Custom Search

Rabu, Ogos 06, 2008

Pesanan Terakhir Rasulullah

Khutbah di Arafah

Pada 25 Zulkaedah tahun ke-l0 Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan Madinah dengan menunggang untanya yang bernama Qashwa untuk ke Mekah bagi mengerjakan haji. Turut bersama baginda ialah isterinya Aishah, para sahabat dan kira-kira 100,000 umat Islam. Sewaktu mengerjakan haji itu dan setibanya di Arafah pada 9 Zulhijah tahun ke-l0 Hijrah, Nabi Muhammad (Rasulullah) s.a.w. telah menyampaikan pidato atau khutbah terakhirnya di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

Apakah isi khutbahnya?


Berikut disiarkan khutbah itu berdasarkan daripada cerita Jabir bin Abdullah yang dipetik daripada kitab terjemahan hadis sahih Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. (dalam khutbahnya): “Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta sesamamu (adalah) haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, pada bulan ini dan di negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau (berunsur) jahiliah telah dihapuskan dibawah undang-undangku, termasuklah tebusan darah jahiliah. Tebusan darah pertama yang kuhapuskan ialah tebusan darah Ibnu Rabi’ah bin Harits yang disusukan oleh Bani Saad, lalu ia dibunuh oleh Huzail.

“Begitu pula telah kuhapuskan riba jahiliah. Yang mula-mula kuhapuskan ialah riba yang ditetapkan (oleh) Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya riba itu kuhapuskan semuanya!

Hak lelaki dan wanita


Kemudian jagalah dirimu terhadap wanita. Kamu (kaum lelaki boleh mengambil mereka sebagai amanah Alllah dan mereka halal bagimu dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu, kamu punya hak ke atas mereka iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikarmu (berlaku curang). “Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya mereka (kaum wanita) juga punya hak terhadapmu (kaum lelaki, iaitu nafkah dan pakaian yang pantas (ikut kemampuan).

“Kuwariskan kepadamu sekalian suatu undang-undang yang jika kamu berpegang teguh, kamu tidak akan tersesat sepeninggalanku iaitu kitabullah (al-Quran)!

Wahai Allah! Saksikanlah!

“Kamu semua akan ditanya mengenai diriku. Apakah yang akan kamu jawab?” Jawab mereka (para jemaah haji yang bersama Rasulullah s.a.w.): “Kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah ini kepada kami, (engkau) telah menunaikan tugasmu dan telah memberi nasihat kepada kami.” Lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat jari telunjuknya ke langit dan menunjukkan kepada orang ramai sambil barsabda: “Wahai Allah! Saksikanlah! Wahai Allah! Saksikanlah! Wahal Allah! Saksikan!ah!”

Jangan jadi kafir kembali


Dalam kitab terjemahan hadis sahih Bukhari pula meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya ia (khutbah Rasulullah s.a.w. itu) adalah wasiat bagi seluruh umatnya.” Sabda Rasulullah s.a.w. lagi dalam khutbahnya itu: “Maka kerana itu, hendaklah yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Dan janganlah kamu menjadi kafir kembali sesudahku, di mana kamu berkelahi sesama kamu.”

Kini saya turut menyampaikan amanat Rasulullah s.a.w. itu di ruangan ini. Selepas khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. itu, turunlah wahyu daripada Allah yang bermaksud: “Pada hari ini* orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku”.

“Pada hari ini* telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Petikan daripada surah al-Maidah ayat 3).*Maksud ‘hari ini’ ialah pada hari Semasa haji wida iaitu haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tarikh khutbah di Arafah itu pula bersamaan dengan 7 Mac, 632 Tahun Masihi. Selesai mengerjakan haji, Rasulullah s.a.w. bersama rombongannya pulang ke Madinah.

Wafat setelah 23 tahun jadi Rasul


Setelah tiga bulan pulang dari mengerjakan haji, Rasulullah s.a.w. demam beberapa hari dan disuruhnya Abu Bakar as-Siddiq menggantikan baginda menjadi imam solat berjemaah. Pada 12 Rabiulawal tahun kesebelas Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Tahun Masihi, Nabi Muhammad s.a.w. wafat ke.tika berusia 63 tahunSelama 23 tahun baginda telah diangkat menjadi Rasul terakhir bagi umat seluruh dunia untuk mengajak kita menyembah Allah serta menegakkan syiar Islam. Hadis wasiat Rasulullah s.a.w. untuk kita semua: “Kutinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), tidaklah kamu akan sesat selama-lamanya, selama kamu berpegang (teguh) kepada kedua-duanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasul-Nya.”

Image Hosted by ImageShack.us


0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template