Salah satu syarat agama yang mengajak kesalihan sosial adalah zakat, yang secara umum tidak terikat dengan waktu (zakat mal). Ertinya boleh dikeluarkan bila saja asal mencapai nisab dan haul. Namun zakat fitrah ada tempoh waktunya. Menurut jumhur ulama, ia hanya boleh dikeluarkan semasa menjalankan puasa Ramadan sampai sebelum perlaksanaan solat Aidilfitri.
JENIS zakat ini mungkin lebih akrab dengan kita lantaran perlaksanaan pengeluarannya yang serentak bagi pemeluk agama Islam di muka bumi ini. Semua umat Islam yang “mampu” berbondong-bondong mengeluarkan zakatnya untuk di bagikan kepada orang-orang yang lebih berhak. Ada yang membagikan langsung kepada sasaran penerima zakat, ada pula yang menyerahkan kepada amil zakat agar pembahagiannya lebih merata.
Di hari-hari biasa, mungkin tidak sedikit orang yang kelaparan dan tak terurus makannya, tapi boleh dibilang tak ada kata 'lapar’ di hari raya Aidilfitri yang penuh kemenangan setelah menunaikan puasa Ramadan sebulan penuh. Semua berbahagia. Yang miskin, yang petani, yang hidup sebatang kara, semua ikut merasakan kemenangannya.
Perintah untuk menunaikan zakat Fitrah ini mula diwajibkan pada bulan Ramadan tahun ke-2 Hijrah, sekaligus sebagai tahun diwajibkannya puasa Ramadan. Zakat fitrah disyariatkan dengan tujuan menyucikan jiwa orang-orang yang melaksanakan puasa sekaligus meringankan beban penderitaan yang selama ini selalu menyelimuti orang-orang fakir, yang diharapkan dapat membantu mencukupi keperluannya saat Aidiltitri.
Pada tataran inilah, agama tampak begitu indah. Agama bukan sekadar menampakkan wajahnya dengan kenyataan-kenyataan yang melulu bicara hubungan kemanusiaan belaka, lebih dari itu ia mengajarkan agar pemeluknya juga membangun hubungan kepada lingkungan sekitarnya.
Menurut Imam Malik, Syafi’i, Ahmad dan sebahagian ulama, zakat fitrah itu hukumnya fardu. Hal ini berdasarkan hadis dari lbnu Abbas, “Rasulullah s.a.w. memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan atas seluruh umat Islam satu Sha’ (2,304 kg) kurma atau satu Sha’ gandum bagi hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan, dan baik anak kecil mahupun dewasa.”
Walaupun hadis tersebut menunjuk pada jenis makanan tertentu yang identiti dengan makanan pokok di daerah Arab, bukan bererti masyarakat yang tinggal di daerah bukan tanah Arab harus mengeluarkan zakat fitrah berupa jenis makanan tersebut, melainkan disesuaikan dengan makanan pokok daerah setempat.
Makanan pokok daerahlah yang menjadi keutamaan. Yang dimaksud dengan makanan pokok adalah makanan yang dimakan sehari-hari dari pagi hingga petang yang menguatkan, baik pada masa subur mahupun masa sulit. Bukan yang dikonsumsi pada masa sulit saja. Andaikan makanan asasnya berupa beras seperti di Malaysia, atau jagung seperti di pesisir Mesir misalnya, maka jenis makanan itulah yang mesti dikeluarkan. Besaran zakat fitrah yang harus dikeluarkan adalah satu Sha’ setara dengan 2,304 kg per kepala.
Orang yang diwajibkan membayar zakat fitrah adalah orang mempunyai kelebihan harta dari keperluan asasnya. Sedikitnya satu sha’ gandum, kurma atau beras dan makanan orang yang wajib nafkah baginya pada hari dan malam hari raya. Kelebihan itu tidak termasuk rumah, perabot rumah tangganya dan keperluan pokok lainnya.
Disamping harus mengeluarkan untuk dirinya sendiri, orang yang berzakat juga harus mengeluarkan untuk isteri dan anaknya yang masih kecil dan tidak punya harta. Adapun anak-anaknya yang sudah dewasa, menurut Mazhab Hanafi dan Malik, muzakki (pemberi zakat) tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah atas nama mereka, sekalipun mereka masih menjadi tanggungannya dan belum bekerja. Sebab setelah akil baligh, seorang ayah tidak memiliki kekuasaan sama sekali atas mereka. Sementara Mazhab Syafi’i dan Hambali menyebut bahawa ayah tetap wajib memberikan zakat fitrah atas nama mereka jika mereka belum mampu menafkahi dirinya kerana belum bekerja.
BILA MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH?
Ehwal perintah menunaikan zakat fitrah ia berkaitan erat dengan Aidilfitri. Hanya saja tentang batasan waktu wajib, seperti biasa para ulama berbeza pendapat. Menurut jumhur ulama, waktu wajib untuk membayarkan zakat fitrah adalah sejak terbenamnya matahari di akhir bulan Ramadan, kerana waktu itulah yang disebut dengan waktu fitrah (berbuka). Oleh kerananya, yang meninggal setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.
Adapun mendahulukan pembayaran fitrah dan waktu wajibnya, menurut Mazhab Syafi ‘i dibolehkan sejak awal bulan Ramadan Sedang Mazhab Maliki dan Hambali, hanya dibolehkan sekurang-kurang tiga hari sebelum Aidilfitri. Sementara menunda pembayarannya, menurut Syafi’i dan Hambali, tidak dibolehkan tanpa uzur, bahkan mereka mengharamkannya.
Ada satu hadis Ibnu Abbas r.a yang menyebutkan, “Telah diwajibkan oleh Rasulullah s.aw zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang puasa dari perbuatan sia-sia dan ucapan kotor dan memberi makan bagi orang-orang miskin. Barang siapa yang memberikannya sebelum solat Aidilfitri, maka zakat itu diterima. Dan barang siapa yang memberikan sesudah solat Aidilfitri, zakat itu sebagai sedekah biasa.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Berbeza dengan pendapat di atas, ulama Mazhab Hanafi mempunyai pandangan lain. Mereka berhujah bahawa waktu wajib membayar zakat fitrah adalah sejak terbitnya matahari pada Aidilfitri, kerana zakat fitrah ibadah yang berhubungan dengan fitrah. Keterkaitan ini mempunyai makna khusus yang menunjukkan waktu pembayarannya. BiIa seseorang meninggal sebelum terbit matahari pada Aidilfitri, ia tidak wajib membayai zakat, namun bila seseorang membayar zakat fitrahnya pada awal bulan Ramadan atau sebelumnya hukumnya boleh.
Di samping itu, Mazhab Hanafi juga membolehkan penundaan membayar zakat fitrah setelah solat Aidiltitri, kerana di dalam zakat fitrah terdapat makan tolong-menolong. Oleb kerana itu, menurut mereka keterlambatan membayar zakat fitrah tidak dapat mengugurkan kewajiban untuk membayarnya.
Adapun mengenai bayi yang lahir sebelum terbenam matahari, ulama sepakat, wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya dan yang yang meninggal sebelum matahari terhenam, tidak wajib zakat.
Bagi kita, polemik di atas tidak perlu terlalu dipersoalkan. Masing-masing punya landasan yang kuat. Tinggal kecenderungan kita mengikuti ulama yang kita anggap ijtihadnya paling rasional dan logik. Itu saja.
SIAPAKAN YANG BERHAK DAN TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT FITRAH
Kerana zakat fitrah termasuk kategori zakat, maka tidak boleh menyerahkan kepada orang yang dilarang menerima zakat harta seperti :
- orang kafir yang menentang Islam
- orang murtad fasik yang merosak Islam dengan kefasikannya
- orang kaya baik dengan harta mahupun dengan usahanya
- penganggur yang sanggup berusaha tapi tidak mahu berusaha
- ibu bapa, anak mahupun isteri. Menyerahkan kepada ibu bapa, anak mahupun isteri sendiri, maka sama dengan menyerahkan kepada dirinya sendiri.
Kalau zakat mal, sebagaimana kita ketahui dan kesepakatan para ulama, sasarannya sudah jelas ditujukan kepada asnaf (golongan) yang lapan, tidak demikian halnya dengan zakat fitrah. Setidaknya ada tiga pendapat yang mengiringi tentang siapakah yang paling berhak untuk menerima zakat fitrah ini :
- Pendapat pertama, wajib menyerah zakat fitrah kepada golongan yang berhak menerima zakat, iaitu sebagaimana dinyatakan dalam surat at-Taubah: 60. Pendapat ini dikeluarkan oleh Mazhab Syafi’i.
- Pendapat kedua, boleh diherikan kepada asnaf lapan namun memperutamakan kepada golongan fakir. Ibnu Qayyim mengatakan, pengkhususan zakat fitrah bagi orang-orang miskin saja merupakan hadiah dari Nabi s.a.w. Nabi tidak pernah membagikan zakat fitrah sedikit-sedikit kepada golongan lapan, tidak pernah pula menyuruhnya, tidak dilakukan oleh seorang pun dari para sahabat dan orang-orang sesudahnya. Pendapat ini lebih kuat dibandingkan dengan pendapat yang mewajibkan pembagian zakat fitrah pada asnaf lapan.
- Pendapat terakhir, mewajibkan kekhususan kepada orang-orang fakir saja. Pendapat ini dari kelompok Mazhab Maliki. Mereka menyatakan, sesungguhnya zakat fitrah itu hanya boleh diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Tidak kepada petugas zakat, tidak pada orang mualaf, tidak dalam membebaskan perhambaan tidak pada orang yang berhutang, tidak untuk orang yang berperang dan tidak pula untuk ibnu sabil yang kehabisan bekal untuk pulang, bahkan tidak diberi kecuali dengan sifat fakir.
berkurang jumlahnya.
Mudah-mudahan ulasan singkat tentang zakat fitrah ini semakin membukakan mata hati kita untuk selalu peduli terhadap mereka yang hidup susah dan menderita.
Untuk berbuat baik kepada sesamanya, kita boleh melakukan bila-bila saja, tidak perlu harus menunggu saatnya wajib berzakat tiba.
( Sumber : Majalah Hidayah )
0 ulasan:
Catat Ulasan