Mengapa Orang Melayari Internet
Dari kajian yang dibuat sendiri, kebanyakan pengunjung yang menggunakan enjin carian menaip perkataan berkaitan isu-isu semasa dan maklumat yang bersifat ilmiah. Hanya suku saja pengunjung yang melawat daripada website atau blog-blog yang kita sendiri menjemput atau meninggalkan jejak supaya berkunjung ke blog kita. Itu pun mereka hanya singgah sebentar saja berbanding dengan pengunjung yang benar-benar hendak mencari maklumat berfaedah akan lebih lama berada di dalam blog kita.
Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai peringkat dan latar belakang. Ada yang sudah bekerja dan ada yang masih menuntut di sekolah ataupun universiti. Bagi yang sudah bekerja atau mempunyai profesion sendiri, dapat diketahui melalui perkataan yang digunakan dalam enjin carian. Perkataan lebih bersifat umum, berkaitan isu semasa dan cenderung untuk menggunakan internet sebagai satu cara mendapatkan sumber pendapatan sampingan. Berbeza dengan penuntut sekolah dan universiti, perkataan yang digunakan lebih kepada pelajaran dan pendidikan seperti sejarah, simbol jalan raya, tentang jerman dan sebagainya.
Daripada sifat-sifat pelayar internet inilah maka pemilik blog perlu menggunakan kebijaksanaan mereka bagaimana hendak menarik lebih ramai pengunjung dan merancakkan laluan traffik pelawat ke laman blog masing-masing. Ada sesetengah pemilik blog menggunakan tema download mp3 lagu-lagu terkini dan respon pelawat boleh diketahui melalui widget box chat dimana begitu ramai yang berkunjung meninggalkan pesanan-pesanan atau pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan.
Editor : Apa pandangan anda...?
0 ulasan:
Catat Ulasan