Custom Search

Rabu, September 10, 2008

Al-Kisah Pak Syeikh 2

PENIPUAN SEMAKIN MENJADI-JADI

KEJADIAN penipuan sekarang semakin menjadi-jadi. Di sana sini ada orang menipu orang. Bahkan penipuan yang dilakukan itu melibatkan pelajar-pelajar.

Pak Syeikh kira hal ini patut diatasi segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab patutlah dihukum seberat-beratnya kalau didapati benar-benar bersalah. Semakin dekat dunia ini pada hujungnya, semakin banyaklah perbuatan-perbuatan mungkar berlaku. Manusia semakin tidak takut kepada Allah s.w.t.

Hukum-hukum Allah, dan larangan-larangar Allah diketepikan. Orang-orang jenis ini sebenarnya tidak tahu tentang selok-belok agama. Mereka menyangka, mati itu bererti sudah habis cerita hidup. Mereka tidak tahu mereka (kita) akan dihidupkan semula. Allah sudah awal-awal lagi memberitahu kita dalam kitab suci Al-Quran mengenai hal ni.

Orang-orang yang suka menipu ini, kalau mereka membaca Al-Quran yang diturunkan itu dengan teliti dan mengaji, mengadap tuan guru, ustaz, tentulah mereka tahu bahawa kita akan dihidupkan oleh Allah sesudah mati. Tetapi ada setengah-setengah darinya kurang percaya dengan perkara ini, kerana mereka tidak pernah membaca kitab-kitab yang membincangkan masalah hari akhirat.

Mereka lebih condong dan cenderung membaca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang yang bukan Islam. Mereka lebih percaya dengan tokoh-tokoh Yahudi yang memperkatakaan soal Islam, dan para ulama-ulama Islam itu sendiri. Oleh kerana adanya sikap macam ini, mereka pun “buta kayu” dalam soal hukum agama, maka berlakulah penipuan di kalangan mereka sesama mereka.

Memakan harta sesama Islam secara “bathil”, hukumnya haram, dan diakhirat nanti Allah akan hukum mereka membakarnya dalam neraka jahannam. Ada orang jenis ini tidak percaya adanya “neraka”. Kadang-kadang kalau ada tokoh-tokoh Islam dan para ustaz bercakap soal neraka, mereka naik marah. “Apa ustaz ni, asyik bercakap neraka aja" rungut mereka. “Aku naik ‘fade-up’lah...?” rungut mereku sepanjang mendengar ceramah para ustaz yang membicarakan soal hukum Allah di akhirat nanti.

Pak Syeikh fikir, penipu-penipu jenis ini patutlah selalu dekat dengan majlis-majlis pengajian, majlis Ta’Iim, ceramah agama supaya mereka dapat bahan agama masuk dalam telinganya.
Dengan itu, Pak Syeikh fikir tentulah mereka tidak melakukan kerja-kerja yang dilarang ini.

Pak Syeikh - Dapat beri nasihat aje.

MUFTI PERLIS PERLU TERUSKAN JIHADNYA

Tokoh-tokoh agama, ulama-ulama klasik nampaknya macam terkejut bila multi Perlis Dr. Asri membuat kenyataan-kenyataan 'semacam menongkah arus’. Pak Syeikh merasakan mufti Perlis ini adalah seorang yang berani. Beliau nampaknya bercakap terus terang. Beliau berpegang pada pesanan Nabi s.a.w. “Berkata benarlah, walau pun pahit..”

Para ulamak klasik barang kali ada yang belum membaca kitab-kitab yang disebutkan oleh beliau. Malah, barang kali ada diantara kitab-kitab ini bukan saja belum membaca kitab-kitab itu, malah melihat pun belum. Pak Syeikh cuma nak tarik perhatian Menteri Besar Perlis supaya tidak mendengar “hasutan” orang lain terhadap mufti kita ini.

Biasanya, dalam sebuah negara yang kebanyakan orang menjadi ‘Pak Turut’ iaitu BERTAQLID secara membuta tuli akan rnerasa iri hati dengan kemampuan orang lain. Tokoh-tokoh klasik akan merasakan mereka ketinggalan sesuatu dalam bidang agama yang sudah mereka ceburi berpuluh-puluh tahun apabila ada “orang baru” dengan pandangan baru muncul ditengah-tengah mereka.

Tokoh ulama silam yang terkenal “Ibnu Taimiyah” merupakan ulama terkenal pernah dipenjarakan, semata-mata kerana menonjol di tengah-tengah masyarakat yang dianggap sebagai ulama yang menongkah arus. Sultan yang memerintah ketika itu terpegaruh dengan hasutan tokoh-tokoh klasik menyebabkan Ibnu Taimiyah ditangkap dan disumbat dalam penjara.

Pak Syeikh fikir hal ini tidak mungkin terjadi kepada tokoh agama kita yang ada sekarang. Lebih-lebih lagi mereka lulus dari pusat-pusat pengajian tinggi luar negara. Pak Syeikh berharap Mufti Perlis akan meneruskan “jihad”nya dalam usaha untuk membetulkan apa yang dianggapnya tidak betul dalam masyarakat sekarang.

Apa yang Pak Syeikh nampak, kebanyakan orang ada sekarang lebih cenderung dan condong kepada kepentingan diri dari menjaga kepentingan masyarakat Islam. Sebagai contoh, yang Pak Syeikh nampak ialah kalau ada ulama-ulama yang cuba mengemukakan idea-idea baru dalam bidang agama, maka orang-orang ini akan disekat tidak boleh beri ceramah dan sebagainya.

Sebenarnya, mereka bukan kemukakan idea baru tetapi apa yang mereka cakap berdasarkan kepada Quran dan Sunah, kerana dua sumber inilah sahaja yang boleh dipegang sebagai hukum.
Selain dari sumber ini yang lamanya masih lagi boleh dibahaskan atau pun dipertikaikan, kecuali pendapat-pendapat tersebut menguatkan lagi apa yang di sebut oleh Quran dan Sunah.

Banyak hal dalam agama sudah ditokok tambah, perkara-perkara syariat dijadikan sebagai adat, perkara adat dijadikan sebagai syariat. Akhirnya, dalam masyarakat Islam sekarang bercampur baur sebagai hal-hal bidaah dengan yang benar. Perkara bidaah dianggap sebagai syariat, sedangkan perkara itu tidak disyariatkan oleh agama.

Pak Syeikh kira orang-orang macam Dr. Asri ada lebih namai dalam negara kita lebih baik.
Pak Syeikh memang tahu, ramai ulama yang ada sekarang tidak begitu “senang” dengan kemunculan DrAsri ini secara tiba-tiba. Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim (sebelum PRU12) nampaknya bijak memilih seorang tokoh agama untuk menjadi mufti bagi negeri Perlis.

Pak Syeikh - Sokong dari belakang.

( Sumber : Majalah Hidayah )

Image Hosted by ImageShack.us

http://www.drmaza.com

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template