Custom Search

Ahad, Ogos 31, 2008

Slamat Mnyambut Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan ini, semua umat Islam sedia maklum bahawa dalam bulan yang mulia ini amalan wajib ibadah puasa menjanjikan anugerah dan hikmat yang banyak. Dengan amalan-amalan ibadah lain seperti solat tarawikh mampu meningkatkan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang bulan ramadhan.

Namun begitu, dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini seharusnya amalan seharian kita perlu juga dipenuhi dengan ibadat-ibadat sunat lain. Keterbukaan minda dengan tidak terlalu taksub dengan amalan-amalan konservatif, sebaliknya dengan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang kita tuntut serta pencarian jawapan terhadap persoalan-persoalan yang meragukan akan menjadikan kita sebagai umat Islam yang dinamik dan seiring dengan pergerakan masa namun asas dan dasarnya tidak menyimpang jauh.

Justeru itu, sepanjang bulan ramadhan ini saya tidak akan berhenti menulis ataupun menelaah bahan ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog. Walau bagaimanapun, bahan yang saya kongsikan lebih kepada ilmu-ilmu berkaitan ibadah, yang boleh memberi kesedaran dan keinsafan kita bersama. Amalan-amalan ibadah sunat sebenarnya tidak terbatas kerana apa jua yang kita lakukan jika diiringi dengan keikhlasan insyaAllah akan dinilai Allah SWT. Walaupun hanya melalui tulisan atau menerbitkan bahan ilmu, kerana sebanyak mana mereka yang membacanya dan mendapat manfaat darinya maka sebanyak itulah juga pahala yang akan dikurniakan.

Jangan pula beranggapan bahawa cut & paste itu sebagai satu ciplak kerana pada dasarnya selagi sumber asal dihormati dan diberi kredit maka faedahnya juga akan diterima oleh penulisnya. Lihat saja betapa manusia hari ini mendapat banyak manfaat hasil dari penyebaran isi kandungan al-Quran yang dimulai oleh baginda Rasulullah dan kemudiannya oleh para ulama. Jangan semata-mata dibaca, sebaliknya kaji dan teliti hikmatnya. Malangnya mereka yang paling banyak mendapat manfaat dari al-Quran adalah orang bukan Islam dan Yahudi kerana banyak rahsia-rahsia alam ini diterokai oleh mereka dengan mendapat petunjuk dari al-Quran. Namun mereka tidak hormat kepada penyebarnya dan pemilik sumber asalnya iaitu Allah SWT. Mereka tetap ingkar pada Allah SWT dan memburuk-burukkan peribadi Rasulullah.

Justeru, menulis dan menyebarkan tulisan orang lain adalah satu usaha yang mulia untuk memartabatkan ilmu bukan saja untuk diri kita tapi juga pada semua orang yang membacanya. Jangan hanya berkira pada keuntungan dunia semata kerana ia cuma sementara, sebaliknya keuntungan yang sebenarnya adalah menyebarkan kebenaran dan memberi keinsafan dan kesedaran kepada manusia supaya kembali kepada tujuan asal kejadian manusia. Blog hanya satu medium pemudah cara penyebaran yang pada asalnya kaku dan beku, ia sekadar bahan penyebaran dalam internet. Selagi blog itu berada ditangan orang yang betul selagi itulah blog itu tetap berguna. Yang salah bukan blog, yang salah adalah manusia yang menggunakannya. Buka hati, buka minda, buka akal fikiran.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
dan
SELAMAT BERPUASA

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template