Custom Search

Sabtu, Ogos 23, 2008

Yahoo! Autos

 2008 Honda Civic Hybrid
2008 Honda Civic Hybrid

Jika anda seorang peminat kereta boleh buat rujukan mengenai apa saja mengenai kereta seperti kereta keluaran terkini, insuran, jual beli kereta terpakai, perbandingan harga, auto show, artikel mengenai perbincangan teknologi kereta masa depan. Anda boleh rujuk sendiri di Yahoo! Autos, semuanya ada disana.

Sungguhpun ia mengenai perkembangan kereta di luar negara dan tak mungkin sama dengan apa yang ada di dalam negara kita, namun maklumat-maklumat di situ sangat penting untuk membuka minda kita dan membuat perbandingan serta penilaian terhadap industri permotoran dan perkembangan teknologi pengangkutan di negara ini. Ia menjadi tanda aras kepada setiap pengguna kenderaan dan sistem pengangkutan di negara ini sama ada patut ke tak patut jika ada apa-apa seruan yang diwar-warkan oleh pihak yang berkenaan. Maklumat ini menjadikan kita pengguna yang bijak.

Sebagai contoh, apakah patut kita sebagai pengguna membeli kereta elektrik sedangkan prasarananya tak cukup. Apakah wajar usaha pembinaan laluan ERT terdahulu dibatalkan sekiranya masa depan berkaitan kos bahan api dan jalan raya yang semakin sesak menggugat keselesaan dan kemampuan pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Sedangkan di US, pakar-pakar teknologi pengangkutan mereka sejak tahun 1990-an telah pun memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan krisis petroleum yang semakin berkurang dan pastinya harganya akan terus meningkat. Apakah kelebihan kereta hybrid berbanding kereta biasa, bagaimana ia berfungsi dan apakah kereta hybrid ini sesuai digunakan oleh kita dan apakah masa depannya.

PROTON

PERODUA
Click on the car to get into the showroom

Banyak persoalan-persoalan akan timbul jika minda kita terbuka, dan kita akan mencari jawapannya agar terdapat penyelesaian yang sewajarnya dalam menghadapi masa depan yang semakin mencabar berkaitan pengangkutan yang kita gunakan setiap hari. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat negara ini kita perlu menyokong usaha pembangunan dan peningkatan teknologi kereta tempatan. Tiada gunanya kita membanggakan keupayaan orang luar kerana di mana bumi kita pijak disitulah langit dijunjung, hujan emas di tempat orang lebih baik tempat sendiri. Namun, kepakaran tempatan perlu berusaha melakukan sesuatu agar tidak terus ketinggalan.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template