Sebelum ini telah ramai yang terpedaya dengan peraduan Gores dan Menang ini. Saya belum pernah terkena dengan pihak yang datang kepada saya kemudian menawarkan kad gores dan menang ini untuk memenangi sesuatu hadiah secara percuma tanpa sebarang bayaran. Isu ini pernah dipaparkan dalam rancangan 360 terbitan TV3 dan ini memberikan sedikit ilmu pengetahuan kepada saya tentang taktik pihak-pihak yang menganjurkan skim ini.
Serba sedikit saya jelaskan tentang Gores dan Menang ini, pada mulanya promoter yang datang kepada kita akan memberikan kad untuk digores. Kemudian setelah digores kononnya kita telah memenangi sebuah hadiah yang bernilai. Pada mulanya promoter menyatakan kita akan dapat hadiah itu secara percuma lalu kita pun seronok sangat dan lupa 'dunia'. Selepas itu, promoter tersebut pun bagi penjelasan lanjut, untuk tuntut hadiah tersebut perlulah bayar deposit untuk kos pengurusan misalnya kos penghantaran. Tadi kata percuma, tapi untuk dapatkannya perlu bayar deposit. Bukankah ini suatu taktik memperdayakan mangsa. Kita pun sebenarnya bukannya nak sangat barang tersebut melainkan orang bagi percuma. Tapi alasan mereka kalau bagi percuma terus lingkuplah bisnes mereka.
Sebenarnya ini adalah taktik memperdaya untuk memaksa secara psikologi supaya kita mendapatkan barang tersebut yang pada mulanya dikatakan percuma tetapi akhirnya perlu bayar deposit. Kalaulah diberitahu awal-awal lagi ada bayaran deposit, tentu kita takkan melayannya. Tapi setelah penjelasan panjang lebar diberikan maka macam-macam putar belit dan pujuk rayu memaksa kita untuk menerima barangan 'percuma' tersebut dengan bayaran deposit. Ini merupaan satu tindakan yang tak boleh diterima, kerana jika berkehendakkan barang tersebut, kita boleh membelinya di kedai atau pasaraya. Tak perlu gores dan menang.
Tujuan Sama Tapi Cara Berbeza
Saya ingin berkongsi satu pengalaman tentang taktik-taktik baru memperdaya zaman moden ini. Ia bukan gores dan menang tapi ia hampir mirip dengannya. Dengan menggunakan voucher tuntutan barang percuma, saya boleh menuntutnya di pusat-pusat perniagaan mereka. Tetapi ia cumalah indah khabar dari rupa. Nasib baik saya mempunyai maklumat berkenaan taktik penipuan dan memperdaya ini. Selalunya saya tak layan sangat promoter-promoter yang menunggu depan pintu shopping kompleks atau datang semasa saya berjalan menuju ke tempat letak kereta memberi voucher untuk mendapatkan barang percuma.
Tetapi, pada hari tersebut saya cuba untuk mengetahui lanjut sama ada betul atau tidak mereka beri percuma. Rupa-rupanya ia hanyalah intro untuk mereka menarik perhatian kita supaya membeli barangan mereka yang lain yang nilainya lebih mahal dari barang percuma tersebut. Itu pun kalau kita beli barangan yang lain itu barulah dapat barangan percuma tadi. Dalam hati saya berbisik "kalau macam ni gayanya, tentu mereka dapat untung lebih besar kalau berjaya memujuk saya membeli barangan tersebut dengan menawarkan barangan percuma yang nilainya taklah seberapa".
Pada peringkat pertama taktik ini ialah dengan memberi voucher tuntutan barang percuma di pusat-pusat niaga mereka. Kemudian apabila kita datang ke tempat mereka, kita dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan tinjauan mengenai jenis dan jenama barangan elektrik yang kita gunakan di rumah. Kita juga dikehendaki bermain satu permainan komputer yang mengandungi 15 butang yang sekiranya kita klik mouse komputer ia akan memilih salah satu secara rawak dan sekiranya bernasib baik kita akan dapat butang yang mengandungi hadiah percuma.
Ini bermakna kita akan dapat dua jenis barang percuma selain voucher tuntutan barang percuma tadi. Percubaan dilakukan sebanyak 3 kali. Pada kali pertama dan kedua saya tak bejaya dan kali ketiga kononnya saya berjaya. Untuk mengetahui apa hadiah yang dimenangi itu saya perlu klik lagi dan syarat barang tersebut tak melebihi RM500. Tapi apabila saya klik saya kononnya menang set Home Theater bernilai RM4000. Promoter macam tak percaya lalu dia buat panggilan kepada penaja mereka sama ada betul atau tidak kerana permainan komputer itu secara online terus ke server penaja mereka. Hanya beberapa minit saja terus dapat keputusannya bahawa ia bukan kesilapan teknikal. Dengan gembiranya promoter dan lain-lain promoter yang ada disitu mengucapkan tahniah. Apalagi saya pun pura-pura gembira sama.
Lalu saya ditunjukkan set home theater tersebut, ingatkan dah berakhir dan boleh bawa balik rupa-rupanya ada lagi temberang yang nak disampaikan. Promoter berkenaan tunjukkan barangan yang boleh saya tuntut berdasarkan nilai voucher yang diberikan. Kemudian memperkenalkan satu peralatan elektrik untuk memasak. Ia tak perlu guna gas atau bahan api lain dan ianya dijamin selamat buatan Jerman dengan harga RM3000. Jika saya membeli barangan ini barulah saya boleh dapat set home theater dan barangan voucher tadi.
Dari sinilah saya menyedari bahawa saya sebenarnya telah diperdaya. Pada permulaan dijelaskan akan dapat percuma tapi pada akhirnya dengan membeli barangan itu baru saya boleh dapat barangan percuma itu. Kenyataan-kenyataan seperti "kalau semua bagi free, bisnes boleh lingkup". Bukannya saya tak tau tentang hal itu tapi kalau dari mula diberitahu kalau beli barang itu baru boleh dapat barang percuma ini. Dengan itu, dari mula lagi saya tak akan masuk ke premis mereka sebab saya bukannya nak beli barang yang mereka tawarkan itu buat masa ini.
Seperkara lagi yang menimbulkan syak ialah mereka katakan permainan komputer mereka secara online. Mereka ingatkan saya buta komputer tak tau baca simbol-simbol dan kod-kod internet pada ruang web address. Lagi pun kalau saya main permainan internet biasanya agak lambat sedikit tapi ini kelajuannya agak pantas seolah-olah program tersebut telah diset dalam komputer mereka. Menyedari akan helah tersebut saya cuba menolak untuk menerima tawaran pembelian tersebut. Tetapi mereka tak putus asa memutar belit, kalau saya tak bayar tunai boleh juga bayar pakai kad kredit. Tapi saya tak pakai kad kredit sebab ia kad menggalakkan hutang dengan cara mudah, lalu mereka cadangkan bayar deposit dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa faedah bank, tapi ada faedah lain pada kadar 0.7% (saya tak berapa ingat lagi kerana pada waktu itu saya dah tak berminat nak dengar penjelasan lanjut).
Akhirnya saya pun beredar dari situ tanpa menurunkan apa-apa tandatangan persetujuan dan perjanjian sekalipun. Kalau mereka nampak tandatangan saya sekalipun untuk ditiru ia takkan dapat dilakukan kerana saya sudah siap siaga membentuk tandatangan yang sukar untuk ditiru oleh sesiapa pun. Ini sebagai iktibar dari beberapa kes penyelewengan tandatangan yang pernah berlaku dalam kehidupan zaman moden yang penuh dengan pelbagai tipu daya.
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
-
Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak
terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang
berbeza d...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan