Custom Search

Sabtu, Ogos 09, 2008

Kembalikan Keghairahan

APA perkara pertama yang terlintas di fikiran anda tatkala membaca tajuk ini? Hubungan antara pasangan? Memang ia bersangkut, tapi apa yang ingin diperkatakan disini ialah aspek keghairahan dalam menjalani kehidupan.

Pakar motivasi, Napoleon Hill dalam bukunya Laws of Success in 16 Lessons menyatakan, keghairahan dalam hidup adalah satu ramuan terpenting untuk kejayaan. Rasa ghairah terhadap sesuatu membuatkan individu berasa bersemangat, bertenaga dan mendapat dorongan untuk memberikan yang terbaik terhadap apa yang dikerjakan.Bayangkan kalau ia adalah perkara yang terakhir anda lakukan, pastinya anda akan memberi sepenuh tumpuan dan usaha untuk melaksanakannya. Anda tidak dapat lari daripada mengaitkan isu keghairahan dengan kerjaya.

Andainya anda berasa benci berterusan terhadap waktu kerja, ini mungkin petanda anda kehabisan tenaga untuk bekerja atau work burnout. Walaupun masalah ini bukan satu penyakit, ia boleh memberi implikasi yang serius.Bagaimanapun, anda tidak berseorangan. Menurut beberapa kajian, tiga per empat daripada pekerja pernah mengalami masalah ini buat satu tempoh dalam kerjaya mereka.


Tekanan, waktu kerja yang panjang, tiada kehidupan lain di luar waktu kerja, perasaan negatif yang terkumpul serta masalah kesihatan yang tidak diketahui mungkin merupakan punca anda berasa tidak bertenaga untuk bekerja. Dan ia biasanya dialami oleh mereka yang berasa tidak berupaya mengawal hidupnya, terpaksa memendamkan perasaan semasa kerja dan orang yang gila kerja yang menginginkan kesempurnaan.


Sekiranya masalah kesihatan bukan faktornya anda hilang rasa ghairah. anda boleh berbuat sesuatu untuk mengurangkan rasa tidak bersemangat untuk bekerja. Sering kali, masalah ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara fizikal, emosi, mental dan spiritual.

“Walaupun budaya kita menggalakkan kehidupan sihat dan seimbang antara fizikal, emosi dan mental, namun tidak banyak orang yang memberi perhatian pada spiritual. Menyuburkan spiritual anda bukan secara berpura-pura optimis, dan bukan berunsur agama sahaja. Anda juga boleh menyuburkannya dengan mempunyai rasa percaya dan bersyukur dengan apa yang anda miliki.” kata Dr. Alan Shelton.

Doktor perubatan ini pernah mengalami masalah hilang tenaga untuk bekerja dan menulis pengalamannya mengembalikan keghairahan dalam hidupnya dalam buku Transforming Burnout.

Cara mengembalikan keghairahan

Kenal pasti punca rasa ghairah itu hilang. Adakah ia disebabkan oleh :
  1. Kerja itu sendiri — Jika ya, carilah sesuatu yang boleh membuatkan anda menyukai kerja itu semula atau jika tidak dapat, mungkin sudah masanya anda mencari kerja baru.
  2. Rasa takut untuk gagal — Anda tidak seharusnya takut pada kegagalan kerana kegagalan adalah satu peluang untuk belajar dan memperbaiki diri serta meningkatkan keghairahan anda.
  3. Bosan, letih atau tidak bersemangat — Kalau ini yang anda rasakan, cuba lakukan sesuatu yang baru.
Image Hosted by ImageShack.us
Editor : Bagaimana pula dengan anda...?

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template