Islam tinggal nama sahaja? Kerana banyak orang mengaku Islam, tetapi perbuatan sehari-hariannya, tidak mencerminkan moral Islam, hanya nama saja yang Islam.
Islam dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan surat-surat penting dalam kegiatan hariannya, supaya ia menjadi mudah dan tidak mengalami sebarang kesulitan. Oleh itu kita jumpai di sana sini ramai orang Islam yang masih menderhakai syariat Islam. Sembahyang ikut kemahuannya sahaja, ada yang sembahyang seminggu sekali, dan ada yang sembahyang setahun dua kali.
Ada yang enggan mengerjakan puasa Ramadan, kerana dinilai dengan mengganggu kegiatan kerja, atau dengan alasan-alasan lain yang sengaja diada-adakan.
Begitu juga dengan kewajipan zakatnya, mereka tidak sedar bahawa harta yang dikuasainya itu adalah anugerah Allah s.w.t yang di dalamnya ada sebahagian hak bagi anak yatim dan fakir miskin. Tiba-tiba sahaja mereka menunaikan fardu haji tanpa mempedulikan harta yang digunakan untuk menunaikan fardu haji itu. Dengan bangga pulang dan tunaikan haji namanya diubah, ada gelaran “Al-Hajj” atau “Haji”, pakaian pun berubah dengan serban dan songkok putih di kepala, sedangkan perilakunya melanggar syariat Islam. Hakikatnya, haji yang demikian ini, tidak dikehendaki oleh agama Islam.
Isyarat Rasulullah s.a.w ini, rasanya memang sudah ada gejala-gejalanya sekarang, dimana minat mempelajari agama Islam semakin kurang, bahkan bahagian yang menyekolahkan anak-anak mereka biasanya dihubungkan ilmu ekonomi yang cerah dan menguntungkan anak-anak itu di masa depan.
Ibu bapa tidak mengambil sikap menyekolahkan anak-anaknya bagi mendalami agama Islam yang benar untuk disebarkan pada masyarakat umum. Banyak orang yang bercakap tentang Islam, padahal dirinya sendiri tidak mengamalkannya. Bijak memutar lidah untuk meyakinkan orang agar pencaya kepada dirinya bahawa dia benar-benar orang yang memperjuangkan agama Islam. orang yang mengaku dirinya berpengetahuan agama dan cuba merubah pekara-pekara yang haram semacam jadi halal. Malah hukum dalam Al-Quran kalau boleh mahu disesuaikan dengan zaman, bukannya keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan Al-Quran?
Sebenarnya, orang-orang jenis ini menyimpan sifat munafik. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w, yang ertinya: “Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajarannya.”
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Islam akan hancur sebagaimana hancurnya kain yang sangat buruk sehingga orang tidak akan mengetahui lagi apa itu puasa, apa itu solat, apa itu haji dan apa itu sedekah".
"Maka kitab Allah diterbangkan di malam hari, sehingga di bumi tidak tertinggal lagi satu ayat pun. Mereka berkata: Kamu dapati bapa-bapa kamu dahulu mengucapkan kalimah ‘tiada Tuhan melainkan Allah’. Dan orang-orang itu pun tidak mengetahui apa itu solat, apa itu puasa, apa itu haji dan apa itu sedekah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu sabda Nabi s.a.w. yang lain diterangkan bahawa kelak Al-Quran akan kembali ke tempat asal turunnya, dengan secara yang mengaum, seperti mengaumnya lebah yang berterbangan, maka Allah bertanya: “Ada apa engkau?” Dia menjawab: “Ya Tuhan! Dari Mu kami turun, kepada Mu kami kembali. Kami dibaca, tetapi kami tidak diamalkan".
Maka sabda Nabi s.a.w ini agaknya sekarang sudah mula kita rasai kesannya didalam masyarakat Islam kita sekarang. Al-Quran boleh saja akan hilang dari atas muka bumi ini, dan cuma yang tinggal hanyalah tulisannya saja. Bacaannya akan diperindahkan buat mengikuti “Musabaqah” agar mendapat namanya terukir, tetapi kandungan isinya tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
Termasuk juga isi hadis yang di atas tadi iaitu masjidnya banyak tapi kosong dari hidayah. Kalau kita mahu mengamatinya secara terperinci dengan saksama terutama di bandar-bandar besar, jemaah masjid makin hari makin ramai lebih-lebih kalau tiba bulan Ramadan, sehingga kadang-kadang masjid ataupun surau/madrasah tidak muat. Manakala khatib dan para penceramahnya juru dakwah yang kurang ilmu pengetahuannya dalam bidang agama, namun boleh dan mampu menyampaikan ceramahnya secara ilmiah, walaupun isinya secara halus memperdaya keaslian hukum Islam, sementara perilakunya tidak mewarnai sebagai seorang Islam, dan hatinya tidak lagi dapat hidayah dari masjid.
Dalam isyarat Rasulullah, s.a.w itu juga ada menyebut di akhir zaman akan ada ulama-ulama yang tergolong manusia paling jelek yang hidup permukaan di bumi ini. Tidak lain sebabnya ialah dari ulama-ulama itu timbulnya fitnah-fitnah dikalangan masyarakatnya, khususnya dikalangan umat Islam. Fitnah timbul dari permainan lidah, dengan fatwa menghalalkan yang haram termasuk urusan agama dianggap urusan dunia, da urusan dunia dianggap sebagai urusan agama yang harus ditaati.
Pada hakikatnya bahawa para ulama sebagai “bintang” yang dibuat pedonan bagi orang-orang yang mengalami kegelapan darat dan laut. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang entinya : "Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi itu bagaikan bintang di langit yang dijadikan petunjuk oleh manusia di kegelapan darat dan laut. Apabila bintang itu terbenam maka mereka akan tersesat jalan". (HR Imam Ahmad)
Demikianlah apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w kira-kira lebih dari 14 abad yang lampau, dimana kesan-kesannya sudah pun kita rasai sekarang ini. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat kita dan membawanya sebagai bekalan menghadap Allah s.w.t diakbirat kelak. Amin.
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Khamis, September 11, 2008
Puasa Perisai Maksiat
PUASA SEBAGAI PERISAI MAKSIAT
Ihya' Ramadan
Oleh MOHD. KAMEL MAT SALLEH
TERDAPAT banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: "Puasa itu perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor, jika ada seseorang yang mahu mencelanya, katakanlah kepadanya : sesungguhnya aku ini berpuasa 2 kali. Demi diriku yang berada di tangan-Nya, bahawasanya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi, dia berpuasa dengan meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya semata-mata kerana-Ku. Ibadat puasa itu adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberi balasan pahala kepadanya, dan setiap satu kebajikan itu akan dilipat gandakan dengan 10 kali ganda". (riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini sahaja, beberapa kelebihan akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa.
Pertama : Puasa itu adalah perisai.
Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai daripada api neraka. Barang siapa yang mahu terdinding dirinya daripada api neraka, maka hendaklah ia berpuasa. Ada ulama menyebut puasa itu sebagai benteng atau penahan bagi orang yang berpuasa daripada segala nafsu syahwat yang merosakkan puasanya. Apabila seseorang itu berpuasa, ia dapat mengekang nafsu yang buruk bagi dialihkan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebajikan dan pahala.
Orang yang berpuasa akan membina benteng daripada melakukan dosa dan maksiat. Di dalam hadis ini disebut secara jelas larangan mencela dan bercakap kotor. Secara lebih umum, larangan ini merangkumi segala perbuatan buruk sesuai dengan falsafah ibadat puasa untuk menghalang seseorang daripada perlakuan negatif. Puasa bukan setakat tidak makan dan tidak minum bahkan anggota zahir dan batin turut berpuasa. Anggota badan seperti mata mesti dijaga daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan syarak. Mulut dan lidah pula hendaklah dikawal agar tidak memperkatakan perkara-perkara cela dan keji, begitu juga telinga, kaki, kemaluan dan seluruh anggota lain.
Seseorang yang berbohong atau berkata keji akan terhapus pahala puasanya, seperti hadis nabi yang bermaksud,“sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata bohong, dan selalu beramal dengannya (berbohong), maka tiada dinilai oleh Allah akan puasanya”. Puasa juga adalah perisai yang terhasil melalui sifat sabar. Dalam hadis ini, nabi mengajar orang yang berpuasa agar bersabar apabila ada cubaan untuk mencela dan mengejeknya. Ini untuk mengelakkan daripada perbuatan yang lebih buruk jika tiada sifat sabar kerana berkemungkinan akan berlakunya pergeseran, pergaduhan dan perbalahan sesama muslim.
Sesungguhnya berlapar itu sendiri adalah latihan dan tarbiah Allah kepada manusia agar sentiasa bersabar menangkis serangan-serangan yang boleh menghilangkan pahala puasanya. Untuk menjaga nilaian dan harga puasa yang dilaksanakan, kaum muslimin diingatkan agar kurang berkata-kata. Lebih-lebih lagi apabila bau mulut orang yang berpuasa itu agak kurang menyenangkan apabila terhidu oleh orang lain, tetapi sebenarnya di sisi Allah ia amat wangi dan harum bahkan lebih wangi dari bauan kasturi. Ada ulama berpendapat, wangian kasturi tersebut akan dikurniakan oleh Allah di hari akhirat.
Ini juga menunjukkan bahawa puasa itu adalah sebagai perisai daripada berkata-kata yang tidak sopan. Ada ulama berpendapat, pahala yang sebenarnya akan dianugerahkan oleh Allah itu adalah lebih wangi melebihi wangian kasturi. Semua ini adalah kiasan dan perumpamaan daripada Allah sebagai dorongan kepada mereka yang berpuasa.Biasanya seseorang itu akan malu dan segan jika bau mulutnya yang kurang enak itu akan menyebabkan manusia lain menjauhkan diri daripadanya, tetapi apabila adanya jaminan Allah akan keharuman di sisi-Nya, sekurang-kurangnya dapat memberi keinsafan bahawa sebenarnya keredaan Allah itu adalah lebih penting mengatasi keredaan manusia.
Pernyataan Allah dalam hadis melalui lisan nabi-Nya, “dan puasa itu bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya” adalah bukti jelas betapa besarnya kelebihan dan banyaknya pahala berpuasa. Ini kerana Allah itu sendiri sifatnya Maha Pemurah. Maka apabila hamba-hamba Nya diperintah melakukan kebaikan dan kebajikan, Dia sendirilah yang akan membalas pahalanya, dengan sendirinya ini menunjukkan betapa besar kadar balasan dan luas pemberiannya kepada manusia. Para ulama ada menerangkan alasan kenapakah Allah SWT menyebut bahawa “puasa itu adalah bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya”. Ini kerana puasa yang dilaksanakan itu adalah ibadat yang jauh dari sifat riak dan tersembunyi kerana semua orang diwajibkan berpuasa dan tiada peluang untuk orang lain berbangga dengan puasa yang dilakukannya.
Ia tidak seperti solat, zakat, haji, bersedekah dan ibadat-ibadat zahir yang lain, perlakuan ibadat tersebut akan menjadi perhatian manusia lain dan berkemungkinan pelaksanaannya akan menarik perhatian orang yang melihat. Seterusnya melahirkan perasaan riak kepada orang yang melakukannya. Sebahagian ulama lagi berpendapat, hadis tersebut bermaksud hanya Allah SWT yang mengetahui kadar pahalanya dan hanya Dia yang berhak menggandakan pahala tersebut sebanyak-banyaknya daripada segala jenis ibadat lain.Sebahagian ulama lain pula berpendapat kenyataan hadis tersebut adalah sebagai tanda ketinggian ibadat puasa berbanding dengan ibadat-ibadat lain.
Kebajikan dan pahala kurniaan Allah di dalam bulan puasa akan dilipatgandakan oleh-Nya dengan 10 kali ganda. Gandaan ini merangkumi segala amalan sunat dan kebajikan lain seperti sedekah, bacaan al-Quran, zikir, iktikaf dan sebagainya. Berusahalah sebaik mungkin untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan berpuasa di siang harinya dan menghidupkan malamnya.
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak
Rabu, September 10, 2008
Al-Kisah Pak Syeikh 2
PENIPUAN SEMAKIN MENJADI-JADI
KEJADIAN penipuan sekarang semakin menjadi-jadi. Di sana sini ada orang menipu orang. Bahkan penipuan yang dilakukan itu melibatkan pelajar-pelajar.
Pak Syeikh kira hal ini patut diatasi segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab patutlah dihukum seberat-beratnya kalau didapati benar-benar bersalah. Semakin dekat dunia ini pada hujungnya, semakin banyaklah perbuatan-perbuatan mungkar berlaku. Manusia semakin tidak takut kepada Allah s.w.t.
Hukum-hukum Allah, dan larangan-larangar Allah diketepikan. Orang-orang jenis ini sebenarnya tidak tahu tentang selok-belok agama. Mereka menyangka, mati itu bererti sudah habis cerita hidup. Mereka tidak tahu mereka (kita) akan dihidupkan semula. Allah sudah awal-awal lagi memberitahu kita dalam kitab suci Al-Quran mengenai hal ni.
Orang-orang yang suka menipu ini, kalau mereka membaca Al-Quran yang diturunkan itu dengan teliti dan mengaji, mengadap tuan guru, ustaz, tentulah mereka tahu bahawa kita akan dihidupkan oleh Allah sesudah mati. Tetapi ada setengah-setengah darinya kurang percaya dengan perkara ini, kerana mereka tidak pernah membaca kitab-kitab yang membincangkan masalah hari akhirat.
Mereka lebih condong dan cenderung membaca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang yang bukan Islam. Mereka lebih percaya dengan tokoh-tokoh Yahudi yang memperkatakaan soal Islam, dan para ulama-ulama Islam itu sendiri. Oleh kerana adanya sikap macam ini, mereka pun “buta kayu” dalam soal hukum agama, maka berlakulah penipuan di kalangan mereka sesama mereka.
Memakan harta sesama Islam secara “bathil”, hukumnya haram, dan diakhirat nanti Allah akan hukum mereka membakarnya dalam neraka jahannam. Ada orang jenis ini tidak percaya adanya “neraka”. Kadang-kadang kalau ada tokoh-tokoh Islam dan para ustaz bercakap soal neraka, mereka naik marah. “Apa ustaz ni, asyik bercakap neraka aja" rungut mereka. “Aku naik ‘fade-up’lah...?” rungut mereku sepanjang mendengar ceramah para ustaz yang membicarakan soal hukum Allah di akhirat nanti.
Pak Syeikh fikir, penipu-penipu jenis ini patutlah selalu dekat dengan majlis-majlis pengajian, majlis Ta’Iim, ceramah agama supaya mereka dapat bahan agama masuk dalam telinganya.
Dengan itu, Pak Syeikh fikir tentulah mereka tidak melakukan kerja-kerja yang dilarang ini.
Pak Syeikh - Dapat beri nasihat aje.
MUFTI PERLIS PERLU TERUSKAN JIHADNYA
Tokoh-tokoh agama, ulama-ulama klasik nampaknya macam terkejut bila multi Perlis Dr. Asri membuat kenyataan-kenyataan 'semacam menongkah arus’. Pak Syeikh merasakan mufti Perlis ini adalah seorang yang berani. Beliau nampaknya bercakap terus terang. Beliau berpegang pada pesanan Nabi s.a.w. “Berkata benarlah, walau pun pahit..”
Para ulamak klasik barang kali ada yang belum membaca kitab-kitab yang disebutkan oleh beliau. Malah, barang kali ada diantara kitab-kitab ini bukan saja belum membaca kitab-kitab itu, malah melihat pun belum. Pak Syeikh cuma nak tarik perhatian Menteri Besar Perlis supaya tidak mendengar “hasutan” orang lain terhadap mufti kita ini.
Biasanya, dalam sebuah negara yang kebanyakan orang menjadi ‘Pak Turut’ iaitu BERTAQLID secara membuta tuli akan rnerasa iri hati dengan kemampuan orang lain. Tokoh-tokoh klasik akan merasakan mereka ketinggalan sesuatu dalam bidang agama yang sudah mereka ceburi berpuluh-puluh tahun apabila ada “orang baru” dengan pandangan baru muncul ditengah-tengah mereka.
Tokoh ulama silam yang terkenal “Ibnu Taimiyah” merupakan ulama terkenal pernah dipenjarakan, semata-mata kerana menonjol di tengah-tengah masyarakat yang dianggap sebagai ulama yang menongkah arus. Sultan yang memerintah ketika itu terpegaruh dengan hasutan tokoh-tokoh klasik menyebabkan Ibnu Taimiyah ditangkap dan disumbat dalam penjara.
Pak Syeikh fikir hal ini tidak mungkin terjadi kepada tokoh agama kita yang ada sekarang. Lebih-lebih lagi mereka lulus dari pusat-pusat pengajian tinggi luar negara. Pak Syeikh berharap Mufti Perlis akan meneruskan “jihad”nya dalam usaha untuk membetulkan apa yang dianggapnya tidak betul dalam masyarakat sekarang.
Apa yang Pak Syeikh nampak, kebanyakan orang ada sekarang lebih cenderung dan condong kepada kepentingan diri dari menjaga kepentingan masyarakat Islam. Sebagai contoh, yang Pak Syeikh nampak ialah kalau ada ulama-ulama yang cuba mengemukakan idea-idea baru dalam bidang agama, maka orang-orang ini akan disekat tidak boleh beri ceramah dan sebagainya.
Sebenarnya, mereka bukan kemukakan idea baru tetapi apa yang mereka cakap berdasarkan kepada Quran dan Sunah, kerana dua sumber inilah sahaja yang boleh dipegang sebagai hukum.
Selain dari sumber ini yang lamanya masih lagi boleh dibahaskan atau pun dipertikaikan, kecuali pendapat-pendapat tersebut menguatkan lagi apa yang di sebut oleh Quran dan Sunah.
Banyak hal dalam agama sudah ditokok tambah, perkara-perkara syariat dijadikan sebagai adat, perkara adat dijadikan sebagai syariat. Akhirnya, dalam masyarakat Islam sekarang bercampur baur sebagai hal-hal bidaah dengan yang benar. Perkara bidaah dianggap sebagai syariat, sedangkan perkara itu tidak disyariatkan oleh agama.
Pak Syeikh kira orang-orang macam Dr. Asri ada lebih namai dalam negara kita lebih baik.
Pak Syeikh memang tahu, ramai ulama yang ada sekarang tidak begitu “senang” dengan kemunculan DrAsri ini secara tiba-tiba. Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim (sebelum PRU12) nampaknya bijak memilih seorang tokoh agama untuk menjadi mufti bagi negeri Perlis.
Pak Syeikh - Sokong dari belakang.
( Sumber : Majalah Hidayah )
http://www.drmaza.com
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Sosial dan Kemasyarakatan
Selasa, September 09, 2008
Zakat Fitrah
Salah satu syarat agama yang mengajak kesalihan sosial adalah zakat, yang secara umum tidak terikat dengan waktu (zakat mal). Ertinya boleh dikeluarkan bila saja asal mencapai nisab dan haul. Namun zakat fitrah ada tempoh waktunya. Menurut jumhur ulama, ia hanya boleh dikeluarkan semasa menjalankan puasa Ramadan sampai sebelum perlaksanaan solat Aidilfitri.
JENIS zakat ini mungkin lebih akrab dengan kita lantaran perlaksanaan pengeluarannya yang serentak bagi pemeluk agama Islam di muka bumi ini. Semua umat Islam yang “mampu” berbondong-bondong mengeluarkan zakatnya untuk di bagikan kepada orang-orang yang lebih berhak. Ada yang membagikan langsung kepada sasaran penerima zakat, ada pula yang menyerahkan kepada amil zakat agar pembahagiannya lebih merata.
Di hari-hari biasa, mungkin tidak sedikit orang yang kelaparan dan tak terurus makannya, tapi boleh dibilang tak ada kata 'lapar’ di hari raya Aidilfitri yang penuh kemenangan setelah menunaikan puasa Ramadan sebulan penuh. Semua berbahagia. Yang miskin, yang petani, yang hidup sebatang kara, semua ikut merasakan kemenangannya.
Perintah untuk menunaikan zakat Fitrah ini mula diwajibkan pada bulan Ramadan tahun ke-2 Hijrah, sekaligus sebagai tahun diwajibkannya puasa Ramadan. Zakat fitrah disyariatkan dengan tujuan menyucikan jiwa orang-orang yang melaksanakan puasa sekaligus meringankan beban penderitaan yang selama ini selalu menyelimuti orang-orang fakir, yang diharapkan dapat membantu mencukupi keperluannya saat Aidiltitri.
Pada tataran inilah, agama tampak begitu indah. Agama bukan sekadar menampakkan wajahnya dengan kenyataan-kenyataan yang melulu bicara hubungan kemanusiaan belaka, lebih dari itu ia mengajarkan agar pemeluknya juga membangun hubungan kepada lingkungan sekitarnya.
Menurut Imam Malik, Syafi’i, Ahmad dan sebahagian ulama, zakat fitrah itu hukumnya fardu. Hal ini berdasarkan hadis dari lbnu Abbas, “Rasulullah s.a.w. memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan atas seluruh umat Islam satu Sha’ (2,304 kg) kurma atau satu Sha’ gandum bagi hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan, dan baik anak kecil mahupun dewasa.”
Walaupun hadis tersebut menunjuk pada jenis makanan tertentu yang identiti dengan makanan pokok di daerah Arab, bukan bererti masyarakat yang tinggal di daerah bukan tanah Arab harus mengeluarkan zakat fitrah berupa jenis makanan tersebut, melainkan disesuaikan dengan makanan pokok daerah setempat.
Makanan pokok daerahlah yang menjadi keutamaan. Yang dimaksud dengan makanan pokok adalah makanan yang dimakan sehari-hari dari pagi hingga petang yang menguatkan, baik pada masa subur mahupun masa sulit. Bukan yang dikonsumsi pada masa sulit saja. Andaikan makanan asasnya berupa beras seperti di Malaysia, atau jagung seperti di pesisir Mesir misalnya, maka jenis makanan itulah yang mesti dikeluarkan. Besaran zakat fitrah yang harus dikeluarkan adalah satu Sha’ setara dengan 2,304 kg per kepala.
Orang yang diwajibkan membayar zakat fitrah adalah orang mempunyai kelebihan harta dari keperluan asasnya. Sedikitnya satu sha’ gandum, kurma atau beras dan makanan orang yang wajib nafkah baginya pada hari dan malam hari raya. Kelebihan itu tidak termasuk rumah, perabot rumah tangganya dan keperluan pokok lainnya.
Disamping harus mengeluarkan untuk dirinya sendiri, orang yang berzakat juga harus mengeluarkan untuk isteri dan anaknya yang masih kecil dan tidak punya harta. Adapun anak-anaknya yang sudah dewasa, menurut Mazhab Hanafi dan Malik, muzakki (pemberi zakat) tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah atas nama mereka, sekalipun mereka masih menjadi tanggungannya dan belum bekerja. Sebab setelah akil baligh, seorang ayah tidak memiliki kekuasaan sama sekali atas mereka. Sementara Mazhab Syafi’i dan Hambali menyebut bahawa ayah tetap wajib memberikan zakat fitrah atas nama mereka jika mereka belum mampu menafkahi dirinya kerana belum bekerja.
BILA MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH?
Ehwal perintah menunaikan zakat fitrah ia berkaitan erat dengan Aidilfitri. Hanya saja tentang batasan waktu wajib, seperti biasa para ulama berbeza pendapat. Menurut jumhur ulama, waktu wajib untuk membayarkan zakat fitrah adalah sejak terbenamnya matahari di akhir bulan Ramadan, kerana waktu itulah yang disebut dengan waktu fitrah (berbuka). Oleh kerananya, yang meninggal setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.
Adapun mendahulukan pembayaran fitrah dan waktu wajibnya, menurut Mazhab Syafi ‘i dibolehkan sejak awal bulan Ramadan Sedang Mazhab Maliki dan Hambali, hanya dibolehkan sekurang-kurang tiga hari sebelum Aidilfitri. Sementara menunda pembayarannya, menurut Syafi’i dan Hambali, tidak dibolehkan tanpa uzur, bahkan mereka mengharamkannya.
Ada satu hadis Ibnu Abbas r.a yang menyebutkan, “Telah diwajibkan oleh Rasulullah s.aw zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang puasa dari perbuatan sia-sia dan ucapan kotor dan memberi makan bagi orang-orang miskin. Barang siapa yang memberikannya sebelum solat Aidilfitri, maka zakat itu diterima. Dan barang siapa yang memberikan sesudah solat Aidilfitri, zakat itu sebagai sedekah biasa.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Berbeza dengan pendapat di atas, ulama Mazhab Hanafi mempunyai pandangan lain. Mereka berhujah bahawa waktu wajib membayar zakat fitrah adalah sejak terbitnya matahari pada Aidilfitri, kerana zakat fitrah ibadah yang berhubungan dengan fitrah. Keterkaitan ini mempunyai makna khusus yang menunjukkan waktu pembayarannya. BiIa seseorang meninggal sebelum terbit matahari pada Aidilfitri, ia tidak wajib membayai zakat, namun bila seseorang membayar zakat fitrahnya pada awal bulan Ramadan atau sebelumnya hukumnya boleh.
Di samping itu, Mazhab Hanafi juga membolehkan penundaan membayar zakat fitrah setelah solat Aidiltitri, kerana di dalam zakat fitrah terdapat makan tolong-menolong. Oleb kerana itu, menurut mereka keterlambatan membayar zakat fitrah tidak dapat mengugurkan kewajiban untuk membayarnya.
Adapun mengenai bayi yang lahir sebelum terbenam matahari, ulama sepakat, wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya dan yang yang meninggal sebelum matahari terhenam, tidak wajib zakat.
Bagi kita, polemik di atas tidak perlu terlalu dipersoalkan. Masing-masing punya landasan yang kuat. Tinggal kecenderungan kita mengikuti ulama yang kita anggap ijtihadnya paling rasional dan logik. Itu saja.
SIAPAKAN YANG BERHAK DAN TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT FITRAH
Kerana zakat fitrah termasuk kategori zakat, maka tidak boleh menyerahkan kepada orang yang dilarang menerima zakat harta seperti :
- orang kafir yang menentang Islam
- orang murtad fasik yang merosak Islam dengan kefasikannya
- orang kaya baik dengan harta mahupun dengan usahanya
- penganggur yang sanggup berusaha tapi tidak mahu berusaha
- ibu bapa, anak mahupun isteri. Menyerahkan kepada ibu bapa, anak mahupun isteri sendiri, maka sama dengan menyerahkan kepada dirinya sendiri.
Kalau zakat mal, sebagaimana kita ketahui dan kesepakatan para ulama, sasarannya sudah jelas ditujukan kepada asnaf (golongan) yang lapan, tidak demikian halnya dengan zakat fitrah. Setidaknya ada tiga pendapat yang mengiringi tentang siapakah yang paling berhak untuk menerima zakat fitrah ini :
- Pendapat pertama, wajib menyerah zakat fitrah kepada golongan yang berhak menerima zakat, iaitu sebagaimana dinyatakan dalam surat at-Taubah: 60. Pendapat ini dikeluarkan oleh Mazhab Syafi’i.
- Pendapat kedua, boleh diherikan kepada asnaf lapan namun memperutamakan kepada golongan fakir. Ibnu Qayyim mengatakan, pengkhususan zakat fitrah bagi orang-orang miskin saja merupakan hadiah dari Nabi s.a.w. Nabi tidak pernah membagikan zakat fitrah sedikit-sedikit kepada golongan lapan, tidak pernah pula menyuruhnya, tidak dilakukan oleh seorang pun dari para sahabat dan orang-orang sesudahnya. Pendapat ini lebih kuat dibandingkan dengan pendapat yang mewajibkan pembagian zakat fitrah pada asnaf lapan.
- Pendapat terakhir, mewajibkan kekhususan kepada orang-orang fakir saja. Pendapat ini dari kelompok Mazhab Maliki. Mereka menyatakan, sesungguhnya zakat fitrah itu hanya boleh diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Tidak kepada petugas zakat, tidak pada orang mualaf, tidak dalam membebaskan perhambaan tidak pada orang yang berhutang, tidak untuk orang yang berperang dan tidak pula untuk ibnu sabil yang kehabisan bekal untuk pulang, bahkan tidak diberi kecuali dengan sifat fakir.
berkurang jumlahnya.
Mudah-mudahan ulasan singkat tentang zakat fitrah ini semakin membukakan mata hati kita untuk selalu peduli terhadap mereka yang hidup susah dan menderita.
Untuk berbuat baik kepada sesamanya, kita boleh melakukan bila-bila saja, tidak perlu harus menunggu saatnya wajib berzakat tiba.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Menghidupkan Wawasan
MEGEJAR KEJAYAAN
Tanpa Tahu pelabuhan mana Yang Dituju
Oleh : Elie Mulyadi
ADA dua orang adik-beradik yang hidup di sebuah kampung bersama seorang ayah mereka. Pada suatu hari, si ayah memanggil kedua anaknya dan berkata, “Wahai anak-anakku, kulihat kalian semakin hari kian dewasa. Aku ingin kedewasaan usia kalian juga diikuti oleb kedewasaan
cara berfikiran kalian. Oleb sebab itu, pergilah merantau ke mana pun kau inginkan. Perkayalah hidup kalian dengan pengalaman dan jangan kembali bila kalian belum merasa cukup untuk kembali.”
Mendengar tutur si ayah, kedua beradik itu saling pandang memandang. Si abang kelihatan sangat gembira dan berkata “Terima kasih ayah, akhirnya engkau memberiku kesempatan. Aku memang ingin merantau demi meraih cita-cita yang sudah kupendam sejak lama.”
“Oh ye, sebenarnya apa cita-citamu?" Tanya si ayah kepada anak sulungnya dengan perasaan ingin tahu
“Sederhana sekali ayah, aku hanya ingin mengenal dunia beserta isinya, kemudian memimpinnya. Aku ingin menjadi seorang raja.”
“Bagus,” kata si ayah. “Kau pasti berjaya jika berteguh hati untuk meraihnya". Lalu si ayah menatap anak bongsunya dan bertanya, “Lalu apa cita-citamu pula, wahai anak keduaku?” Si adik menghela nafasnya dan berkata “Aku tidak mahu impian indah-indah seperti abang, ayah. Sejujurnya aku belum ada cita-cita. Mungkin nanti di perjalanan aku akan
menemukannya.”
“Bagus,” ujar si ayah. “Kau juga pasti menjadi orang yang berjaya setelah menemukan cita-citamu.”
Maka berangkatlah kedua bersaudara 1itu meninggalkan kampung dan ayah mereka. Tahun demi tahun berlalu, si abang terus mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang raja. Meski berbagai rintangan menghalang, terus berjuang dan tak kenal menyerah. Sementara itu si adik belum juga menemu cita-citanya. Ia terus menerus berpindah-pindah pekerjaan kerana tidak puas hati dengan apa yang dilakukannya.
Ia selalu memutuskan berhenti bekerja tiap kali menemukan kesulitan dalam pekerjaannya. Kemudian, ia berpindah ke pekerjaan lain yang kelihatannya jauh lebih menyenangkan. Namun ternyata memang tak ada pekerjaan yang benar-benar menyenangkan. Masing-masing memiliki kesulitan tersendiri.
Waktu terus berlalu. Suatu hari kedua adik-beradik itu bertemu kembali di kampung mereka, hendak berkumpul kembali dengan ayah mereka. Si ayah merasa gembira melihat kedua anaknya telah berubah sejak perpisahan mereka. Yang sulung telah menjadi seorang raja. Ia datang bersama kenderaan berkuda diiringi puluhan pengawal. Sementara itu, yang bongsu datang dengan sebuah buntalan kain kumal di bahunya. Ia berjalan kaki bersendirian dengan wajah yang nampak tua.
Si ayah mengamati kedua sosok anaknya dengan tatapan muka mengharukan. Ia meminta kedua anaknya menuturkan pengalaman mereka masing-masing selama mengembara. Setelah mendengarkan kisah keduanya, si ayah tersenyum gembira. “Akhirnya kalian berdua sama-sama berjaya,” ujarnya.
“Anak pertamaku, kau telah berhasil mewujudkan cita-citamu menjadi seorang raja. Kau anak keduaku, kau telah berhasil dapat pengalaman hidup bahawa jika tak punya cita-cita yang kau pegang teguh secara konsisten maka kau tak akan mencapai apa-apa.”
Kisah di atas membawa sebuah contoh, bahawa ada sesuatu yang sangat penting yang dimiliki seseorang yang berjaya, yang membezakannya dengan orang lain, iaitu WAWASAN. Seseorang yang memiliki wawasan yang jelas, dan berupaya sungguh-sungguh untuk mewujudkannya, lebih dekat kepada keberhasilan daripada yang tidak memiliki wawasan untuk diwujudkan.
Apakah wawasan itu? Wawasan atau Visi adalah gambaran masa depan yang diinginkan.
Misalnya, sepuluh tahun dari sekarang anda ingin menjadi apa? Ingin meraih kualiti hidup di sini mencakupi kualiti material yang diinginkan (penghasilan jumlah kekayaan, taraf pendidikan, pengiktirafan) dan kualiti bukan material (tingkat kebahagiaan, ketenangan hidup, keimanan, kualiti amal salih dan sebagainya), bergantung pada keutamaan nilai-nilai yang anda miliki.
Ketiadaan tujuan hidup membuat kita kebingungan, terumbang-ambing, mudah terbawa arus. Hidup tanpa wawasan ibarat belayar tanpa tahu pelabuhan mana yang kau tuju. Sedikit saja ada angin meliukkan perahumu, kau ikut mengayuh dan tanpa sedar terdampar di sebuah pulau asing yang mengerikan.
Menurut Charles Fillmore, setiap orang yang berhasil menyelesaikan sesuatu pada awalnya, memikirkan dulu apa yang ingin ia lakukan. Ia punya wawasan, lalu mambuang semua rasa ragu, lalu berusaha keras mencapai wawasan itu. Tidak ada beza besar kecilnya hal yang ingin Ia lakukan; kalau ia YAKIN BOLEH, ia akan melakukannya. Wawasan membuat seseorang menjadi terarah dalam hidup dan kerananya punya tujuan-tujuan, sehingga mampu bertahan dan sampai.
“Mengapa perlu wawasan? Biarkan saja hidup berjalan apa adanya!” sergah anda. Memang tak boleh dinafikan bahawa ada orang-orang yang sudah merasa cukup puas dengan hidup yang mereka jalani saat ini. Mereka merasa seolah tak menginginkan apa-apa lagi. Tapi apa benar? Bukankah setiap orang selalu punya keinginan, sekecil apapun itu, lagi dan lagi? Sebab, pada hakikatnya, keinginan merupakan denyutan kehidupan.
Kita ingin makan sedap, tidur nyenyak, tinggal di tempat layak, misalnya yang kesemuanya itu sudah pasti harus diupayakan, adalah bukti bahawa kita masih memiliki nafas kehidupan. Selama masih punya harapan, selama itulah kita masih punya alasan untuk ada di muka bumi. Kalau sudah tak punya sesuatu untuk dikejar, sesuatu untuk diwujudkan, meski secara fizik masih hidup, sebenarnya boleh jadi kita sudah mati. Seperti sebuah robot yang bergerak tanpa hasrat.
Semua hal yang terwujud selalu berawal dan sebuah gambaran keinginan. Mana mungkin di dunia ini ada kapal terbang bila Wright bersudara tak pernahh punya mimpi besar untuk menciptakannya?
Apa yang diraih oleh setiap orang selalu berawal dari sebuah wawasan, yang kemudian dipadukan dengan usaha keras dan ketekunan. Tak ada orang berjaya yang tak mulainya dengan wawasan. Pepatah mengatakan, “hal besar menghampiri mereka yang bermimpi besar, demikianjuga sebaliknya".
“Ah, tapi bukankah saya sendiri tidak mahu berangan yang bukan-bukan” timpal anda. Memang, sebuah wawasan harus sesuai batas-batas yang menyekat kita sebagai manusia. Misalnya, tak mungkin kita bercita-cita menjadi seorang nabi, kerana Allah s.w.t sudah menetapkan takdirnya yang mutlak dalam hal ini. Namun, selama masih terjangkau oleh hakikat kita, tak ada salahnya membuat wawasan yang besar. Kerana wawasan itulah yang akan mendorong kemampuan kita hingga maksima.
Ada baiknya kita belajar dari orang-orang yang menjadi hebat kerana wawasan imereka, berikut ini:
1. BILL GATES
Ketika menyaksikan perusahaan IBM mendominasikan bisnes peralatan komputer, Bill Gates melihat bahawa masa depan komputer sangatlah cerah, terutama dalam segi peralatan Sofwarenya.
Dengan penuh hasrat yang membuak. Ia mulai menciptakan program-program komputer. Wawasannya di masa depan adalah “Setiap rumah di seluruh dunia menggunakun peralatan komputer ciptaan saya.” Sekarang Microsoft, perusahaan komputernya telah menghasilkan beragam produk yang dikenal dan dipakai oleh hampir seluruh penduduk dunia. Ia mendominasi bisnes software dan dan sinilah Bill Gates menjadi orang terkaya no. 1 di dunia.
2. SAM WALTON
Ia sangat tertarik dengan perniagaan runcit dan bermimpi mendirikan rangkaian kedai dengan harga produk yang murah. Beberapa dekad kemudian, ia berhasil membuat jaringan toko WalMart yang selalu menawarkan harga murah dan terdiri atas ribuan cawangan di berbagai negara. Berkat rangkaian kedai tersebut, Sam Walton menjadi orang terkaya di Amerika. Sekarang setelah ia meninggal, 5 orang anggota keluarganya masih menempati urutan 10 terbesar dalam daftar orang terkaya di dunia atas keuntungan rangkaian kedai tersebut.
3. GAJAH MADA
Tokoh ini memimpikan sebuah negeri yang bersatu, lalu bersumpah untuk tidak mengecapi kesenangan duniawai sebelum mampu mempersatukan nusantara. Berkat sumpahnya yang terkenal dengan julukan Sumpah Palapa itu, terbentuklah negara Republik Indonesia yang bersatu sehingga sekarang.
4. WALT DISNEY
Setelah terkenal dengan kartun “Mickey Mouse”nya, Walt Disney mempunyai cita-cita besar. Ia ingin membuat Disneyland, sebuah pusat hiburan di mana orang-orang dari seluruh penjuru dunia datang untuk berrmain. Idea ini dianggap gila oleh orang ramai, kerana Walt memilih lokasi di Angeles yang sudah bercambah dengan pusat-pusat hiburan. Ada pihak bank yang menyebut ideanya sebagai “Disney’s folly” (ketololan si Disney), namun Disney tetap “berusaha” meminjam dana untuk membangun pusat hiburan tersebut. Dan sekarang, Disneyland menjadi tempat pelancongan impian dunia bagi jutaan orang di dunia.
5. WRIGHT BERSAUDARA
Ketika Oliver Wright berusia 7 tahun dan diberi mainan gasing oleh ayahnya, ia sangat terpesona. Ia sungguh takjub bahawa ada mainan yang boleh berputar-putar di angkasa. Esok harinya ia duduk termenung dan memandang seekor burung terbang melintas. Ia berangan-angan, “Aku ingin terbang seperti burung yang bebas.”
Oliver pun mencuba membuat mainan boleh terbang, dari mula layang-layang hingga pesawat sederhana. Ia bekerja bersama abangnya, Wilbur Wright untuk membuat berbagai percubaan, tak peduli cemuhan orang.
Pada usia awal 30-an, mereka berhasil menciptakan pesawat Flyer 1, yang menjadi tonggak sejarah bagi penerbangan pertama yang berjaya di Amerika. Berawal dari pesawat rancangan mereka, terciptalah pengangkutan udara hingga saat ini. Wright bersaudara akhirnya benar-benar boleh terbang seperti burung yang bebas.
Selain tokoh-tokoh di atas, masih begitu banyak mereka yang punya wawasan besar, yang pada zamannya dianggap sebagai angan-angan kosong yang mustahil, namun ternyata kemudian terbukti berhasil.
Pengasas Federal Express, misalnya, saat mengungkap idea pengiriman lintas negara, ia diberi nilai merah dan dinyatakan tidak lulus oleh profesor di universitinya. Kini FedEx sudah menjadi perusahaan ekspedisi ekspres yang terbesar di dunia dengan ratusan ribu karyawan dan asset million dolar.
Alexander Graham Bell pernah diusir dan ditertawakan atas karyanya yang dianggap barang mainan tak berguna. Kini telefon ciptaannya sudah dipakai di seluruh dunia.
Jack Canfield punya wawasan membuat siri buku Chicken Soup for The Soul, namun 33 penerbit menolak dan menganggap buku itu tidak akan laku. Kini buku tersebut sudah terjual lebih dari 30 juta naskhah di seluruh dunia dan diterbitkan ke dalam 30 bahasa.
Semua kisah kejayaan itu berawal dari sebuah wawasan yang besar. Yang mengingatkan kita bahawa mungkin sudah saatnya menjawab kebingungan tentang apa yang mesti dilakukan di masa depan. Barangkali istilah “Biarkan hidup mengalir seperti air” dan ikut saja ke mana arah angin membawamu, tak perlu disimpan lebih lama lagi dalam kamus hidup kita.
Ahad, September 07, 2008
Dua Kalimah Syahadah
KALIMAT syahadat yang merupakan kalimat pengakuan bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya” merupakan suatu kuasa yang amat kuat bagi menyatupadukan umat Islam daripada berbagai-bagai bangsa dan kaum. Dua ‘Kalimat Syahadat’ inilah yang menyebabkan seorang Cina, Arab, India, Inggeris, Melayu dan Iran mengakui dirinya ‘Muslim’ walaupun ia berada di tengah-tengah bangsanya yang bukan Islam.
Kalimat syahadat sesuatu yang melampaui batasan warna kulit, sempadan, iklim, bahasa dan adat manusia yang sempit. Demikianlah kenyataan yang hakiki, terbukti di depan mata kepala manusia. Kalimat syahadatlah yang dengan begitu cepat dapat melenyapkan perasaan permusuhan kabilah dan penindasan sesama bangsa Arab jahiliah yang tidak pernah kunjung padam itu.
Islam pernah melantik seorang pemuda kulit hitam (Usamah) sebagai ketua tentera Islam yang jujur, dipercayai oleh orang ramai dan di dalamnya ada pembesar-pembesar mereka. Nyata sekali, kalimat syahadat dapat mengatasi masalah perkauman. Kenapa manusia masih mahu mencari lagi selain daripada kalimat tersebut?
Bernad Show pernah berkata: "Islam telah mengiklankan persaudaraan semenjak seribu tiga ratus lima puluh tahun lalu, iaitu suatu masa yang tidak wujud dikalangan orang Rom, Eropah dan Amerika. Apabila anda bertanya kepada seorang Arab atau India, kepada Parsi (Iran) atau Afghan "Siapa anda?", dia menjawab, "Saya Muslim". Tetapi seorang Barat (bukan Islam) apabila anda bertanya kepadanya. “Siapa engkau?”, dia akan menjawab, “Saya Inggeris, Itali atau Amerika.” Orang-orang Eropah meninggalkan agama, sebaliknya, berpegang kepada kebangsaan dan keturunan mereka. Inilah sebesar-besar dalil menunjukkan, Islam dapat menyatupadukan antara beberapa percaturan fahaman dan perbezaan warna kulit, bahasa, tanpa memandang sebarang keturunan dan iklim.
Sejarah tidak dapat menafikan satu kenyataan bahawa, kaum minoriti bukan Islam dapat hidup dengan aman dan damai dalam negara yang kaum majoritinya mengucap dua Kalimat Syahadat. Sebaliknya, kaum minoriti Islam yang hidup dalam negara kaum majoriti bukan Islam, sukar untuk hidup dengan aman dan damai, kadang-kadang diusir, seperti di Burma dan Israel. Orang-orang bukan Islam dapat hidup dengan aman, damai dan makmur di negara yang majoritinya Islam, seperti di Malaysia ini. Demikianlah kenyataan yang dapat disaksikan pada hari ini.
Tak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa salah satu sebab yang menimbulkan persengketaan dan permusuhan sesama umat manusia, dahulu atau sekarang, yang sudah berlaku mahupun yang sedang berlaku, adalah berpunca dan lahir daripada penyakit perkauman dan fanatik kepada kaum masing-masing.
Fahaman sempit kaum Yahudi, dan fahaman kolot orang-orang Barat (bukan Islam) adalah diantara punca terbesar yang membawa dunia kini ke kancah pertelingkahan dan permusuhan yang tidak kunjung padam. Tuduhan ini tidak melulu dan bukan palsu. Apakah tidak benar kenyataan tersebut? Kalau orang-orang Barat itu tidak kolot, sebaliknya bersikap liberal, masakan mereka masih mahu menyokong dan membantu kaum Yahudi yang bengis dan kejam itu! Sedangkan mereka sendiri melihat kekejaman kaum Yahudi terhadap pelarian Palestin.
Manusia yang fanatik dan kolot sahaja yang akan menyebelahi manusia yang kejam dan jahat. Penyakit perkauman tidak dapat dihapuskan hanya dengan kenduri buah durian atau hidangan pulut kuning. Penyakit ini tidak dapat dilenyapkan hanya dengan pesta kebudayaan, melalui tarian atau nyanyian. Penyakit perkauman akan dapat di hapuskan hanya dengan kerelaan hati manusia turun sujud menerima kalimat Syahadat.
Kerana buktinya sudah jelas dan terang. Kegawatan umat Islam kini, dan perpecahan di kalangan mereka adalah berpunca daripada mereka kurang mengerti konsep syahadah itu sendiri atan akidah mereka telah dicemari dengan konsep-konsep lain yang dibawa oleh penjajah. Ini perlu diteliti sebelum kita membuat tanggapan terhadap masalah perpecahan di kalangan umat Islam. Malah perlu diteliti juga, apakah kepentingan kebendaan sudah mengatasi kepentingan pengabdian diri terhadap Allah Yang Maha Esa, atau sebaliknya.
Dalam usaha untuk menghapuskan penyakit perkauman, Al-Quran telah meletakkan beberapa konsep dan garis panduan yang unggul untuk manusia seluruhnya. Firman Allah s.w.t: "Wahai manusia hendaklah takut akan Tuhan yang telah menjadikan kamu yang satu". (al-N isa’: 1)
Perkataan “manusia” dalam ayat di atas merupakan suatu nilai yang amat tinggi menurut pandangan Islam. Kerana manusia yang dimaksudkan itu adalah tergolong di dalamnya lelaki dan perempuan, hamba dan raja, yang berkulit hitam dan putih, yang berhidung mancung dan berhidung penyek. Seolah-olah seruan itu melaungkan: Wahai manusia seluruhnya takutlah kepada Allah Yang Maha Esa, dan kembalilah kepada perdamaian dan perpaduan sejagat tanpa membezakan warna kulit, kaya miskin, tidak ada raja yang harus disembah, tidak ada manusia yang harus diperhinakan sebagai binatang, malah binatang juga harus diberi belas kasihan.
Perkataan manusia itu juga memberi gambaran kepada kita bahawa: perpaduan menurut kacamata Islam bukan terhad kepada sesuatu bangsa itu sahaja, sebagaimana Yahudi untuk Yahudi, Cina untuk Cina, Melayu untuk Melayu. Tidak, tidak demikian. Tetapi perpaduan menurut pandangan Islam untuk seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Segala hasil mahsul di atas permukaan bumi ini adalah segala usaha makhluk yang memerlukannya, tetapi harus dipergunakannya dengan cara yang baik, bukan dengan cara yang haram, dirompak, ditipu dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t, "Tidaklah Kami utuskan engkau (hai Muhammad,), melainkan untuk memberi rahmat kepada manusia seluruhnya". (Al-Anbiya’: 107)
Walau pun manusia dijadikan Tuhan berlainan; berpuak-puak, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, malah berlainan bahasa, bukan bererti dijadikan untuk bermusuh-musuhan dan berkelahi sesama mereka, tetapi adalah untuk kenal-mengenali dan bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang besar, dan juga untuk menginsafkan seluruh manusia tentang betapa berkuasanya Allah menciptakan manusia daripada setitik air mani dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa, dan manusia tidak berdaya pula untuk mengubah apa yang telah diciptakan oleh Allah.
Firman Allah s.w.t, "Sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan jadikan kamu pula bepuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain". (Al-Hujarat: 13)
Perkataan “takwa’’ dapat pula difahamkan bahawa seseorang itu tidak harus sombong dan bongkak sebagai suatu bangsa yang mulia kerana semata-mata memiliki kekayaan dan pangkat yang tinggi, sebab kemuliaan seseorang itu hanya dikira dan sejauh mana ketakwaannya kepada Allah Yang Maha Esa itulah saja tempat yang harus disembah dan dipuja, hasil daripada ketakwaan dan amal kebajikannya harus diperhitungkan sama ada seseorang itu mulia atau sebaliknya.
Firman Allah s.w.t: "Bahawa semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu". (al-Hujurat: 13)
Dan perkataan ‘asal keturunan yang satu’ adalah menunjukkan kepada kita bahawa Islam menganggap manusia adalah satu; satu dalam keturunan, satu dalam kejadian, satu tempat hidup, satu tempat lahir dan akan kembali ke tempat yang satu, malah harus menyembah Tuhan yang satu, tegasnya satu, satu dalam segalanya. Firman Allah s.w.t : "Manusia itu adalah umat yang satu ". (a-Baqarah: 213)
Dari itu dapatlah difahamkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang amat mementingkan perpaduan dan menggalakkan agar manusia bersaudara sejagat, tanpa memandang warna kulit, sempadan dan keturunan, kerana manusia kesemuanya daripada keturunan yang satu, iaitu Adam dan Hawa.
Ali bin Abi Talib ada berkata, yang bermaksud: “Manusia jika dikira daripada segi asal keturunan, adalah sama saja, ibu bapa mereka ialah Adam dan Hawa. Jika mereka mahu bermegah-megah dengan asal keturunan mereka yang mulia, maka tanah dan air adalah asal kejadian mereka.”
Jika seluruh manusia di permukaan alam ini sudah sedar dan insaf akan asal kejadian mereka yang sebenarnya, maka sudah tentu tidak akan lahir perbuatan hina-menghina dan rendah-merendahkan antara satu sama lain. Malah tidak akan berlaku permusuhan dan perkelahian sesama mereka. Kalimat syahadat di atas tadi, telah memberi erti kepada kita bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah: Allah sajalah tempat tumpuan segala makhluk, tiada hukum yang paling sempurna kecuali hukum Allah, Allahlah tempat rujukan bagi seluruh manusia dalam menyelesaikan segala masalah; baik urusan peribadi, masyarakat mahupun negara, masalah orang Islam mahupun bukan Islam.
Firman Allah s.w.t: "Maka jika kamu berbalah dalam suatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah". (al-Nisa’: 59)
Dalam hal ini, seorang aktivitis Harakah Islamiah, al-ustaz Said Hawa, pernah menegaskan di dalam bukunya bahawa di antara sebab-sebab yang menimbulkan perbalahan dan persengketaan sesama umat Islam kini adalah sudah lupa sebahagian ayat-ayat Allah dan hukumNya. Dengan kata lain, mereka mengambil setengahnya dan menolak setengah yang lain, maka lantaran itulah mereka berpecah-belah dan bersengketa.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t : "Tetapi mereka sengaja, melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya: maka kami timbulkan diantara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat". (al-Maidah: 14)
Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa punca persengketaan umat Islam adalah disebabkan sebahagian mereka memerintah dengan mengambil sebahagian hukum Allah tetapi menolak sebahagian hukum Allah yang lain. Umat Islam yang cintakan agamanya sudah tentu tidak akan berdiam diri apabila melihat keadaan demikian berlaku dihadapannya. Ini akan mengakibatkan pertembungan di antara golongan yang cintakan agamanya. Sebenarnya suasana inilah yang ada pada hari ini, yang membuatkan kaum muslim seluruhnya berada dalam keadaan dilema.
Untuk melenyapkan perbalahan dan persengketaan itu, maka umat Islam mestilah turun sujud menyembah Allah dan berhukum dengan hukum Allah dalam semua bidang kehidupan, dan mesti menghapus semua hukum ciptaan manusia daripada kamus hidup setiap Muslim. Keraguan terhadap kemampuan hukum Allah dalam menyelesaikan setiap masalah, termasuk masalah masyarakat majmuk, hendaklah dikikiskan daripada hati kaum Muslimin. Tegasnya, umat Islam haruslah kembali menghayati Islam secara syumul, baik peribadi, masyarakat dan negara.
Dalam semua tindakan, niat dan cita-cita umat Islam hendaklah dihadapkan kepada Allah semata-mata. Firman Allah s.w.t : "Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah". (al-An’am: 162)
Seruan ulama-ulama Islam kembali kepada Islam secara syumul dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunah adalah satu seruan yang suci dan satu usaha yang gigih dan amat penting dalam menyatupadukan umat Islam di negara ini dan negara-negara yang lain.
Dengan ini kita mesti berdakwah mengajak umat Islam supaya kembali kepada hukum Allah yang menepati konsep syahadah yang sebenarnya. Kita percaya, dalam dalam usaha ini, kita tidak akan terlepas daripada penentangan golongan yang buta agama dan golongan sekular yang berkembang biak di dalam masyarakat Islam.
Tegasnya, konsep tauhid yang terpancar daripada kalimat syahadah tadi adalah memainkan peranan yang terpenting dalam menyatukan hati kaum Muslimin seluruhnya. Gambarkan sahaja bagaimana keadaan yang bakal dicapai kalau kaum Muslimin sama-sama membuang kepentingan diri dengan menjunjung segala perintah Allah, setiap kali timbul perselisihan di kalangan mereka, masing-masing segera kembali kepada keputusan Allah dan RasulNya tanpa banyak bicara dan redha dengan hukum Allah.
Jika keadaan ini benar-benar berlaku, sudah pasti umat Islam tidak akan bergaduh lagi. Tetapi alangkah sedihnya manusia Iblis yang keras kepala serta tidak mahu tunduk kepada hukum Allah: masih ada berkeliaran dalam masyarakat, maka perjuangan Islam itu sentiasa tergugat, dan cita-cita untuk membawa kedamaian sering terbantut. Kita percaya itulah cara-cara ujian Allah terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.
Apabila Islam menekankan bahawa teras atau asas perpaduan itu mesti bertitik tolak daripada konsep Syahadah atau Akidah, maka bagaimana Islam boleh mendirikan perpaduan dalam negara yang penduduknya adalah masyarakat majmuk? Apakah nasib yang akan diterima oleh orang-orang bukan Islam?
Persoalan-persoalan inilah yang sering dihadapkan oleh musuh-musuh Islam dan orang-orang Islam sendiri yang buta agama. Sesungguhnya, Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk orang-orang bukan Islam yang mendiami negara Islam. Kafir zimmi akan dilayan secara kafir zimmi, manakala kafir harbi akan dilayan secara kafir harbi. Untuk lebih jelas lagi, perhatikanlah kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Islam.
FirmanAllah s.w.t : "Tidak ada paksaan dalam agama". (al-Baqarah: 256)
Firman Allah s.w.t : "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya". (Al-Anfal: 61)
Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti diriku".
Untuk mengetahui hak-hak orang bukan Islam dengan lebih lanjut lagi bolehlah rujuk kepada buku Abul al-A’la Maududi di bawah tajuk: “Hak-hak bukan Islam Dalam negara Islam". Maka insyaAllah kita akan dapat jawapan apakah Islam boleh menjamin perpaduan ataupun tidak dalam masyarakat majmuk.
CETUSAN DARIPADA SEMANGAT SYAHADAH
Dua kalimat Syahadah merupakan satu tenaga yang amat kuat bagi mengikat hati dan jiwa berbagai-bagai kaum dan bangsa menjadi satu. Dengan ini, setiap Muslim yang terjebak ke dalam kancah perbalahan sesama sendiri, maka haruslah menyemak kembali, apakah keyakinan mereka, tindak-tanduk mereka sudah menepati konsep syahadah yang sebenarnya.
Dan hendaklah membersihkan akidah mereka jika terdapat gejala-gejala “riddah” dan “nifaq”, kerana dengan cara inilah kejernihan akan dapat diwujudkan kembali di kalangan umat Islam.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Sabtu, September 06, 2008
Keajaiban Kasih Sayang
keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan
diri dari sekelilingmu."
(Ali Imran: 159)
Sederet manusia keras telah menjadi paling utama gerakan jihad setelah mendapat sentuhan lembut Islam. Umar bin Khattab, singa padang pasir yang gemar menghunuskan pedang secara liar. Cahaya hidayah membuat hati kerasnya bernilai pahala di medan juang.
Khalid bin Walid, sebelum bersyahadat, adalah tokoh penting di balik kekalahannya kaum muslimin di Perang Uhud. Berikutnya, bukan hunusan senjata yang membuatnya
bertekuk lutut, kelembutan dakwah menjadikannya mukmin sejati. Dialah pedang Allah s.w.t (saifullah) yang menyiarkan Islam hingga membuka mata dunia.
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w tidak memerlukan kilatan pedang untuk menundukkan orang ganas. Cukup menyiraminya dengan kasih sayang. Dan pesona kelembutan sanggup melelehkan hati yang membatu sekali pun.
Terkait dengan Ali-lmran: 159, A.YusufAli melukiskan bahawa kerana sifat Muhammad s.a.w yang begitu lemah lembut, menyebabkan semua orang sayang kepadanya dan inilah salah satu rahmat Allah s.w.t. Tak pernah ada yang lebih berharga baginya daripada sifat yang begitu lemah-lernbut, penuh kasih sayang dan kesabaran yang begitu besar menghadapi kelemahan manusia. Ini adaIah sifat yang sungguh agung, yang kemudian dan yang selalu demikian, menyebabkan banyak sekali orang yang terarik kepadanya.
Islam sangat memberi perhatian terhadap kecerdasan sosial umatnya. Di mana pun berada, kehadiran seorang muslim adalah penyejuk yang mendamaikan. Kedatangannya dinantikan dengan penuh harapan, kepergiannya ditunggu untukkembali. Bukankah agama mulia ini berkembang pesat berkat perilaku santun pemeluknya yang lekas menarik simpati berupa untaian indah akhlak dan kepedulian tinggi terhadap lingkungan.
Terbukti bahkan dalam peperangan, etika sosial sangat dijaga. Nilai kemanusiaan tetap dipelihara dalam bingkai kasib sayang. Tidak boleh merosakkan kemudahan awam, jangan mengganggu wanita, orang tua dan anak-anak, dilarang rnenebang tanaman, tidak membunuh lawan yang sudah menyerah dan berbagai perilaku indah lainnya. Sehingga musuh pun terpikat seraya berseru, “Betapa indah ajaran ini!”.
Andai dipakai cara-cara kekerasan, maka betapa banyak lahir barisan sakit hati yang rajin memupuk dendam. Mereka yang setia memelihara bara di dada dan sewaktu-waktu siap diledakkan. Pada keadaan dilema begini jelas keharmonian menjadi barang paling sulit digapai. Permusuhan akan menjadi sumbu malapetaka.
Sikap perjuangan yang sebenarnya tidak selainnya tercermin dari kegarangan menebas kegarangan batang leher musuh. Adakalanya kelembutan mengukir bukti atas sikap kesatria. Uthman sebagai khalifah boleh saja menyuruh pasukan tentera menumpaskan habis pemberontak yang mengepung rumahnya. Khalifah santun itu melarang memakai jurus kekerasan sesama pemeluk Islam. Ia justeru banyak menasihati penyerang, berusaha keras meluruskan kekeliruan prasangka mereka. Sampai akhirnya si pemimpin berbudi itu mati terbunuh.
Uthman syahid sekaligus meninggalkan kenangan terindah tentang sikap lembut seorang mukmin. Dia menghindari cara-cara kekerasan dan sentiasa membuka ruang dialog. Kematiannya tidak sia-sia demi menjaga keutuhan umat, Uthman menjadi korban demi keselamatan bersama yang lebih besar.
Secara lebih meluas, Islam mengajarkan penghargaan yang tinggi terhadap nilai kemanusiaan. Kematian sekali pun tidak menghalangi seseorang untuk dihormati. Atas nama kemanusiaan siapa pun berhak dihargai selayaknya manusia. Apa pun identitinya, warna kulit, ras, dan simbol-simbol duniawi yang melekat di pundaknya.
Suatu etika mulia dicontohkan oLeh Rasulullah berabad-abad yang tampau. Saat itu baginda beramah tamah dengan para sahabat setia. Tiba-tiba Muhammad s.a.w berdiri seiring lewatnya iring-iringan jenazah. Sikap penghormatan itu menyentakkan para sahabat. Raut kegusaran merona di wajah mereka. Sehingga muncul gugatan, “Wahai Rasulullah, bukankah itu iring-iringan jenazah orang Yahudi?” Rasulullah s.a.w. menjawab dengan pertanyaan menawan. “Bukankah dia juga manusia?”
Perilaku santun selalu berbalik kebaikan bagi pelakunya. Lantas, kebaikan apa yang boleh diperolehi dari mayat yang hendak dibenamkan dalam tanah? Ya, orang mati jelas tak mungkin memberi reaksi balik. Imbas positif tersebut datang dari orang-orang sekitar yang menyaksikan sanak keluarga, teman dan handai taulannya akan menyimpan kenangan manis. Betapa indah Islam dalam membina kasih sayang dan menghormati kemanusiaan.
Saat penaklukan kota Makkah (fathul Makah) orang-orang kafir dilanda ketakutan mendalam. Mereka yakin kaum muslimin akan mementaskan aksi balas dendam massa. Kerana rasa cemasnya, Shafwan bin Umayyah, musuh Islam yang sangat sadis bersiap-siap bunuh diri. Saudara sepupunya bernama Umair mengabarkan pada Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. bersabda, “Susul dia, aku telah memaafkan.”
Sebagai tanda bukti, Rasulullah menyerahkan serbannya untuk diperlihatkan oleh Umar pada saudaranya. Hingga Shafwan membatal bunuh diri, kemudian menghadap seraya berkata, “Apabila kau memberi pengampunan untukku, maka berikan waktu selama dua bulan
aku masuk Islam.”
“Berfikirlah engkau selama empat bulan sebelum mengambil keputusan memeluk Islam,” jawab Rasulullah dengan bijaksananya. Akhirnya, belum satu bulan Shafwan datang menyatakan keimanan. Selanjutny dia berdiri gagah menjadi pembela agama tauhid. Kasih sayang itu telah menjinakkan jiwa yang paling liar sekalipun. Allah s.w.t Maha Besar. Firman Allah s.w.t., “Kamu senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah dan biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (At-Maidab: 13)
Hanya saja, sejarah kemunafikan yang panjang telah menyaksikan babak belurnya sifat-sifat kemanusiaan. Rasa kasih sayang sudah tercabut dan nurani berganti dengan egoisme sempit yang menerkam kanan kiri umpama masyarakat serigala yang berpegang pada prinsip membunuh, dimana antara sesama manusia saling memangsa.
Sikap buruk sosial tergambar ketika anda mengibarkan bendera kegemilangan dengan terlebih dahulu menumbangkan bendera yang lain. Anda bersorak dipuncak kemenangan setelah menjungkalkan teman kejurang kehancuran. Anda bersinar terang dan terlebih dahulu memadamkan lampu sahabat sendiri. Anda tersenyum riang gembira dengan puja-puji saat orang kanan kiri berurai air mata darah.
Apalagi dewasa ini, aksi keganasan cara baru semakin ketara dalam wujud baru yang kalah mengerikan. Perangai pecah amanah dana sosial setara dengan mengunyah jasad saudara sebangsa yang mati kelaparan. Aksi membeberkan kejelekkan rakan sendiri setara dengan memakan daging bangkainya. Wabah itu membuat pelaku tergamak memangsa saudaranya, walaupun seiman dan seakidah. Lantas ke mana melayangnya kasih sayang itu?
Barangkali kita melihat kemungkaran dilakukan oleh saudara seagama, bukan bererti cara main kayu di dahulukan berbanding nasihat takwa. Setidaknya kekhilafannya tidak akan menyamai kekejian Firaun yang mengaku diri sebagai Tuhan. Bahkan terhadap Finaun yang terkutuk itu, Allah s.w.t masih menyuruh Musa dan Harun mendakwahi dengan tauladan dan ucapan kelembutan.
Kita sebagai bangsa timur mewarisi kelembutan budaya yang menakjubkan. Hanya saja ujian sejarah berupa krisis multi dimensi telah mencarik-carik keperibadian yang berharga itu. Tiba-tiba kita menjadi bangsa pemarah yang menghadapi setiap masalah dengan luapan amarah.
Gana-gara sejumlah wang, nyawa boleh melayang. Perbezaan pendapat tak boleh tagi diterima lapang dada, yang keluar malahan caci maki dan perilaku kekerasan. Rasa saling curiga membuat otak jadi beku setelah emosi lekas meledak. Ruangan musyawarah malah menjadi tempat pengadilan jalanan, selepas bersolat jemaah kita bersalam ukhwah, malamnya ditempat kerja kita berpacu dalam aroma nafsu.
Ibnu Khaldun menyatakan secara tabiatnya manusia adalah makhluk berperadaban yang berjiwa sosial. Dengan sendirinya, manusia jelas saling memerlukan satu sama lain. Dan, sikap kasib sayang merupakan salah satu bentuk dari kecerdasan sosial. Terkait dengan itu, konsep yang terindah bahawa kitalah yang memerlukan kehadiran saudara, bukan sebaliknya. Wujud kecerdasan sosial tersebut tercermin dari komitmen; banyak sahabat masih belum cukup, satu musuh sudah terlalu banyak.
Allah s.w.t telah menurunkan kehalusan rasa di hati manusia. Sebuas apa pun orang, ia letap punya getar-getar nuraninya. Cuma kepekaan tersebut menjadi mengecut disebabkan kurangnya kepedulian. Egoisme sempit serta ketamakan nafsu mencederai putihnya hati. Maka merugilah mereka yang kehilangan anugerah kasih sayang.
Dalam hadisnya, secara tegas Rasulullah s.a.w menyatakan, “Ada dua jenis manusia yang Allah s.w.t tidak akan me!ihatnya di hari kiamat. Pertama ialah onang yang memutuskan tali kasih sayang dan yang kedua adalah mereka yang jahat kepada tetangganya.” (HR Dailami)
Kasih sayang mampu menunjukkan banyak keajaiban, merapatkan hati yang renggang, menyatukan jiwa yang terbelah, serta melembutkan kekasaran. Masyarakat berperadaban selalu memilih jalan kasih sayang, apalagi terhadap saudara seiman. Tidak cukup menjalin kehangatan dengan Tuhan semata, sebab menjalin kasih sayang dengan makhlukNya juga bernilai ibadah.
( Sumber : Majalah Hidayah )
Dicatat oleh Rey 0 ulasan
Label: Ramadhan al-mubarak, Tamadun dan Islam
Khamis, September 04, 2008
Membangunkan Wawasan
Oleh : Elie Mulyadi
(Penulis buku motivasi "Muslimah at work" dan "Spiritual in work")
SAAT kita mengatakan ingin menjadi sesuatu atau seseorang, selalu akan ada orang-orang yang berkata seperti ini “Tidak mungkin!” “jangan berkhayal” atau “Jangan mimpi!”
Padahal Albert Einstein, penerima anugerah novel fizik, justeru mengatakan, “Daya khayal adalah segalanya. Hal itu mengawali semua yang menarik dalam kehidupan kita.” Tentu saja wawasan bukanlah sembarangan khayalan, sembarangan mimpi. Ia bukan impian kosong atau lamunan hampa, melainkan keyakinan kuat untuk menggapai sesuatu di masa depan, yang dipadu oleb usaha yang serius dan terarah. Kalau kita cakap, “Saya ingin jadi presiden” sementara setiap hari hanya duduk mengadap depan tv, itu bukanlah wawasan, melainkan bualan yang jangankan orang lain, kita sendiri pun tak percaya bakal berhasil untuk mewujudkannya.
Berkhayal tanpa bergerak, sama saja dengan menonton filem sambil menutup mata. Ingin menikmati jalannya cerita, serunya setiap adegan, pesona para pemain, tapi dengan mata tertutup? Jelas tak akan berhasil. Paling-paling hanya boleh mereka-reka dalam fikiran. Sebuah wawasan tak sekadar bererti menetapkan keinginan. Ada syarat-syarat yang harus dipenuhi, paling tidak berikut ini:
1 .WAWASAN HARUS DISERTAI KEYAKINAN
Bagaimana Einstein dapat merumuskan teori fizik dan menginspirasi pengembangan kuasa nuklear, bila sebelumnya ia tak yakin ada sesuatu yang harus dipelajari tentang alam? Bagaimana Neil Armstrong dapat mendarat di bulan (kalau memang benar) bila ia sendiri tak pernah percaya boleh mencapai ke sana? Mungkin hanya Rasulullah yang boleh mencapai langit ke tujuh dalam peristiwa Israk Mikraj tanpa pernah membayangkannya lebih dulu.
Pada realitinya, kita yang manusia biasa mesti memiliki keyakinan terlebih dulu untuk boleh berbuat dan menghasilkan sesuatu. Contoh sederhana, bagaimana kita boleh menggapai Allah melalui ibadat solat bila tak meyakini keberadaanNya sebagai “Khalik”. Segala sesuatu yang diinginkan boleh terlaksana hanya jika kita yakin boleh, sebab keyakinan merupakan penggugah semangat untuk bergerak. Bila tak yakin, maka ucapan kita tak lebih dari sekadar “cakap-cakap kosong” niat kita tak ubah dan sekadar angan-angan. Meski tak perlu yang indah-indah, keyakinan adalah modal utama untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari yang sudah kita capai saat ini.
2. WAWASAN HARUS TERLUKIS DENGAN JELAS
Di masa kecil, hampir semua dari kita pernah ditanya tentang cita-cita. Dengan citarasa khas anak-anak, kita kerap kali menjawab: “Jadi doktor!” atau “arkitek!” atau “pemandu kapal terbang!”. Pada saat dewasa, sebahagian besar kita justeru tak memilih salah satu dari ketiga kerjaya tersebut. Kita malah menjadi guru, penulis atau bahkan “pemain sarkas”. Kenapa? Kerana sewaktu kecil, kita menyebut cita-cita tanpa melukiskannya dengan jelas dalam benak. Belum terbayang seperti apa jadi doktor itu, bagaimana rasanya menjadi arkitek, apa saja cabaran menjadi seorang “pilot”. Kita menyebutkannya hanya kerana itulah yang sering didengar dan para ibu bapa saat mengungkap rasa terhadap anak-anak mereka kelak.
Maka untuk berjaya, kita tak cukup hanya menyebutkan sebuah kerjaya. Kita harus membayangkan dengan jelas setiap detailnya. Saat ingin menjadi penyanyi, misalnya, kita perlu membayangkannya. Dari mulai membayangkan pakaian seperti apa yang akan dipakai, aksi apa yang akan ditampilkan di atas pentas, bagaimana memerdukan suara dengan gerakan, berhubungan dengan penonton, memenangkan hati penonton, mengadapi kilatan lampu kamera jurugambar, menjawab pertanyaan para wartawan, hingga memilih label rakaman, melantik pengurus, mengelola kewangan dan mengatur waktu antara kerjaya dan peribadi.
Kenapa harus? Kerana semakin jelas kita membayangkan, semakin bangkit emosi yang bermotivasi. Jack Nicklaus, seorang ahli sukan golf berkata: “Aku tak pernah melakukan pukulan tanpa lebih dulu membayangkannya dengan jelas dan terfokus dalam benakku, bahkan pada saat latihan.” Itulah kenapa dia memenangi lebih dari 100 pertandingan golf.
Orang bijak mengatakan, cita-cita yang ternyata, tertulis dan tergambarkan dengan jelas sudah merupakan setengah dari keberhasilan meraihnya. Menurut Canfield (2005) dalam bukunya The Success Principle, masa depan boleh digambarkan dengan cara sederhana. Misalnya kalau kita ingin punyai rumah impian, lakukan tiga hal berikut: (1) pejamkan mata, (2) bayangkan rumah impian berserta detailnya, dari mula lokasi, ukuran, bentuk, interior, eksterior, dan sebagainya, dan 3) pamer gambar-gambar yang sekiranya mewakili detail rumah impian kita.
Gambaran seperti ini sangat penting untuk menciptakan tingkat motivasi baru dan mengktifkan fikiran bawah sedar agar lebih kreatif niencari jalan keluar untuk mencapai tujuan. Misalnya, kerana demikian ghairah kita akan sesuatu, tiba-tiba saja muncul keinginan melakukan hal-hal baru, timbul idea-idea baru, sedar akan peluang-peluang baru, yang sebelumnya boleh tak pernah terfikirkan.
Di negara-negara maju, gambaran masa depan sudah ditanamkan pada anak-anak sejak kecil.
Di Jepun misalnya, anak-anak sana sudah punya perbendaharaan cita-cita yang luas. Tak sebatas hanya ingin jadi doktor, juruterbang atau arkitek, seperti yang sering kita dengar dari anak-anak kita. Dan sekian banyak pilihan kerjaya, mereka sudah boleh memilih cita-cita yang unik dan spesifik, misalnya: saya ingin jadi ahli pembuat jubin, tukang masak di restoran antarabangsa, pedagang barang-barang elektronik, petani sayuran hidroponik, pemain silap mata, penerbit filem kartun, pelukis gambar komik dan sebagainya.
Sejak kecil, mereka diarahkan untuk sedar bahawa di dunia ini ada begitu banyak hal yang boleh diperbuat. Menjadi orang yang berjaya bukan bererti memiliki profesion tertentu yang dianggap bergengsi, melainkan memiliki bidang keahlian yang benar-benar digeluti dan menjadi pakar di dalamnya. Mungkin itulah sebabnya cita-cita masa kecil menjadi lebih mudah untuk direalisasikan.
3. WAWASAN HARUS DIUBAHKAN DALAM TUJUAN SPESIFIK
Seperti diungkapkan sebelumnya, wawasan adalah gambaran masa depan yang diinginkan. Sedangkan TUJUAN adalah langkah-Iangkah yang diambil untuk meraih Wawasan tersebut. (Anda mungkin punya definisi berbeza tentang hal ini, namun sejauh ini definisi itulah yang saya yakini).
Kaitan antara wawasan dan tujuan dapat digambarkan sebagai berikut:
Terlihat bahawa tujuan (segitiga-segituga kecil) merupakan bahagian dan wawasan (segitiga besar). Tujuan adalah langkah-langkah yang bila dilakukan secara bertahap dan berterusan akan membawa pada tergapainya wawasan. Kalau diibaratkan dengan pertanyaan 5W+1H (What, Who, When, Where, Why+How) maka wawasan mengandung unsur 1H.
Bila anda bercita-cita menjadi penyanyi hebat, misalnya inilah contoh cara merumuskan wawasan dan tujuan anda:
VISI -Wawasan
mengandungi 5W- What Where Who Why When)
What: Saya ingin menjadi penyanyi profesional yang memberi banyak inspirasi.
Where: Di Malaysia dengan berpengkalan di ibu kota.
Who: Saya bersama kumpulan band saya.
Why: Kerana saya senang menyanyi menghibur orang, dan menjadi motivator melalui nyanyian. Saya juga punya bakat yang baik dalam suara dan aksi di atas pentas.
When: 5 tahun dan sekarang cita-cita itu diharapkan terwujud.
TUJUAN
(mengandungi1H-HOW)
T1: Membentuk kumpulan band sebagai vokalis, fokus latihan, mengikuti dan memenangkan pertandingan band, menjadi pembuka untuk konsert-konsert band ternama, menjaring peluang di bisnes muzik (tahun 1)
T2: Menggarap album, membuat demo rakaman bekerjasama dengan syarikat rakaman untuk mengedar album perdana, meraih berbagai penaja untuk melakukan konsert ke kampus-kampus di seluruh negara (tahun 2)
T3: Evaluasi album perdana menggarap dan menerbit album kedua, mencetak platinium hits, melakukan konsert-konsert eksklusif di berbagai stesen tv dan pertunjukan pentas di beberapa bandar di seluruh Malaysia (tahun 3)
T4: Menggarap dan menerbit album ke-3, mengadakan tour keliling, mengukuhkan imej melalui kontrak iklan untuk beberapa produk komersil berjenama terkenal, aktif dalam kempen dan kegiatan-kegiatan sosial atas nama band (tahun 4)
T5: Melakukan konsert tunggal eksklusif dengan citra sebagai kumpulan band terkenal, membuat album dengan penyanyi antarabangsa, menjadi tamu kehormat pada konsert band-band baru tanah air, menjadi juri untuk pemilihan band/vokalis, memantapkan citra sebagai vokalis paling diminati di tanah air (tahun 5)
Dapat dilihat bahawa tujuan-tujuan yang jelas dan tertulis membuat kita lebih terarah dalam mencapai wawasan.
Contact Me
Advertisement
Affiliate Ads
Welcome to Mukah Division
Ruang Sembang
Post Comments
News Online
Penjana Minda
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...6 tahun yang lalu
-
-
Rujukan dan Maklumat
Pengunjung Blog
My Google Friend Connect
Sponsor by :
Copyright© 2008 by jerunei.blogspot.com