Custom Search

Rabu, Ogos 20, 2008

Politeknik Mukah

Gambaran Politeknik Mukah, Sarawak

Pandangan imej seperti dari pesawat udara
Pandangan imej satelit 90% zoom in
Bangunan PentadbiranJabatan Kejuruteraan AwamKampus Siswa
Kampus Siswa
Sebelum ini saya ada membuat artikel berkenaan merancang lawatan dengan google map. Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk mengecam sesuatu tempat yang diperhatikan menerusi google map berdasarkan gambar yang kita ada berkenaan tempat-tempat tersebut. Hanya dengan gambar sebenar saja kita boleh tentukan bahawa bangunan yang dilihat dari imej satelit adalah merupakan bangunan dalam gambar tersebut dan dengan pandangan dari atas laluan-laluan jalan menuju ke lokasi berkenaan dapat dikenalpasti.

Sebagai contoh gambar-gambar di atas adalah merupakan bangunan yang terdapat di Politeknik Mukah. Saya hanya sekali saja masuk ke kawasan dalaman Politeknik ini itupun sebab urusan rasmi tapi saya tidak berkesempatan untuk melawat semua tempat dan mengecam kedudukan setiap bangunan jabatan akademik. Tetapi dengan google map saya boleh jejaki laluan jalan raya bemula dari lapangan terbang atau pusat bandar Mukah ke Politeknik.

Dengan adanya beberapa gambar bangunan Politeknik, saya boleh cam rupa bentuk bangunan yang dilihat menggunakan google map. Misalnya bangunan pentadbiran bumbungnya bulat dan di hadapan bangunannya terdapat jalan simpang dua. Maka ini akan membezakan antara bumbung bulat masjid dengan bumbung bulat bangunan pentadbiran. Sementara untuk mengecam bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam, nampak macam sukar tetapi dengan melihat laluan jalan serta bentuk selekoh jalan menuju ke bangunan itu, maka lokasinya adalah pada kedudukan baris kedua bangunan berbentuk 'U' dari atas sebelah kiri di dalam peta. Bangunan kamsis pula berkedudukan di tenggara peta. Jadi, bagi bakal-bakal pelajar Politeknik Mukah yang datang dari luar maka beginilah caranya untuk mengenali kedudukan tempat baru anda untuk menuntut ilmu.

Bukan untuk mengenali Politeknik Mukah saja tapi juga mana-mana tempat sekalipun, yang penting mesti mempunyai gambar bangunan sebenar supaya proses pengecaman dapat dilakukan. Apa yang penting adalah laluan menuju ke tempat tersebut dan kedudukannya di dalam peta dari pusat-pusat bandar atau lapangan terbang. Teknik pengecaman rekabentuk bangunan dan kedudukannya ini biasa dilakukan oleh pihak tentera. Perisikan mereka akan menentukan lokasi-lokasi yang dikesan menerusi satelit misalnya loji nuklear. Loji nuklear Iran misalnya, perisikan Amerika boleh tahu bahawa bangunan yang ditangkap dari imej satelit itu loji nuklear kerana mereka tahu bagaimana rupa bentuk sebenar sebuah loji nuklear. Kerana itu pihak Amerika yakin Iran sedang membangunkan loji nuklear tapi belum pasti untuk apa tujuan pembinaannya. Sama ada untuk menjana tenaga atau untuk membuat senjata nuklear. Itu semua perlukan perisik menangkap gambar sebenar tapi untuk masuk ke kawasan loji nuklear Iran bukannya mudah, ia dikawal ketat oleh pihak keselamatan dan tentera.

Justeru itu, ilmu sebegini amat bermanfaat untuk kita lebih mengetahui lebih dekat kedudukan sebenar sesuatu tempat sebelum kita menuju ke tempat itu agar tidak tersesat jalan, selain perlu mempunyai maklumat awal tentang tempat itu.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template