Rancang Lawatan Anda Dengan Google Maps
Biasanya kita bila hendak melancong ke mana-mana lokasi sama ada di dalam atau luar negara akan merujuk buku panduan pelancongan maupun ke pusat-pusat informasi pelancongan sesebuah tempat itu. Bila kita menginap di hotel akan terdapat buku-buku panduan atau peta tempat-tempat menarik yang boleh kita gunakan untuk mengetahui sesuatu tempat itu. Cara sebegini sememangnya dapat membantu namun ada juga kekurangannya. Dengan peningkatan teknologi telefon bimbit kepada pelayaran sistem GPS, dapat memudahkan pencarian sesuatu tempat dan panduan tunjuk arah dari lokasi semasa tempat kita berada.
Di sini saya akan perkenalkan satu cara lain untuk merancang lawatan. Iaitu dengan menggunakan Google Maps. Kalau di dalam lampiran kertas peta tidak menunjukkan secara keseluruhan sesuatu tempat itu tetapi dengan google maps penggunaan butang 'zoom in', 'map view', 'satellite view' dan 'hibrid view' akan menunjukkan dari satu gambaran keseluruhan sesuatu negara, kemudian zoom in ke negeri-negeri tertentu seterusnya ke sesebuah bandar. Pencarian tempat yang hendak dtuju dapat dilakukan dengan terus melakukan zoom in. Penukaran view peta kepada view satellite membolehkan kita melihat gambaran sebenar dari pandangan atas sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi tingkap pesawat atau kapal tebang.
Kebanyakan tempat-tempat utama seperti pusat bandar dan pelancongan melalui Google Maps boleh di 'zoom in' sehingga 90% dan definisi lokasi peta di kemaskini tidak kurang dari satu tahun. Sebagai contoh lihat imej peta bandar Mukah di bawah :
Dengan google maps ini kita dapat membayangkan gambaran laluan peta yang hendak dituju dan rupa bentuk bangunan-bangunan yang terdapat di sekitarnya. Dengan teknologi internet wayarless yang perkhidmatannya kini disokong oleh kebanyakan rangkaian telefon selular seperti Celcom Broadband, Maxis 3G atau mana-mana perkhidmatan wayarless yang menyediakan kemudahan hotspot bolehlah kita bawa bersama-sama komputer riba terutama yang mudah dibawa berukuran skrin 8-12 inci.
Perancangan lawatan telah pun dibuat seawal di rumah lagi dan semasa lawatan pun kita masih lagi boleh menyemak semula perancangan tersebut, apatah lagi akses internet kini lebih mudah diperolehi dengan perkhidmatan percuma di hotel-hotel ternama. Terpulang kepada diri sendiri bagaimana hendak merancang perjalanan lawatan berdasarkan peta-peta interaktif yang lebih realistik menggunakan google maps menerusi komputer riba anda.
Kalau pun tempat yang dituju itu tiada akses internet untuk online google maps, page peta lokasi berkenaan yang kita jejak di rumah sebelum melawat juga boleh di Save As ke dalam komputer untuk rujukan dan panduan sewaktu offline. Inilah antara kemudahan teknologi komunikasi yang memberi manfaat kepada perancangan perjalanan kita disamping maklumat laporan cuaca online bagi lokasi-lokasi di mana kita akan berada.
Sebenarnya ada banyak lagi kemudahan untuk rancangan perjalanan, misalnya di Amerika Syarikat dan Eropah penggunaan kamera CCTV bagi lokasi-lokasi penting untuk pemandu dan pengembara yang boleh diakses secara online menerusi internet. Memberikan maklumat semasa tentang keadaan di lokasi-lokasi berkenaan. Pada asalnya ia adalah untuk kegunaan pasukan keselamatan dan pengawalan lalulintas. Namun, penggunaannya dibuka dan diperluaskan kepada orang awam bagi membantu mengurangkan kesesakan sekiranya maklumat semasa keadaan di lokasi tersebut dihebahkan kepada pengguna lalulintas. Supaya mereka boleh mengambil jalan alternatif untuk tidak melalui jalan yang sesak.
0 ulasan:
Catat Ulasan