Custom Search

Ahad, Ogos 10, 2008

P'juangan M'budayakan Ilmu

Perjuangan Membudayakan Ilmu

Agama Islam sememangnya menghargai dan mementingkan ilmu pengetahuan sama ada ilmu-ilmu dunia mahupun akhirat. Keutamaan dan kelebihan menuntut ilmu pengetahuan tergambar dalam dialog antara syaidina Ali bin Abu Talib dengan golongan kaum Khawarij yang dating menguji kehebatan ilmunya. Gambaran ini dan penjelasan syaidina Ali bin Abu Talib itu diperturunkan seperti berikuy untuk bahan pemikiran dan renungan kita bersama.

Sebenarnya menurut catatan sejarah, sewaktu berhadapan dengan sepuluh orang ahli-ahli ilmu pengetahuan kaum Khawarij itu, slah seorang mengemukakan pertanyaan, “Apakah yang lebih ya Ali, ilmu pengetahuankah atau harta kekayaankah, dan apa pula sebabnya? Berilah kami jawapan masing-masing satu demi satu”.

Seperti yang diriwayatkan oleh kebanyakan ahli sejarah Islam yang menulis tentang biografi syaidina Ali bin Abu Talib, disebabkan yang bertanya itu sepuluh orang, maka Ali Abu Talib menjawab pertanyaan mereka sepuluh jawapan, katanya :

  1. Ilmu pengetahuan adalah warisan nabi-nabi, sedangkan harta kekayaan adalah peninggalan Qarun dan Firaun. Berkenaan dengan itu, tentu ilmu lebih baik daripada harta.
  2. Kita harus menjaga harta dari pencurinya dan lain-lain, sedangkan ilmu, dialah yang menjaga kita, kerana ilmu lebih baik daripada harta.
  3. Harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurang, sedangkan ilmu kalau diberikan (diajarkan) bertambah banyak, sekurang-kurangnya bertambah matang di otak kita (fikiran). Drai itu ilmu lebih baik daripada harta.
  4. Orang-orang yang berharta (kaya) mempunyai musush, tetapi orang alim (berpengetahuan) banya mempunyai kawan dan teman. Justeru kerana itu ilmu lebih baik daripada harta.
  5. orang alim tentu saja akan menjadi mulia, sedangkan orang kaya ada kemungkinan menjadi sekurang-kurangnya dicap bakhil atau mendatangkan melarat. Oleh sebab itu ilmu lebih baik daripada harta.
  6. harta kekayaan dapat dicuri orang, sedangkan ilmu pengetahuan tidak dapat dicuri, oleh sebab itulah ilmu pengetahuan lebih baik daripada harta kekayaan.
  7. ilmu pengetahuan tidak akan habis-habis dan lenyap oleh kerana waktu, tetapi kekayaan dapat habis dan lenyap kerana peredaran masa. Oleh sebab itu pengetahuan lebih baik daripada harta kekayaan.
  8. ilmu pengetahuan tiada ada hingga (batasnya), sedangkan harta kekayaan ada batasnya dan hingganya dan dapat diadakan perhitungan atasnya. Oleh sebab itu pengetahuan lebih baik daripada kekayaan.
  9. ilmu pengetahuan itu memberi sinar kepada jiwa kita, sedangkan kekayaan besar kemungkinan dapat menggelapkannya (hati). Oleh itu ilmu pengetahuan lebih baik daripada harta kekayaan.
  10. ilmu pengetahuan adalah lebih baik, kerana pengetahuan yang ada pada nabilah yang menggerakkannya berkata terhadap Allah s.w.t, “Kami berbakti dan taat kepada Mu, kerana kami adalah hamba Allah”. Sedangkan sebaliknya harta kekayaan yang ada pada Qarun atau Firaun, mahupun Namrud yang begitu angkuhnya, mengingkari Tuhan yang menjadikannya.
Kesimpulannya, menuntut ilmu pengetahuan yang mendatangkan manfaat sama ada untuk kehidupan dunia apalagi akhirat memang amat dituntut oleh agama Islam ke atas sekalian umatnya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi wajar disebarluaskan kepada masyarakat dalam semua cara agar seluruh masyarakat merasakan nikmat dan kurniaan Allah itu.

Image Hosted by ImageShack.us
Editor : Semoga kita mendapat iktibar darinya.

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template