Custom Search

Khamis, Ogos 21, 2008

Sejarah Hotmail

Hanya dengan merekacipta program komputer dan internet seseorang itu boleh menjadi jutawan. Melihat potensi dan sambutan yang menggalakkan terhadap sesuatu rekaan program yang kita buat, syarikat komputer dan internet gergasi dunia sanggup menawarkan harga berjuta-juta dolar untuk membeli program komputer atau internet yang kita buat. Itulah yang telah dilakukan oleh Sabeer Bhatiar. Dengan memiliki idea disertai ilmu pengetahuan, beliau mampu mencipta kelainan. Ikuti kisah Bhatiar yang lebih dikenali sebagai Mr. Hotmail kerana dialah pengasas email Hotmail yang kita gunakan hari ini. Semoga dengan artikel ini kita yang mempunyai ilmu perkomputeran boleh menghasilkan kelainan idea yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Selain Hotmail, Yahoo dan Youtube telah membuktikan bahawa sesuatu idea itu boleh menjadikan seseorang itu jutawan. Youtube telah dibeli Google pada 2005 manakala Yahoo cuba dibeli oleh Microsoft pada awal tahun 2008 namun pemiliknya melihat potensi yang lebih besar terhadap masa depan Yahoo.

Mr. Hotmail Gugat Kehebatan Microsoft


Apa yang selama ini diimpikan setiap usahawan di Silicon Valley, sudahpun menjadi milik Sabeer Bhatiar, anak kelahiran India, 25 tahun. Bill Gates, pemilik Microsoft berhasrat membeli syarikatnya, Hotmail. Bhatiar diundang ke Redmond, Washington berbincang dengan jururunding Bill Gates. Microsoft menawarkan USD160 juta. Bhatiar menolak, dan memberitahu orang kanan Gates dia akan datang lagi untuk berunding.

18 bulan kemudian Bhatiar menempatkan dirinya sebagai seorang jutawan di San Francisco. Dia memiliki beberapa buah kereta, di antaranya Ferrari Spyder dan Porsche Boxer. Dia juga memiliki pangsapuri mewah bernilai USD2 juta di Pacific Height. Apabila tingkap pangsapuri dibuka, kelihatan jambatan Golden Gate dan di kejauhannya terlihat Lautan Pasifik yang terbentang luas. “Inilah keadaan saya” kata Bhatiar. “Pangsapuri ini dibeli kerana pemandangan yang terdapat di sekitarnya".

Sebuah kediaman yang menyediakan pemandangan yang menarik buat seorang lelaki bervisi seperti Bhatiar. Sebulan selepas rundingan pertama dengan Microsoft, Microsoft akhirnya bersetuju membayar kepadanya USD400 juta sebagai permulaan. Kini, Hotmail perkhidmatan email berpangkalan Web yang terkemuka itu boleh berbangga kerana memiliki lebih 50 juta orang pelanggan, satu pertiga pengguna Internet. Bhatiar yang secara peribadi bernilai USD200 juta, kini melaksanakan usaha berikutnya, untuk menghasilkan one-click e-commerce venture yang dipanggil Arzoo.

Bhatiar dilahirkan dan dibesarkan di Bangalore, sebuah bandar di selatan India. Bapanya pegawai berjawatan tinggi Kementerian Pertahanan. Manakala ibunya pegawai kanan bank. Seperti kebanyakan keluarga India, ibu bapanya mengharapkan suatu hari nanti Bhatiar menjadi eksekutif berjawatan tinggi dan bekerja dengan syarikat besar. Namun bagi Bhatiar, beliau memiliki pandangan berbeza.

Sikap keusahawanan dalam dirinya terserlah sejak di bangku sekolah lagi. Beliau pernah merancang membuka kedai sandwich berdekatan sebuah kolej yang baru dibuka di tempatnya. Namun ia dihalang ibunya. Ibunya mahu dia memberi lebih tumpuan kepada pelajaran. “Barangkali ibu lebih tahu apa yang Iebih baik” menurutnya.

Pada 1988, Bhatiar mendapat biasiswa penuh melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi California. Mulanya, Bhatiar merasakan ia satu kesilapan. Terasa begitu asing berada di perantauan. Semuanya didapati berbeza, keseorangan. Sepuluh tahun kemudian, wajah keasingan itu masih boleh ditemui pada dirinya. Namun Bhatiar selesa dengan kejayaan yang dicapainya dan tidak pula ditakluki kemewahan.

Ada orang menyifatkan Bhatiar insan luar biasa. Tetapi baginya, dia hanya manusia biasa. Cu- ma kini beliau mampu berada sebaris dengan pakar-pakar komputer ternama Silicon Valley yang pernah dipujanya. Sewaktu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang
sains di Stanford, Bhatiar mengikuti kuliah yang disampaikan lagenda komputer seperti Steve Jobs dari Apple, Scott McNealy dan Vinod Khosla dari Sun Microsystems. Bhatiar mendapati mereka adalah manusia biasa, tetapi mengecapi kejayaan luar biasa. Lalu beliau terfikir bahawa apa yang telah mereka lakukan, dia luga boleh melakukannya.

Selepas tamat pengajian di Stanford. Bhatiar menjadi jurutera perkakasan di Apple selama sembilan bulan. Dalam tempoh itu beliau terbaca kisah seorang lelaki boleh menjadi jutawan dengan hanya menjual kacang. Bhatiar terfikir, apakah yang boleh beliau lakukan untuk memperolehi sesuatu dari Net? Kemudian beliau mendapat satu ilham dan ia dinamakan Javasoft — satu kaedah menggunakan Web untuk mencipta pangkalan data persendirian di mana pelayar Net boleh menyimpan jadual, gambar keluarga, senarai apa yang ingin dilakukan dan sebagainya. Ilham itu dipersembahkan kepada rakan sekerjanya dan kemudian mereka pun mula mengusahakannya.

Sewaktu mengusahakan Javasoft, mereka terfikir mengapa tidak ditambah email ke dalam Javasoft? Sekiranya ditambah, Javasoft membolehkan pengguna mencapai email dari mana-mana komputer. Ia sesuatu yang baru, yang selama ini belum pernah difikirkan sesiapa. Bhatiar dapat melihat betapa besar potensinya. Beliau panik, bimbang kalau-kalau ilham ini dicuri orang lain. Beliau segera melakarkan satu pelan perniagaan. Kemudian beliau menyenaraikan semua jenis mail yang ada, Speedmail, Hypermail, Supermail. Dia menyimpulkan adalah lebih sempurna jika semua itu dirangkumkan menjadi Hotmail, yang turut memuatkan surat-surat HTML— bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menulis halaman-halaman Web.

Bhatiar hanya memiliki USD6,000 dan perlu mencari pelabur. Maka, dia meredah setiap pelosok San Francisco, menemui setiap syarikat Internet. Namun terlalu sukar untuk mendapatkan pelabur. Mereka sangsi dengan apa yang dikemukakannya. Bagaimanapun segala kesulitan itu lenyap sebaik sahaja bertemu usahawan Draper Fisher Juvetson.

Juvetson dan rakan-rakannya segera melihat potensi apa yang dikemukakan Bhatiar. Mereka sanggup melabur sebanyak USD300,000. Pada 4 Julai 1996 Hotmail dilancarkan. Setahun kemudian sejuta pelayar Internet menjadi pelanggannya. Selepas 12 bulan dirisik Microsoft, Hotmail memiliki hampir 10 juta pelanggan. Bhatiar tidak tahu bagaimana untuk menjual sebuah syarikat berpotensi seperti Hotmail. Beliau cuma tahu bagaimana cara membeli bawang.

Berunding. Itulah yang dipelajarinya di India. Jadi, apabila Microsoft menawarkan USD160 juta kepadanya, beliau meletakkan USD700 juta dolar. Berlaku tawar menawar dan pada penghujungnya ia dijual dengan harga USD400 juta. Pada hari ini. Hotmail menerima lebih daripada 250 ribu orang pelanggan baru setiap hari dan syarikat itu dikatakan bernilai lebih USD6 bilion.

Hotmail dilancarkan di Fremont Bussiness Park, bukannya di Silicon Valley. Freemont Business Park adalah kawasan bangunan rendah. Dan di sini, Bhatiar bercadang melancarkan produknya yang kedua, Arzoo yang beliau jangka akan merubah Internet. Hotmail menjadi salah satu cerita kejayaan yang terbesar dalam Internet tetapi menurut Bhatiar, Arzoo yang bermakna “keghairahan” dalam bahasa Hindi, bakal menjadi dua kali ganda lebih besar daripada itu.
Bhatiar tidak menolak kemungkinan akan berlaku kegagalan. Namun menurutnya, apa yang menarik ialah cuba untuk mengetahuinya. Selain Arzoo, Bhatiar turut mempunyai beberapa projek lain yang menunggu giliran untuk dilaksanakan, sekiranya Arzoo berjaya.

Meskipun selesa berada di perantauan, lelaki muda kelahiran Bangalore ini tidak pernah melupakan India. Bahkan beliau merancang memajukan penggunaan Internet di India. Baginya India bersedia mengalami ledakan Internet dan teknologi maklumat. Beliau bencadang membina laluan informasi dari London ke Bombay melalui sejenis alat yang dihubungkan tv. Alat itu nanti akan dijual dengan harga murah, yang membolehkan pengguna membuka pintu gerbang Internet.

( Sumber : Wasilah Disember 1999 )

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template