Custom Search

Selasa, Ogos 12, 2008

Hati2 Guna Widget dan HTML

Salam sejahtera...

Mungkin ada di antara blogger maupun pengguna internet pernah terkena dengan laman-laman web atau blog yang disertai kemunculan pop up yang tidak diundang memasuki ke komputer anda. Keadaan ini sebenarnya berlaku akibat beberapa sebab sama ada akibat daripada laman web itu sendiri mahupun disebabkan oleh kita memasukkan kod-kod widget yang kita gunakan.

Bagi laman-laman web atau blog yang kita lawati, berkemungkinan kod-kod ini telah dimasukkan ke dalam laman web tersebut oleh pemiliknya yang pakar dan tau selok belok mengendalikan kod HTML. Saya tidaklah berapa pakar tentang ini namun daripada pengalaman dan sedikit ilmu (lama-lama jadi banyak jika rajin mencari) mengenainya saya boleh mengetahui kewujudan anasir-anasir ini dan bagaimana ia dihasilkan.

Saya pernah menggunakan satu widget di dalam blog saya, sebelum menggunakan widget itu tiada masalah munculnya iklan tertentu yang setiap kali akan timbul. Tetapi setelah memasukan kod HTML widget tersebut ke dalam blog saya iklan itu sering muncul dan mengganggu paparan skrin komputer pengguna. Justeru, saya selidiki apa puncanya dan setelah membaca artikel mengenai Online Social Networking Site Are Hacker Playground barulah saya menyedari ia berpunca dari widget itu. Lantas saya terus membuang widget itu dari blog ini dan masalah tersebut akhirnya dapat diatasi.

Ada juga sesetengah blog yang "kurang ajar" memasukkan kod-kod yang akan memaparkan mini window dengan perkataan-perkataan seperti "bangsat", "bullshit" dan setiap kali cubaan untuk kita close kan mini window tersebut akan terpapar ayat-ayat "kurang ajar" yang berlainan pula.

Adalah dinasihatkan kepada blogger dan pengguna internet sekalian agar berhati-hati melanggan widget yang kini berlambak dengan widget-widget baru sama ada dibuat oleh mereka yang bertauliah mahupun mereka yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya anda telah menggunakan widget itu dan selepas itu berlaku sesuatu yang tak kena kepada website atau blog anda maka dengan segera hapuskan widget itu dari blog anda kerana ia akan menyusahkan orang lain.

Walaupun trik-trik blog itu berguna untuk blog kita ada sesetengahnya hanya akan menyusahkan pengunjung yang terpaksa melayan banyak pop up. Di dalam senarai LINK EXCHANGE saya ada terdapat blog berkaitan namun dinasihatkan supaya anda hanya menggunakan trik yang berguna sahaja.

Namun, sekiranya anda ingin mengetahui atau belajar cara menghasilkan kod-kod HTML, yang penting sekali adalah kepekaan dan pemahaman anda terhadap ciri-ciri kod tersebut seperti bagaimana dan dimana kod-kod itu boleh digunakan dan kod apa yang boleh diubahsuai supaya tidak memburukkan keadaan blog anda. Bahkan dari pemahaman itu anda sendiri boleh menghasilkan kod HTML anda sendiri untuk menghasilkan inovasi baru di dalam blog anda.

Anda juga dinasihatkan supaya jangan cuba klik sebarangan senarai LINK sama ada website ataupun blog yang tak dikenali kerana berkemungkinan laman web dan blog tersebut boleh menjadi ancaman kepada sistem komputer anda dan menggangu pelayaran internet anda.

Semoga tips dan petua ini dapat membantu sesiapa yang tidak berapa tau tentang selok belok internet dan komputer ini. Dari tidak tau menjadi seorang yang tau. InsyaAllah, komputer anda terselamat dari cubaan ancaman virus yang cuba disebarkan oleh hacker dan spyware yang berlegar-legar di alam internet untuk mencari mangsa. Jika kita tak menjemput mereka masuk ke 'rumah' kita, mereka takkan dapat merosakkan 'rumahtangga' kita. Maka itu, lebih baik kita mengenali siapa mereka dan bagaimana mereka boleh memperdayakan kita agar dapat menceroboh ke dalam sistem komputer kita dan mencuri maklumat-maklumat penting peribadi untuk disalahguna dan menceroboh kepentingan kita.

Image Hosted by ImageShack.us

0 ulasan:

Contact Me

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila guna borang di bawah :

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template