Custom Search

Jumaat, Ogos 01, 2008

Punca Kelemahan Organisasi

Berikut adalah senarai punca kelemahan sesebuah organisasi untuk berjaya :
  1. Tiada insentif untuk mereka yang bekerja kuat. Malah suasana langsung tidak menggalakkan yang cergas menonjolkan inisiatif.
  2. Tidak ada apa-apa tindakan diambil ke atas sesiapa yang membuat kesilapan dan kesalahan, termasuk yang terang-terang melanggar peraturan dan disiplin, semuanya 'disorak dan disapu' ke bawah tikar.
  3. Tidak menggalakkan anggota yang ahli menonjol dan menyumbang sepenuhnya keahlian untuk dimanfaatkan oleh organisasi. Malahan ahli kerap ditekan dan dipulau sehingga akhirnya memilih untuk tunduk kepada tekanan budaya dominan.
  4. Tiada budaya prestasi (performance culture). Kenaikan pangkat umpanya akan lebih berdasar kepada kekuatan mengipas dan bukan atas hak merit.
  5. Tidak menggalakkan pengejaran ilmu pengetahuan, jauh sekali menguasai ketrampilan, teknik atau teknologi baru.
(Sumber : Majalah Al-Islam Ogos 2008)

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template