Custom Search

Jumaat, Ogos 15, 2008

Usah Tunggu Utk Berubah

"CUKUPL AH saya dah tak ada masa lagi, dah tua, dah terlalu lambat untuk mulakan sesuatu.” Kata-kata ini biasa kita dengar, jarang difikirkan apakah kesannya kepada orang yang menuturkannya. Jika seseorang sudah berfikir seperti di atas dia sebenarnya telah meletakkan titik noktah daripada meneruskan cita-cita atau impian yang pernah disimpannya. Dia telah memerangkap dirinya dalam kotak duka cita dan putus asa. dengan memberi alasan usia sudah banyak. sedangkan dia mungkin baru berusia 40 tahun serta masih bertenaga.

Masalahnya, dia memilih untuk menyerah kalah! Sebenarnya manusia akan mengeluh, menyesali peluang-peluang yang terlepas di peringkat usia muda mahupun tua. Bukankah kita sering mendengar keluhan seperti : “Alangkah baiknya jika aku belajar betul-betul dulu”
atau “Kalau aku mula berniaga masa muda dan tak pilih makan gaji, tentu sekarang aku dah hidup senang.” dan macam-macam lagi.

Pendek kata pada setiap peringkat hidup, kita akan terfikirkan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan dahulu, tetapi kita tidak buat. Akhirnya peluang yang ada di depan mata terlepas begitu sahaja dan impian atau cita-cita tidak tercapai. Kitaran fikiran sebegini sebenarnya tidak akan berakhir. Jika hari ini seseorang berkata. “Jikalau dulu aku...” percaya atau tidak 10 tahun dan sekarang, dia akan mengungkapkan perkara yang sama? Peliknya dia
masih tidak mengorak langkah untuk melakukan perkara-perkara yang diingini itu.

Sebenarnya bukan usia yang menjadi penghalang seseorang mencapai impian atau matlamatnya. Manusia berkembang dan sepatutnya mempertingkatkan dirinya sepanjang masa. Sematkan ke dalam minda bahawa anda tidak akan berhenti belajar dan menikmati perkara-perkara baru dalam hidup. Mengapa mengehadkan masa untuk anda mencapai matlamat dan impian. Hidup pasti diteruskan maka teruskanlah usaha dan nikmatinya setiap hari sepanjang hidup anda. Selain itu, elakkanlah daripada meratapi nasib.

Semua orang melalui pengalaman hidup yang hampir sama, kita sama-sama menghadapi saat-saat bahagia, duka, berjaya dan gagal. Bezanya mungkin kedukaan, kejayaan atau kegagalan itu yang bergantung kepada usaha dan nasib masing-masing. Malah yang lebih utama adalah usaha. Yakinlah bahawa usaha yang tidak mengenal putus asa mencorakkan hidup seseorang.

Sedar atau tidak, sebenarnya kita mempunyai banyak peluang untuk belajar, dan menjadikan impian menjadi kenyataan. Setiap daripada kita diberi kemampuan berkembang dan menjadi 'manusia’. Sama ada kita mahu menggunakan kemampuan tersebut atau tidak, terpulang ke
pada diri masing-masing. Satu perkara yang pasti, usaha tersebut mesti dimulakan sekarang. bukan esok atau seminggu lagi! Jika hari ini anda mula berkata "Tunggulah.” Beberapa tahun akan datang tidak mustahil akan mengulangi kata-kata seperti, “Kalaulah dulu aku...”

( Sumber : Al-Islam )

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template