Apakah itu blog? Apakah bezanya antara blog dan laman web? Sebenarnya, blog juga salah satu jenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma sasaran dan rupanya sahaja berbeza. Blog mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, terdapat juga blog foto, vblog, podcast dan banyak lagi. Blog juga dikategorikan mengikut tajuk tertentu seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini den sebagainya. Antara jutaan blog di internet blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Blog kini semakin popular dan trend semasa anda hendaklah mempunyai blog. Kenapa anda perlukan blog? Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.
- EMOSI
Hidup di bandaraya besar seperti
- EKONOMI
Zaman sekarang, di mana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebek dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda flkir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ahli perniagaan. Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya anda boleh bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari semasa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, anda juga boleh menjual blog kepada sesiapa yang berminat pada harga yang tinggi (sudah tentu bukan blog peribadi anda).
Lebih baik lagi, jika anda sudah begitu profesional dalam dunia blog, mungkin anda boleh mempertimbangkan menjadi ProBlogger. Jangan terperanjat kerana ProBlogger ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan. Percayalah!
- DIARI
Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum perempuan. Tetapi lelaki juga ada yang mempunyai diari. Kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu? Sudah tentu sukar bukan. Nah inilah masanya Blog memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatatkan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas di dalam blog saya.
Oh Ya! apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah. Blog menjadi public diari, bermaksud boleh dibaca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private), yang memenlukan kata laluan sebelum boleh dibaca. Seperti mana kertas dan buku, komputer dan papan kekunci sudah semakin lazim dengan hidup kita. Atas sebab ini jugalah tiada keraguan bahawa blog boleh dijadikan diari terkini yang mudah dan moden.
- BENCHMARK
Blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu kayu pengukur (benchmark) tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik? Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita dulu atau tiga tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti beberapa tahun dahulu, eloklah kita buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, bersyukurlah! Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.
- PORTFOLIO
Sesetengah Blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat atau hobi mereka. Contohnya, seorang pereka grafik akan menghantar pos Artwork terkini atau kerja-kerja bebas. Seseorang yang bekerja dalam bidang penulisan mungkin akan pos sajak atau puisi, manakala arkitek muda pula bercerita di dalam posnya tentang bangunan terkini yang sedang direkabentuk beserta serba sedikit gambar lukisannya.
Katakan, pada suatu hari sebuah syarikat memerluken pekerja dengan segera dan menawarkan gaji yang lumayan. Lalu diiklanken di
- KENALAN
Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belejar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai, Blog!. Kita buat satu pos di dalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan menarik yang pernah berlaku ketika itu. Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib kita yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog kita melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama egroup kita semasa belajar. Alangkah seronoknya! Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain, dan diberikan komen. Maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.
- KOMUNIKASI
Percayakah anda, dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan sesuatu isu semasa. Mereka akan menulis pendapat mereka di blog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. Ia sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis mereka. Seterusnya seperti biasa, pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda, lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis. Menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengen hujah-hujah dapat menguatkan keyakinan diri.
Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak dikenali (anonymous). Disini bukan sahaja kita diuji membalas komen dengan hujahan yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-lahan tanpa kita sedar, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.
- MINAT
Minat atau bakat boleh disalurkan ke blog. Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, video dan apa jua sekali pun, tulislah di blog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa membacanya dari minat dan bakat anda terbiar begitu saja. Blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadangkala tidak dapat ditempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekali pun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri. Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka. Rakamkan, kemudian upload di blog anda, biarkan orang lain menikmati melodi yang anda hasilkan.
- MENIJUAL DIRl
Oh tidak!!! Jangan salah sangka!!! Menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri. Menjual diri disini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda, kepekaan anda, kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapat kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan. Terlalu banyak peluang yang boleh direbut. Mulakan hari ini.
- ILMU
Bukan niat untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda blog. Seorang doktor akan mengepos tentang tips-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang paker sistem komputer pula blog tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips- tips komputer, juga cara-cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku.
Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang-orang tidak brntanggungjawab mencuri intelektual Properties di blognya. Seorang novelis tersohor pula berkongsi ilmu cara-cara bagaimana mahu menulis novel.
Itu hanya 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh jadi lebih daripada itu. Maka, tiada ruginya anda blog. Mulakannya hari ini!
(Sumber : Majalah PC Februarui 2008)
Nota penulis : Itulah sebabnya saya membuat blog.
0 ulasan:
Catat Ulasan