RemovebleTrezor merupakan perisian berasaskan Windows yang boleh dipasang pada media boleh tanggal (removable). Ia mencipta ruang yang selamat untuk menyimpan data. Data itu akan dienkripsi dan dilindungi dengan kata laluan (password) yang boleh ditukar bila-bila masa. Malah, ia mampu merekodkan setiap login (12 login terakhir) sebagai peringatan jika terdapat pihak lain yang cuba mengaksesnya. Sifat mudah alihnya (portable) pula membolehkan ia beroperasi di mana-mana storan yang menempatkannya.
Anda boleh menyimpan direktori, fail atau maklumat sensitif ke dalam direktori yang boleh dicipta sendiri dalam perisian ini. Data tersebut akan dienkripsi menggunakan algorithma AES (Rijndael) dan kekunci 256-bit selain dimampatkan. Proses mampatan ini bertujuan mengurangkan dan menjimatkan penggunaan ruang storan. Perisian ini akan menyimpan data dalam subdirektori yang disediakan khas dalam storan yang anda gunakan. Ruang simpanan data ini dipanggil container dan perisian ini hanya mengandungi satu container.
Perisian yang terdiri daripada fail removableTrezor.exe dan dua fail Help ini perlu disalin pada storan yang digunakan. Proses pemasangan (install) juga tidak diperlukan kerana ia menggunakan folder sementara dan tidak melibatkan registry Windows. Malah, proses pembuangan (uninstall) juga tidak perlu jika perisian ini ia tidak dikehendaki lagi. Jadi anda hanya perlu memadam (delete) fail removableTrezor.exe, fail-fail Help, dan folder yang dinamakan sebagai RemovableTrezor Container dalam storan yang menempatkannya nanti.
Walau bagaimanapun, bagi maklumat-maklumat penting dan sulit, saya lebih suka menggunakan folder encryption. Saya lebih selesa menggunakan removeable trezor untuk password-password pelbagai jenis fail, password untuk berpuluh-puluh alamat email, beratus-ratus password untuk program affiliate internet dan apa-apa saja yang memerlukan password. Dengan itu, saya boleh membuka removeable trezor saya yang dilindungi password untuk melihat beribu-ribu password yang saya simpan di dalamnya.
Semoga dengan maklumat ini dapat memudahkan anda mengurus password untuk bermacam-macam fail-fail anda yang bukan sedikit jumlahnya.
Selamat mencuba.
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
-
Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak
terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang
berbeza d...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan