Apakah maklumat peribadi anda selamat? Maklumat peribadi tidak hanya terbatas kepada nombor-nombor akaun atau nombor pin tetapi juga termasuk fail-fail penting yang dianggap sulit sama ada dalam bentuk imej JPEG, WORDS, EXCEL, POWERPOINT atau apa saja. Maklumat-maklumat sebegini kebanyakan kita menyimpan atau save ia dalam folder di dalam komputer kita dan ada juga yang menggunakan komputer yang dikongsi bersama dengan orang lain. Keadaan ini kerap terjadi bahkan saya sendiri tanpa disengajakan apabila hendak mencari fail-fail tertentu di dalam komputer 'awam' terbuka fail-fail yang mengandungi maklumat-maklumat peribadi seseorang. Jika maklumat penting ini jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab sudah tentu rahsia kita akan terdedah dan maklumat-maklumat ini dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab itu.
Ada juga yang menyimpan maklumat-maklumat peribadi mereka ke dalam thumb drives atau handy drives. Kadang-kadang akibat kelalaian kita, thumb drives berkenaan tercicir dan hilang lalu dijumpai oleh orang lain. Bayangkan di dalam thumb drives tersebut tersimpan banyak maklumat bukan saja maklumat yang biasa-biasa seperti koleksi mp3 bahkan bercampur baur dengan makumat-maklumat sulit peribadi kita. Itu jika handy drives yang hilang, bagaimana pula kalau dengan komputer riba kita sekali yang hilang misalnya dicuri akibat kelalaian kita meninggalkan komputer peribadi di tempat yang dengan pantas saja orang yang tak bertanggungjawab mencurinya. Dan di dalam komputer riba itu banyak maklumat-maklumat sulit. Komputer kini merupakan barang yang berharga dan antara peralatan yang dicari-cari oleh pencuri yang hendak mendapatkannya.
Justeru itu, sebelum apa-apa berlaku alangkah baiknya kita mempersiapkan diri dengan keperluan-keperluan untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi kita dari dilihat tanpa sengaja dan diambil oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab yang hendak membuli kita sekiranya maklumat sulit kita jatuh ke tangan mereka.
Folder Encryption merupakan freeware yang mudah digunakan tetapi cukup berkesan untuk melindungi maklumat anda, setelah download failnya ia boleh di copy pada mana-mana storan mudah alih anda selagi ia belum dikunci atau digunakan bagi mengunci maklumat anda. Anda boleh himpunkan apa saja bentuk fail dalam satu folder kemudian copy folder encryption di dalam folder berkenaan, seterusnya menetapkan kata kunci pada folder encryption tersebut. Segala fail anda tadi akan disimpan dalam folder encryption dan tiada lagi fail-fail yang ditunjukkan dalam folder biasa. Bagi mengeluarkan fail-fail yang disimpan dalam folder encryption tersebut hanya klik sekali dan masukan password anda.
Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi kesedaran kepada anda tentang kepentingan melindungi maklumat-maklumat yang dikategorikan sebagai SULIT dan RAHSIA yang disimpan melalui storan-storan mudah alih atau komputer yang turut digunakan oleh orang lain.
Selamat mencuba.
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
-
Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak
terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang
berbeza d...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan