Berbicara tentang sejarah Youtube, asalnya hanyalah sebuah website dengan alamat domain internetnya http://www.youtube.com. Dengan kemahiran serta ilmu pengaturcaraan komputer, Youtube menjadi tempat untuk pengguna internet dari seluruh dunia berkongsi maklumat dalam bentuk video. Dalam pada itu juga pemilik website ini memperoleh keuntungan dari perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Ikuti kisah lanjut sejarah tentang Youtube menerusi video Youtube dibawah.
Youtube bermula dengan hanya semata-mata sebagai sebuah website perkongsian video. Dipelopori oleh 3 orang anak muda yang berlainan keturunan. Youtube mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan dalam tempoh beberapa bulan saja website ini mendapat sambutan berjuta-juta pengguna berdaftar dari seluruh dunia yang meng'upload'kan video mereka di dalam Youtube. Sambutan yang menggalakkan ini telah memberikan keuntungan yang berjuta-juta dolar US kepada 3 orang anak muda ini. Suatu pencapaian yang sungguh mengkagumkan dan tidak terduga oleh mereka.
Pada tahun 2006 Youtube telah dinobatkan sebagai THE BEST INVENTION oleh Majalah TIMES kerana peranannya yang sangat penting dalam menghubungkan komuniti masyarakat dunia menerusi perkongsian video masing-masing. Dan sekali lagi ketiga-tiga anak muda ini memperoleh berjuta-juta dolar US hasil dari peningkatan pengguna berdaftar yang kian bertambah. Ia bukan saja menjadi platform untuk berkongsi video peribadi saja malahan digunakan sebagai platform untuk mempromosikan pengiklanan produk dan berita-berita perniagaan syarikat-syarikat besar dari seluruh dunia serta juga iklan video aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung dianjurkan oleh komuniti-komuniti kerajaan, swasta dan korporat dari seluruh dunia.
Melihat potensi masa depan yang cerah dan semakin berkembang maka GOOGLE telah membida untuk membeli kepentingan Youtube dari 3 orang anak muda ini. Dengan nilai USD1 bilion akhirnya GOOGLE telah berjaya membeli Youtube dan didaftarkan sebagai hakmilik GOOGLE (Copyright). Dan kini Youtube terus mendapat sambutan dari berjuta-juta pengguna baru dan menghasilkan keuntungan berjuta-juta US dolar kepada GOOGLE.
Kadang-kadang kita tak menyangka bahawa sesuatu yang baru kita perkenalkan menerusi internet bakal mendapat sambutan yang menggalakkan suatu hari nanti kerana tidak semua orang mampu berfikir dengan jauh dan melihat potensi berdasarkan kepentingan sesuatu idea baru yang diperkenalkan. Kita mungkin hanya melayari internet saja setiap hari tetapi kita tidak mau tau tentang bagaimana kita boleh melayarinya dan bagaimana pula platform yang kita gunakan untuk melayari internet itu boleh menghasilkan keuntungan serta memberi manfaat kepada ramai orang.
0 ulasan:
Catat Ulasan